omniture

Penghantar Piza Terkemuka Sepanyol Mencari Francaisi Induk Serantau untuk Meluaskan Pasaran ke UK

-- Telepizza mempromosikan peluang francaisi induk serantau kelas pertama di Pameran Francais British dan Antarabangsa di London
Telepizza
2016-03-10 19:32 253

LONDON, 10 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Telepizza, syarikat penghantaran piza Mediterranean yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan yang ia akan menghadiri Pameran Francais British dan Antarabangsa di London pada 10 hingga 11 Mac, untuk mencari francaisi induk serantau bagi meluaskan pasarannya ke dalam pasaran UK.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7781751-telepizza-seek-franchisees-uk-expansion/

Giorgio Minardi, Presiden Antarabangsa di Telepizza berkata: "Kami teruja untuk beralih ke pasaran UK dan berharap untuk menjalinkan hubungan dengan francaisi induk serantau yang akan membantu untuk membina jenama kami di sini. Telepizza mempunyai bukti rekod prestasi hubungan yang sangat baik dengan francaisi induk serantaunya, yang didokong oleh keupayaan kami menyesuaikan diri sebagai rakan kongsi perniagaan. Warisan kualiti, perkhidmatan yang cepat dan mesra, dan produk yang dirangka khas untuk memenuhi pasaran individu telah menjadi asas kepada kejayaan kami. Kami berharap untuk menjalinkan perkongsian masa depan di Pameran Francais British dan Antarabangsa. "

Kira-kira 35% daripada kedai-kedainya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh Telepizza, sementara sekitar 65% dimiliki oleh rakan kongsi perniagaannya. Telepizza menyokong setiap francaisi induk serantaunya dengan pengetahuan, latihan berterusan dan kekukuhan jenama yang diperoleh daripada tiga dekad kecemerlangan operasi. Telepizza juga melindungi standard kualiti, menguruskan keseluruhan proses dari kilang ke pengguna.

Latar belakang Telepizza

Telepizza adalah syarikat penghantaran piza terkemuka yang diiktiraf untuk piza segar buatannya yang berkualiti dengan gaya Mediterranean, mesra dihidangkan bila-bila masa, di mana sahaja pada nilai yang hebat.

Dengan kedudukannya sebagai perintis dalam sektor ini dengan sejarah 30 tahun dan model pengurusannya, ia telah mengalami pertumbuhan antarabangsa yang kukuh dengan kehadiran gabungan di 14 negara Eropah, Amerika Latin dan Afrika, dan lebih daripada 1,300 kedai di seluruh dunia.

http://www.telepizza.com

Facebook

Twitter

Maklumat lanjut: Susana Sanjuán: ssanjuan@kreab.com / +34-677946805

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a
Video - http://www.multivu.com/players/uk/7781751-telepizza-seek-franchisees-uk-expansion/ 

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Expansion