omniture

Digital Marine Solutions Bakal Ambil Alih Bahagian Marin Jeppesen

Digital Marine Solutions
2016-03-17 06:46 120

OSLO, Norway, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Digital Marine Solutions hari ini mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian jual beli bagi mengambil alih bahagian marin Jeppesen, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan.

Mengikut terma perjanjian, mantan Jeppesen Marine akan beroperasi sebagai entiti berasingan menggunakan sumber khususnya sendiri dan akan berdagang menggunakan jenama C-MAP. Jeppesen akan kekal sebagai sebahagian daripada The Boeing Company.

Digital Marine Solutions dimiliki oleh Altor 2003 Fund, sebahagian daripada kumpulan dana ekuiti persendirian Altor yang berpangkalan di Nordic. Pengambilalihan yang strategik ini memanfaatkan pengalaman Altor dalam industri Marin, yang juga pemilik majoriti rangkaian jenama marin Navico. Digital Marine Solutions akan memastikan Navico dan pengeluar barangan elektronik pihak ketiga terus mendapat akses kepada portfolio C-MAP untuk marin rekreasi dan komersial. Pada masa akan datang, Digital Marine Solutions akan membangunkan keupayaan dan jualan C-MAP dengan menawarkan penyelesaian pemetaan, kandungan digital dan perkhidmatan yang lebih baik.  

 "Jeppesen Marine ialah salah sebuah syarikat utama bagi perkhidmatan pemetaan elektronik dan perkhidmatan bernilai tambah untuk marin rekreasi dan komersial," kata Leif Ottosson, bakal pengerusi untuk pihak pembeli. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Jeppesen Marine untuk mencipta inovasi serba baharu dan terus berurusan dengan pelanggan sedia ada Jeppesen Marine agar dapat terus mengembangkan perniagaan ini."

 "Ini ialah satu berita baik untuk industri elektronik marin, kakitangan serta pengguna Jeppesen Marine, memandangkan produk dan perkhidmatan C-MAP yang berkualiti tinggi akan terus ditawarkan, yang seterusnya dapat mengekalkan ciri kepelbagaian dalam pasaran," kata James Detar, Pengarah Light Marine Portfolio di Jeppesen Marine.

 "Kami percaya dengan visi dan nilai Digital Marine Solutions, kami dapat terus meningkatkan portfolio kami dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Egil Aarstad, Pengarah Voyage Solutions di Jeppesen Marine.

Dengan kelulusan pengawalseliaan yang belum peroleh, urus niaga itu dijangka selesai pada akhir suku kedua tahun 2016.

Sebarang maklumat tentang Jeppesen Marine layari c-map.jeppesen.com dan ww1.jeppesen.com/marine.

 

Source: Digital Marine Solutions
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation Acquisitions, mergers, takeovers