Identiti yang Direka Semula Mencerminkan Evolusi SIRVA sebagai Peneraju Pasaran dan Jenama Global Diiktiraf
CHICAGO, 10 Mac 2016 /PRNewswire/ -- SIRVA, Inc., penyedia perkhidmatan penempatan semula dan pemindahan global terkemuka dunia, memperkenalkan identiti jenama baharunya hari ini. Fasa seterusnya dalam evolusi syarikat itu mencerminkan jangkauan global mereka yang meluas, serta komitmen berterusan kepada para pelanggan mereka – sama ada klien korporat mahupun keluarga yang berpindah.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150213/175515LOGO
"Identiti jenama kami yang lebih segar mencerminkan semangat, kreativiti, dan komitmen kami yang menggambarkan kemajuan yang diperoleh sebagai syarikat inovatif dan berpusatkan pelanggan yang terus berkembang seluruh dunia," kata Wes Lucas, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SIRVA.
"Dengan identiti jenama baharu kami, kini kami mempunyai ekspresi lebih sepadan nilai unik yang tertumpu kepada menyediakan penyelesaian mudah alih hujung ke hujung, menyeluruh dan boleh tersuai khusus sepenuhnya merentasi rangkaian global kami dengan teknologi canggih serta terhubung dengan lancar," kata George Parr, Ketua Pegawai Pemasaran SIRVA. "Menghidupkan jenama kami dalam cara yang memberi penghormatan kepada masa silam, menyerlahkan masa hadapan, dan memahami para pelanggan kami adalah wawasan yang memimpin kami di sepanjang usaha penjenamaan semula ini."
Jenama yang direka semula itu berakar umbi dalam warisan SIRVA sebagai peneraju dalam perkhidmatan pemindahan dan penempatan semula, sambil menitik beratkan evolusi syarikat itu menjadi jenama yang benar-benar global. Ia lebih mesra dan lebih mudah didekati, menjajarkan fokus mengutamakan pelanggan.
Penjenamaan baharu itu akan mengimpak semua aspek tampak dan lisan dalam cara SIRVA menampilkan jenamanya, daripada komunikasi pelanggan kepada platform teknologi serta rekaan pusat perkhidmatan global. Sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semulanya, SIRVA turut memperkenalkan laman web yang direka semula: www.sirva.com.
SIRVA bekerjasama dengan agensi penjenamaan yang berpejabat di Chicago, Pivot Design, bagi membangunkan identiti jenama baharu syarikat itu.
Latar Belakang SIRVA, Inc.
SIRVA menyediakan penyelesaian pemindahan dan penempatan semula tersuai khusus yang memenuhi keperluan klien dan ahlinya dengan kaedah tercekap dan berkualiti tinggi – walau di mana mereka menjalankan perniagaan mereka. Menawarkan portfolio perkhidmatan mudah alih yang meluas serata 170 negara, SIRVA menyediakan penyelesaian hujung ke hujung dan memberikan pengalaman mudah alih yang dipertingkat bagi klien serta pasukan mereka.
SIRVA memegang portfolio yang terdiri daripada jenama yang terkenal dan terkemuka seperti Allied, northAmerican, SMARTBOX, dan Allied Pickfords. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sirva.com.
Hubungan Media
Mike DeGraff
Sard Verbinnen & Co
312-895-4700