omniture

Urban Jurgensen -- Hubungan Unik Denmark-Switzerland Memperkenalkan Koleksi Baharu Di Baselworld 2016

Urban Jurgensen
2016-03-16 08:00 313

BIEL, Switzerland, 16 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pada hari ini di Baselworld 2016 Urban Jurgensen melancarkan tiga model baharu yang diilhamkan pencapaian teknologi terhebat Dinasti Jurgensen, setiap satunya menggabungkan teknik terbaik yang paling gah dalam industri pembuatan jam tangan.

Untuk melihat Siar Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7777151-urban-jurgensen-watches-baselworld/

Koleksi Urban Jurgensen semasa mencerminkan komitmen kami untuk Menjunjung Tradisi Abadi dalam pembuatan jam buatan tangan anggun dengan aura kecemerlangan terkawal serta keyakinan tidak terperi yang begitu didambakan Pengumpul serta Penggemar seluruh dunia.

Dalam Koleksi Jurgensen 1745, Urban Jurgensen memperkenalkan model baharu, Reference 1741 buatan Platinum dengan kalendar Perpetual, penunjuk tahun lompat, serta fasa bulan. Muka jam Reference 1741 dibuat tangan menggunakan pembuatan muka jam Grenage dan dilengkapi tampal hias angka Arab emas putih Urban Jurgensen. Ciptaan cakera bulannya melibatkan lebih 20 pengendalian berbeza dan hasilnya adalah jam buatan tangan klasik dengan ciri yang begitu unik dan mengagumkan yang begitu jarang ditemui dewasa ini.

Urban Jurgensen turut dengan bangganya memperkenalkan Jules Collection baharu dengan dua model baharu, Reference 2240 dan 2340. Kedua-dua model berkongsi pemegang runcing kontemporari baharu dalam rekaan klasik atas bekas melengkung cekung dan cembung dengan diameter sebanyak 40 mm. Muka jam kedua-dua model ini berkongsi teknologi perapian muka jam model 1741, Grenage buatan tangan yang begitu halus dan memerlukan ketelitian. Reference 2240 didatangkan dalam emas merah dengan angka Arab terukir hitam, saat serta tarikh di tengah. Reference 2340 didatangkan dalam emas putih, dengan angka saat kecil, bekalan simpanan kuasa, tarikh, serta penunjuk fasa bulan.

Latar Belakang Urban Jurgensen

Kisah kami bermula pada 1745 dengan kelahiran Jurgen Jurgensen di Copenhagen, pengasas dinasti pembuatan jam tangan yang masih mengangkat nama beliau. Anak lelaki Jurgen, Urban Jurgensen (1776 - 1830), lantas mengikuti jejak langkah ayah beliau. Selepas menghabiskan tempoh perantis beliau bersama pembuat jam luar biasa seperti Breguet di Paris dan Arnold di England, Urban mengemudi jenama Jurgensen kepada kejayaan yang hebat. Dua anak lelaki Urban, Jules-Frederik dan Louis Urban, meneruskan tradisi keluarga mereka. Jules belajar di Switzerland dan berpindah ke Le Locle, sementara abangnya Louis kekal dipertanggungjawabkan di kilang di Copenhagen, lalu memberi syarikat itu akar umbi di kedua-dua negara dan kekalkan sehingga ke hari ini. Inovasi dan kecemerlangan hasil usaha Jurgensen menempa pengaruh yang hebat ke atas industri pembuatan jam tangan Le Locle dan sudah tentunya, ke atas keseluruhan Kanton Neuchatel, memperkenalkan teknik terkini dari seluruh dunia. Tentulah ia bukan tercapai tanpa dirancang, sebaliknya ia merupakan hasil komitmen serta dedikasi terhadap seni pertukangan ini berabad lamanya.

Ayuh lawati kami di Baselworld: 0.F / Palace 4B

http://www.urbanjurgensen.com 
http://www.facebook.com/UrbanJurgensen 
http://www.linkedin.com/company/2785991 
Tonton kami di: http://www.youtube.com/channel/UCbdIF-r9rxCKv6yFKQBop4g 
http://www.urbanjurgensen.com/baselworld2016 

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160315/344433

SUMBER  Urban Jurgensen

Source: Urban Jurgensen
Keywords: Jewelry Retail New products/services Trade show news