HONG KONG, 11 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pada 1 Mac, 2016, Infinitus (Hong Kong) Company Ltd. ahli LKK Health Products Group (selepas ini dirujuk sebagai "LKKHPG"), telah dianugerahkan oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong sebagai Syarikat Prihatin 2015/16. Penghormatan ini telah diterima oleh Syarikat ini bagi tahun kedua berturut-turut.
Sebagai ahli LKKHPG, Infinitus kekal komited melaksanakan CSR dalam kesihatan, kualiti, pekerja, rakan kongsi, alam sekitar dan masyarakat, gigih menyediakan produk herba Cina dan perkhidmatan premium untuk pelanggan bagi mewujudkan kehidupan yang lebih seimbang, mewah dan harmoni. Pada tahun-tahun yang lalu, Infinitus telah menerapkan CSR ke dalam strategi pembangunannya dan menerbitkan laporan CSR untuk 8 tahun berturut-turut. Syarikat ini telah menubuhkan Yayasan Si Li Ji Ren untuk menggalakkan kesihatan awam, pembasmian kemiskinan, sokongan pendidikan, bantuan bencana dan memperkasakan kumpulan yang kurang bernasib baik. Yayasan tersebut memulakan Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren dan lain-lain projek kebajikan awam yang inovatif .Tambahan pula, Infinitus menekankan kepada Indeks "Feel Good" (Rasa Gembira) pekerjanya dengan menyediakan mereka hiburan yang pelbagai dan latihan dalam perkhidmatan.
Encik Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata jika syarikat mahu memastikan kemakmuran dan kesinambungan perniagaan yang berkekalan, syarikat perlu berfikir lebih jauh dari perspektif sistemik. Sebuah syarikat yang mengeksploitasi kelebihannya yang unik dalam menyelesaikan isu-isu sosial yang popular bukan sahaja akan meningkatkan kemajuan sosial tetapi juga mengurangkan kos, selain menzahirkan nilainya dalam masyarakat.
Kempen Syarikat Prihatin telah diadakan selama 14 tahun. Acara ini telah mendapat sambutan yang hangat dan meluas dalam kelompok perniagaan dan sosial. Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong, tuan rumah acara ini, mempunyai keanggotaan melebihi 390 entiti, menyediakan lebih 90 peratus perkhidmatan sosial untuk warga Hong Kong.
Latar belakang Infinitus
LKK Health Products Group adalah ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong berabad lamanya dengan Si Li Ji Ren sebagai nilai teras. Ahli-ahli LKKHPG termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., dan HeHa Digital Health Limited. Infinitus mengkhusus dalam produk kesihatan herba Cina. Ia mempunyai 36 cawangan, 28 pusat perkhidmatan bersama-sama dengan lebih daripada 6,000 kedai-kedai eksklusif di tanah besar China.