ATLANTA, 13 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Precision Heliparts (PHP) yang berpangkalan di Atlanta, sebahagian daripada Precision Aviation Group (PAG), penyedia utama produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri Aeroangkasa dan Pertahanan seluruh dunia, mengumumkan pembukaan kemudahan jualan terbaharu di Sao Paulo, Brazil. Kemudahan jualan PHP - Brazil terletak di Helipark di Carapicuíba/Sao Paulo, Brazil.
Kemudahan baharu itu dikendalikan oleh anak kelahiran São Paulo, Marcelo Farah. Dengan pengalaman selama 10 tahun dalam industri penerbangan, serta latar belakang dalam MRO dan jualan yang luas untuk platform Sayap Tetap dan Berputar, selain kefasihan beliau dalam bahasa Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Perancis, Farah (mfarah@heliparts.com) akan menyandang jawatan sebagai Pengurus Akaun Serantau untuk PHP-Brazil. Farah menerima latihan yang menyeluruh dengan PHP Atlanta bagi memastikan pelanggan PHP di Brazil menerima tahap perkhidmatan pelanggan serta sokongan inventori setaraf dengan perkhidmatan yang dipuji oleh pelanggan PHP sedia ada sejak lebih 20 tahun.
"Kami teruja dengan pembukaan Kemudahan Sokongan Pelanggan terbaharu kami di Sao Paulo," kata David Mast, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PAG. "Perniagaan kami memenuhi keperluan pengendali Sayap Tetap dan Berputar di seluruh dunia dan kami akan terus membuat pelaburan modal di beberapa buah kemudahan bagi mengukuhkan keupayaan kami untuk menyokong pelanggan kami." Brazil, khususnya Sao Paulo ialah pusat tumpuan terbesar pengendali Helikopter Awam di dunia serta pengendali pesawat bersaiz besar – untuk kedua-dua Sayap Tetap dan Sayap Berputar. Kami sentiasa mempunyai kumpulan pelanggan di Brazil, namun kami mahu mewujudkan kemudahan Jualan dan Perkhidmatan di lokasi pelanggan kami. PAG komited untuk membuka kemudahan yang berdekatan dengan pelanggan kami bagi memudahkan penyediaan sokongan yang lebih baik. Sejak 12 tahun lalu, kami telah membuka beberapa buah kemudahan di Vancouver, Kanada; Lafayette, Louisiana (AS); Brisbane, Australia dan kini di Sao Paulo, Brazil. Kemudahan kami di lokasi ini kini merangkumi lebih 75,000 kaki persegi, menggajikan 45 kakitangan jualan/perkhidmatan dan menyelenggara lebih 20,000 item setiap tahun dengan sokongan langsung daripada kumpulan pelanggan tempatan kami."
Juan Giraldo, Pengarah - Jualan di Amerika Latin - PAG – berkata, "Komitmen PHP dalam menyokong pasaran Amerika Latin bermula pada tahun 2001 apabila saya diambil bekerja dan berpindah dari Bogota, Columbia untuk menyertai PHP. Sepanjang tahun itu, PAG sentiasa amat fokus dalam memperluas sokongannya ke pasaran Amerika Latin. Kami bakal memperluas kemudahan kami di Sao Paulo untuk menambah Stesen Pembaikan pada masa depan dan kami akan menambah lokasi kemudahan Jualan dan Perkhidmatan di beberapa lokasi tambahan di Amerika Latin."
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516
Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)
Precision Aviation Group (PAG) ialah penyedia utama produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan seluruh dunia. Dengan 10 lokasi serta kemudahan jualan dan perkhidmatan seluas lebih 250,000 kaki persegi di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Brazil, PAG menggunakan unit perniagaan yang tersendiri serta model perniagaan berfokuskan pelanggan untuk berkhidmat kepada pelanggan dalam industri penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan dan perkhidmatan tanda dagangnya, Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®).
PAG menyediakan MRO serta Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com); Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la); Precision Heliparts - Brazil (www.precisionaviationgroup.com/php-br) Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan juga Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG memiliki keupayaan MRO untuk lebih 35,000 produk termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, instrumen, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).