omniture

Fossil bakal Umum Jam Tangan Pintar Baharu Android Wear™, Penjejak Aktiviti dan Jam Tangan Analog Pintar Yang Lebih Nipis di Baselworld

Fossil Brand
2016-03-16 02:00 180

BASEL, Switzerland, 16 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Fossil Brand, penginovasi dalam bidang jam berfesyen dan peranti boleh pakai, bakal mengumumkan penjejak aktiviti terbaharu, jam tangan analog yang lebih pintar serta jam tangan pintar Android Wear yang lebih nipis sempena Ekpo Global Fossil 2016. Bertepatan dengan Baselworld di Switzerland, produk terkini dalam barisan peranti Fossil Q mencapai keseimbangan sempurna antara fesyen dan fungsi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160314/343854

Pengumuman yang dibuat hari ini membariskan penjejak aktiviti generasi seterusnya, Q Motion, lengkap dengan fungsi penjejak tidur, kalis air dan teknologi ketik yang pintar; jam tangan Android Wear yang lebih nipis (Q Marshal dan Q Wander, masing-masing); serta jam tangan analog lebih pintar yang menerapkan teknologi ke dalam jam tangan tradisional, sesuatu yang lain daripada yang lain. Kesemua peranti ini bakal menemui pengguna antara awal musim panas atau pada musim luruh tahun 2016.

"Kita gemarkan pengaruh digital dalam dunia hari ini! Ia memudahkan komunikasi langsung dengan pelanggan, dan ini membolehkan kami mereka produk dan menaik taraf teknologi dengan lebih berimpak," kata Jill Elliott ketua pegawai kreatif. "Pelanggan ingin lebih terhubung dengan dunia di sekeliling mereka, dan sentiasa ingin mengakses maklumat berkaitan aktiviti harian, kandungan yang ditapis serta rangkaian sosial mereka. Barisan peranti Fossil Q yang diperluas ini dapat membawakan kreativiti, sifat ingin tahu dan ketersambungan melalui jam tangan serta penjejak aktiviti lebih pintar yang dapat meningkatkan gaya peribadi mereka."

Q WANDER DAN Q MARSHAL – DIKUASAKAN OLEH ANDROID WEAR

Dengan paparan skrin sentuh, keluli halus dan tali kulit jam tangan yang klasik, paparan terkini jam tangan pintar keluaran Fossil—Q Wander dan Q Marshal—memberikan kuasa yang anda perlukan untuk menyempurnakan segala tugasan harian anda dengan cekap dalam pakej yang lebih kecil dan lebih bergaya. Hasil maklum balas pengguna, muka jam tangan itu kini berukuran 44mm dan 46mm, dengan pilihan tali jam silikon yang memberikan gaya versatil kepada peranti Fossil Q yang terbaharu ini serta menjadikannya koleksi aksesori yang sempurna untuk gaya harian anda.

  • Q Wander menampilkan muka jam melengkung yang licin dengan beberapa lapisan berserta bahagian pemegang berdawai yang diukir penuh seni, menjadikannya jam yang berfungsi dan tampak menarik. Tali kulit asli jam tangan yang boleh ditukar ganti memberikan gaya dan keselesaan yang diharapkan oleh pengguna daripada sebuah jam tangan.
  • Q Marshal menampilkan muka jam dengan ciri-ciri tahan lasak, berserta rekaan terkini seperti muka jam bersadur warna biru kelasi yang mencolok, digandingkan dengan tali kulit berinspirasi vintaj.

Seperti jam tangan pintar Q Founder sedia ada, kedua-dua Q Wander dan Q Marshal menampilkan paparan yang sentiasa menyala, agar anda sentiasa dapat mengakses maklumat penting seperti waktu, panggilan dan pemberitahuan. Anda juga dapat membalas pesanan ringkas daripada jam tangan dengan mengetik pada skrin atau menggunakan arahan suara. Kesemua jam tangan pintar ini juga membolehkan anda mendapatkan maklumat perjalanan, penerbangan dan peringatan tepat pada masanya, hasil daripada kad Google Now™. Q Wander and Q Marshal juga boleh diberikan personaliti peribadi menggunakan rekaan muka jam tersuai, termasuk muka jam Fossil yang eksklusif serta tali jam yang boleh ditukar ganti.

Kedua-dua jam tangan pintar ini dikuasakan oleh Android Wear—platform jam tangan pintar Google. Ia membolehkan anda mendapat maklumat yang anda inginkan (apabila diperlukan) pada jam tangan yang menyerlahkan gaya dan menepati minat anda.

Tanpa pin atau penyambung yang terdedah, kedua-dua jam tangan pintar mudah dicas menggunakan pengecas tanpa wayar yang nipis.

Q Marshal dan Q Wander ini serasi dengan telefon pintar Android™ serta iPhone. Kedua-dua jam tangan pintar dengan paparan skrin sentuh ini bakal dijual pada akhir tahun ini, bermula dengan harga $275 (AS).

Q MOTION AKTIVITI + PENJEJAK TIDUR  

Fossil memperkenalkan penjejak aktiviti pada musim luruh lalu yang dapat memaklumkan panggilan dan pesanan ringkas kepada anda, selain dapat menjejak aktiviti anda. Pada musim panas ini, Fossil bakal menambahkan generasi terbaharu—Q Motion—penjejak yang dipertingkat pada harga berpatutan. Peranti ini juga dapat menghantar pemberitahuan panggilan, pesanan ringkas dan aktiviti kepada anda, hasil fungsi getaran haptik dan cahaya LED pelbagai warna.

Selain dapat menjejak tidur dan aktiviti anda, Q Motion menampilkan teknologi ketik yang pintar—kaedah revolusioner untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling anda. Dengan Q Motion, hanya dengan satu ketik dapat memainkan lagu kegemaran, mencari telefon atau membantu anda mengambil gambar selfie yang sempurna.

Q Motion tidak perlu dicas semula memandangkan bateri sel berbentuk duit syiling dapat memberi kuasa sehingga enam bulan lamanya. Selain itu, penjejak ini kalis air sehingga sedalam 50 meter, dan menampilkan reka bentuk silinder baharu yang bergaya serta tali jam yang boleh ditukar ganti.

Q Motion bakal dijual pada musim panas ini dengan harga permulaan $95 (AS).

JAM TANGAN ANALOG PINTAR

Siapa kata jam tangan hanya untuk menunjuk masa? Jam tangan analog lebih pintar Fossil (akan muncul musim luruh ini) dapat memaklumkan panggilan masuk kepada anda, selain pemberitahuan daripada kenalan terdekat hanya dengan peralihan jarum jam tangan. Ia juga dapat mengesan semuanya, bermula dengan langkah kaki kepada kalori, tidur, kemas kini automatik zon waktu, zon waktu kedua (tersedia pada muka jam kecil, di muka jam analog) dan boleh dihubungkan kepada telefon pintar Android atau peranti iPhone melalui Bluetooth®. Seperti Q Motion, jam tangan analog pintar ini menampilkan butang pintar yang memberikan pengguna kebolehan untuk mengawal dunia di sekeliling mereka. Jam tangan analog pintar ini adalah hasil penyatuan muktamad fesyen dan teknologi, menghimpunkan keanggunan dan kesederhanaan jam tangan analog dengan teknologi jam tangan pintar terkini – dengan pilihan empat platform jam tangan unik.

Maklumat tambahan disediakan di foss.sl/MeetFossilQ

Android Wear, Google dan tanda lain ialah tanda dagangan Google Inc.

Source: Fossil Brand
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Jewelry New products/services