PETALING JAYA, Malaysia, 10 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia berkumpul untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu meraikan kemunculan pemegang lesen eksklusif International Preschool Curriculum (IPC) di Malaysia dan Indonesia.
Pemegang lesen ketiga belas di seluruh dunia, Little Uns Sdn Bhd, yang merupakan kerjasama antara HELP Education Group dan OSK, telah dianugerahkan hak pengedaran eksklusif International Preschool Curriculum (IPC) untuk kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.
HELP Education Group, OSK dan IPC komited untuk meningkatkan standard pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia ke tahap antarabangsa dan melengkapkan pelajar dalam negara-negara ini dengan alat yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan abad ke-21, melalui pendekatan tempatan yang inovatif.
"Kami amat teruja tentang kerjasama dengan IPC kerana ia memberikan kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia akses kepada kurikulum yang progresif. Kita telah mengkaji pelbagai jenis kurikulum dari seluruh dunia dan kami percaya kami telah menemukan kurikulum yang sempurna bagi kanak-kanak dengan bahan-bahan IPC yang inovatif. Kami mengalu-alukan kerjasama yang berpanjangan dengan IPC dan berharap untuk mengembangkan pasaran dengan cepat dalam kedua-dua negara," kata Adam Chan, Pengarah Little Uns Sdn Bhd.
Little Uns menubuhkan tadika The Little Treehouse di Galeri Pusat Membeli Belah Atria di Petaling Jaya.
Ibu bapa di Malaysia, dan pemilik-pemilik perniagaan yang sedang mempertimbangkan usaha perniagaan baharu atau berminat untuk memulakan prasekolah baharu, dan pemilik prasekolah sedia ada/pengusaha yang ingin meningkatkan profil sekolah mereka amat dialu-alukan untuk meneroka peluang dengan IPC.
Peluang baharu tersebut yang diberikan kepada Little Uns dan mereka yang berusaha untuk terlibat dalam sektor ini di Malaysia dan Indonesia juga dikongsi oleh IPC. "Terdapat permintaan yang besar untuk program dan latihan di kedua-dua negara dan kami bekerja keras untuk mencari rakan kongsi terbaik yang mewakili kepentingan strategik kami di rantau ini," kata Peter de Beer, Pengarah Eksekutif IPC. "Latar belakang yang pelbagai dan pengalaman semua pihak yang berkepentingan ditambah pula dengan perwakilan yang boleh menawarkan perkhidmatan IPC terus kepada pelanggan akan bererti bahawa pelanggan IPC di sini akan menerima bantuan khusus yang relevan dengan keperluan dan komuniti mereka."
Di sepanjang dua minggu lalu, ahli-ahli Lembaga Eksekutif IPC bekerjasama dengan Little Uns untuk mempamerkan manfaat IPC di pasaran Malaysia dan Indonesia. Mereka yang hadir memperoleh maklumat penyelidikan antarabangsa IPC, pertanyaan, objektif dan kurikulum berasaskan bermain, dan diberi taklimat tentang manfaat memperoleh IPC, termasuk cara penggunaan bahan pengajaran yang diberikan oleh IPC akan membezakan sekolah-sekolah ini daripada sekolah-sekolah lain di kawasan setempat mereka. Kursus latihan guru IPC, dan penerangan tentang manfaat mempunyai guru terlatih dalam amalan terbaik ECE juga turut dibentangkan.
Sebagai pemegang Lesen Eksklusif International Preschool Curriculum, pendidik di sekolah IPC Malaysia dan Indonesia akan mengajar pelajar menggunakan 56 unit tema kurikulum IPC. Dalam setiap unit terdapat aktiviti yang merangkumi kandungan trans-disiplin enam bidang pembelajaran IPC termasuk seni bahasa, kemahiran sosio-emosi, numerasi, seni kreatif dan visual, sains, dan kemahiran motor halus dan kasar. Sekolah IPC akan menerima kandungan yang bukan sahaja telah dikaji dan disediakan, malahan objektif pembelajaran dan penilaian untuk memantau tahap pelajar. Ini menjimatkan sejumlah besar masa guru, wang pemilik sekolah, dan memberikan lebih banyak masa kepada pelajar untuk belajar dengan berkesan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang IPC Malaysia dan Indonesia, sila layari www.ipcschool.com.my
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang International Preschool Curriculum, sila layari www.ipc.education atau ikuti IPC di www.facebook.com/internationalpreschoolcurriculum
Untuk maklumat lanjut tentang IPC, sila hubungi: |
|
Moya Bailey |
|
Pengarah PA dan Pemasaran |
|
1-888-844-3911 (United States of America) |
|
CK Gan |
|
Ketua Pegawai Operasi |
|
The Little Uns, Malaysia |
|
+ 6 (03) 77316128 |
|
Pertanyaan Media |
|
Juliet Chan |
Dharshini Ganeson |
Timbalan Pengarah, Komunikasi Korporat |
Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat |
HELP University |
HELP University |
+ 6 012 6250207 |
+ 6 012 2872686 |
Dinesh George Lourdes |
|
Eksekutif, Komunikasi Korporat |
|
HELP University |
|
+ 6 016 6155795 |
|