omniture

Research Now Mengumumkan Kepimpinan Eksekutif Baharu

Research Now
2016-03-17 09:00 68

Gary Laben Terpilih Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Research Now

PLANO, Texas, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Research Now, peneraju global dalam pengumpulan data digital bagi memperkasakan analitik dan maklumat, hari ini mengumumkan pemilihan Gary Laben sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 29 Mac dan akan menjadi ahli Lembaga. Beliau menggantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Kurt Knapton, yang telah meletakkan jawatan pada Oktober 2015, tetapi masih kekal dalam Lembaga.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150723/240761LOGO

Laben membawakan pengalaman beliau dalam industri serta kepimpinan eksekutif selama lebih 25 tahun dalam penggunaan data untuk memperkasakan proses pembuatan keputusan untuk klien, dan terbaharu sekali, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KBM Group serta sebagai Ketua Pegawai Data Global Wunderman. Kedua-dua syarikat, KBM Group, sebuah syarikat penyelesaian pemasaran berpacu data, serta Wunderman, sebuah agensi pemasaran langsung dan digital, merupakan sebahagian daripada WPP. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KBM, beliau memimpin syarikat itu mencapai kejayaan dalam penyepaduan beberapa pemerolehan dan penggabungan; mengetuai perluasan globalnya; dan diiktiraf kerana telah membina dan menyatukan pasukan pengurusannya.

Research Now turut mengumumkan hari ini yang John Rothwell, Ketua Pegawai Pengendalian syarikat itu, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Pengendalian. Rothwell, kakitangan pertama Research Now, telah kembali bekerja di syarikat itu empat tahun lalu dan kini mengetuai fungsi syarikat itu yang menguruskan pasaran.

"Lembaga Pengarah Research Now begitu gembira dengan pelantikan Gary sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu," kata John Civantos, ahli Lembaga dan Rakan Kongsi Urusan Court Square Capital Partners, pemilik majoriti Research Now. "Beliau seorang eksekutif yang sudah membuktikan banyak kejayaan kepimpinan yang besar, dan kami sangat teruja apabila beliau bakal mengetuai Research Now, di samping John Rothwell serta pasukan pengurusan kami yang hebat. Pengalaman beliau dalam memajukan perniagaan, baik secara organik mahupun secara pemerolehan, akan memberi lebih sokongan kepada inovasi, tumpuan pelanggan, serta pertumbuhan Research Now dalam industri yang begitu dinamik ini."

"Research Now kini berada di barisan hadapan sebuah industri yang sedang berevolusi," kata Laben. "Organisasi ini sedang bersiap-sedia untuk menawarkan penyelesaian data dan teknologi meluas bagi masalah dalam penyelidikan, dan akan terus menjadi pemain yang menonjol dalam pengumpulan data bagi industri penyelidikan pasaran. Saya sangat gembira dapat menyertai syarikat ini pada masa yang begitu mengujakan ini."

Latar Belakang Research Now
Research Now Group, Inc., merupakan peneraju global dalam pengumpulan data digital bagi memperkasakan analitik dan maklumat yang mendalam. Ia membolehkan keupayaan pembuatan keputusan terpacu data untuk digunakan 3,000 klien penyelidikan pasaran, khidmat nasihat, media, serta korporat mereka melalui akses berasaskan kebenaran mereka bagi jutaan pengguna berprofil menyeluruh menggunakan platform dalam talian, mudah alih, media sosial serta teknologi pengumpulan data kelakuan. Syarikat itu beroperasi dalam lebih 36 negara, dari 23 cawangan seluruh dunia, dan diiktiraf sebagai peneraju kualiti, skala, serta kepuasan pelanggan dalam industrinya. Untuk maklumat lanjut, sila ke researchnow.com

Source: Research Now
Keywords: Publishing/Information Service Personnel announcements