omniture

MARTINI® Merasmikan Musim Perlumbaan Formula One™ 2016 dengan Felipe Massa dan Valtteri Bottas

Kereta pameran FW38 diperkenalkan di samping koleksi kereta MARTINI Racing yang jarang ditemui sebelum ia dipertonton di Melbourne
Terrazza MARTINI bersedia merajai bandar Grand Prix™
MARTINI
2016-03-10 13:45 409

HAMILTON, Bermuda, 10 Mac 2016 /PRNewswire/ --MARTINI®, salah satu jenama Itali paling ikonik di dunia serta vermouth paling terkemuka di dunia dan wain bergas Itali yang paling laris terjual, merasmikan musim Formula One™ dengan penuh bergaya dengan pengalaman Terrazza terunggul di Pessione, Itali, tempat asal MARTINI. Jenama itu mendedahkan rancangan pengambilalihan bandar Grand Prix™ di mana para pengguna boleh menikmati acara yang dirancang khas serta kolaborasi kreatif melalui pengalaman Terrazza MARTINI yang terkenal.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160308/341847
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160308/341848

Acara itu turut menampilkan pemandu Williams MARTINI Racing Felipe Massa dan Valtteri Bottas yang membuat kemunculan yang jarang dilihat sebelum mereka beraksi di Melbourne. Para pemandu itu tiba untuk memperkenalkan kereta pamer FW38, yang megah dibariskan bersebelahan koleksi kereta warisan MARTINI Racing yang istimewa.

Sejarah salah satu jenama terkaya dalam sukan bermotor ini juga diraikan oleh tetamu istimewa Manfredo Rossi di Montelera, yang mana ayahnya Gregorio bersama-sama adiknya Vittorio mengasaskan MARTINI Racing pada 1968. Manfredo membawa bersama koleksi kereta lumbanya yang paling disayangi, termasuk Cosworth Brabham terkenal yang dipandu Reutemann dan Pace. Kereta itu sudah memenangi banyak perlumbaan Grands Prix, termasuklah perlumbaan baru-baru ini, FIA Masters Historic Formula One Championship pada tahun 2014 yang dipandu Manfredo sendiri. Koleksi itu juga turut menampilkan kereta Tecno BA123, Lotus 80 dan kereta Brabham BT45, semuanya dengan jalur ikon perlumbaan MARTINI yang terpampang megah.

Massa dan Bottas bercakap tentang harapan mereka untuk musim 2016 serta FW38 baharu mereka. Kedua-dua pemandu baru sahaja pulang daripada memandu uji kereta itu di Barcelona. Massa memberi komen, "Kereta itu bukan sahaja berprestasi hebat, rupanya juga sangat mengagumkan."

Bottas menambah, "Selepas menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan 2015, kami menyasarkan untuk menewaskan pasukan berkedudukan pendahulu. Dengan sejarah penglibatan dan keghairahan MARTINI dalam sukan bermotor dan dengan terpampangnya jaluran ikonik itu pada kereta kami, kami ingin menjadi kebanggaan semua."

Kembali untuk musim 2016 ialah "tiket terhangat di pasaran", Terrazza MARTINI®. Bermula di Sochi, diikuti oleh Barcelona, Liege, Milan, Mexico City dan Sao Paulo, Terrazza merupakan nadi rancak bandar-bandar tersebut sewaktu hujung minggu perlumbaan. Dengan gaya Itali tersendiri yang mengiktiraf bandar penganjur, Terrazza akan membawakan bakat tempatan terhebat di bidang makanan,fesyen, muzik, serta F1.

Akhirnya, demi menggambar perkaitan intrinsik jenama dan perlumbaan, acara itu turut menyaksikan pratonton eksklusif botol dan rekaan baharu pek MARTINI yang akan digunakan pada keseluruhan portfolio vermouth terlaris mereka yang memenangi anugerah, serta rangkaian wain beraroma dan membuih Itali. Evolusi ciri estetik membawa jenama itu menuju era baharu dengan  mengekalkan ciri warisan MARTINI yang tersohor. Labelnya mengandungi perincian rekaan yang ditemui pada botol MARTINI dari pertengahan kurun ke-19 dan untuk kali pertama dalam 20 tahun, jalur lumba MARTINI yang ikonik kembali semula.

"Peranan MARTINI yang tersendiri dan unik dalam perlumbaan tidak perlu dipersoalkan lagi," jelas Paolo Perego, Presiden Rantau, Eropah, untuk Bacardi. "Ia satu peringatan bahawa perlumbaan bukan sahaja tentang gaya hidup di litar lumba, tetapi juga gaya hidup di luar sana."

MARTINI DALAM FORMULA ONE™ 

Hubungan berkekalan antara jenama MARTINI dengan sukan bermotor serta sejarah yang disulami penajaan dan penyertaan acara sukan seluruh dunia bermula pada tahun 1968 dengan penubuhan MARTINI Racing™. Langkah yang berani dan bercita-cita besar ini menghasilkan program penajaan perintis yang menyaksikan MARTINI menjadi salah satu peserta bukan sukan bermotor pertama yang menaja pasukan lumba.

Evolusi MARTINI Racing berterusan sepanjang era 1970an, dan semasa tempoh inilah seragam khas biru dan merah MARTINI Racing yang terkenal mula-mula direka. Rekaan perintisnya menggambar kepantasan dan gaya pasukan, dan seragam MARTINI sentiasa muncul di sepanjang zaman kegemilangan MARTINI Racing antara 1971 dan 1996.

Pada 1972, MARTINI mula-mula melibatkan diri dalam Formula One™, bekerjasama bersama Tecno™ dengan perjanjian setahun, dan kemudian kembali pada tahun 1975 sebagai rakan kongsi pasukan Brabham™ yang berlanjutan selama tiga tahun. Dari 2006 - 2008, MARTINI merupakan rakan kongsi rasmi Scuderia Ferrari™, pasukan paling berprestij yang berjaya sepanjang sejarah FIA Formula One World Championship™.

Dengan kembalinya jenama itu ke persada Formula One™, satu generasi baharu bakal jatuh cinta dengan gioia di vivere ("keseronokan kehidupan" dalam Bahasa Itali) yang dibawakan MARTINI kepada dunia.

Latar Belakang MARTINI

Salah satu jenama paling ikonik di dunia, MARTINI® merupakan nama terkemuka dalam pembuatan wain Itali dan pembekal wain beraroma dan membuih dengan kualiti tertinggi. Rasa pahit-pahit manis dan lazat rangkaian MARTINI yang memenangi anugerah merupakan hasil adunan rahsia lebih 40 tumbuhan yang disumberkan daripada lokasi terhebat seluruh dunia. Portfolio MARTINI termasuklah: MARTINI Bianco, MARTINI Rosato, MARTINI Rosso, MARTINI Extra Dry, MARTINI Asti, MARTINI Moscato d'Asti, MARTINI Prosecco, MARTINI Rosé, MARTINI Brut dan MARTINI Royale. Dicipta pada 1863 di Turin, Itali, jenama MARTINI merupakan sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda, dan terus menjadi peneraju pasaran dalam kategori tersebut. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.

Latar Belakang Williams

Williams ialah pasukan Formula One™ terkemuka dan syarikat kejuruteraan canggih. Dibentuk pada 1977 oleh Sir Frank Williams dan Patrick Head, pasukan itu telah menggenggam 16 gelaran Kejohanan Dunia FIA Formula One™ sejak ia diasaskan. Sembilan daripada gelaran ini dimenangi semasa Kejohanan Pembina, dan baki tujuh gelaran dimenangi semasa Kejohanan Pemandu oleh Alan Jones, Keke Rosberg, Nelson Piquet, Nigel Mansell, Alain Prost, Damon Hill dan Jacques Villeneuve.

Williams Advanced Engineering merupakan divisyen Williams yang memanfaatkan teknologi terbitan, kepantasan pembangunan, serta pengetahuan Formula One™ bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang sangat inovatif kepada sektor sukan bermotor, automotif, pengangkutan, dan tenaga.

Dengan kolaborasi yang erat, Williams Advanced Engineering membantu para pelanggannya mengatasi cabaran kemampanan abad ke-21 dan memperbaiki prestasi mereka, kedudukan pasaran mereka, dan imej jenama mereka.

Bertanggungjawablah. Jangan memandu ketika mabuk.

MARTINI, MARTINI Racing, logo bola dan bar serta jalur MARTINI Racing adalah tanda dagangan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.martini.com dan http://www.williamsmartiniracing.com

Untuk semua imej serta kandungan berkualiti siaran sila lawati: http://www.williamsmartiniracingmediacentre.com

Source: MARTINI
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Sporting Events Sports Contracts Licensing/marketing agreements