Geneva Watch Group Kembali ke Baselworld
NEW YORK, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Kenneth Cole, menerusi rakan pemegang lesennya, Geneva Watch Group, membuat pengumuman memperkenalkan Koleksi Jam Tangan Automatik Musim Luruh/Sejuk yang baharu. Jenama ini mempratontonkan koleksi tersebut pada Mac ini di Baselworld, pameran perdagangan antarabangsa jam tangan dan barang kemas yang terkenal di Basel, Switzerland dari 17 hingga 24 Mac.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160314/344038
Kenneth Cole merupakan peneraju yang sudah lama bertapak dalam ruang automatik, mereka bentuk jam bergaya yang mempamerkan pergerakan gear mekanikal di bawah permukaan bagi penampilan yang terperinci dan berstruktur. Musim ini, Kenneth Cole membawa kembali jam tangan automatiknya yang terlaris. Jenama ini berkembang dengan warisannya yang membawa
Melambangkan gaya hidup aktif yang dibawa oleh jenama ini, ciri automatiknya berfungsi seiring dengan si pemakai. Reka bentuk automatik ini adalah jam tangan yang dikuasakan oleh gerakan pergelangan tangan.
Koleksi Automatik Musim Luruh/Sejuk tersebut diasaskan daripada penampilan jam tangan klasik dan rapi Musim Panas/Bunga, dan masih menerapkan perincian halus yang mennaikkan seri dan memberi inspirasi kepada si pemakai. Wanita boleh memperagakan jam lutsinar gaya Dress Modern ini. Ditawarkan dalam warna-warna baharu, ia merupakan koleksi jam tangan automatik wanita paling laris yang disegarkan semula. Koleksi ini juga mempunyai batu berukiran halus
Lelaki boleh memilih model jam dengan gaya daripada model Modern Dress dan Sport. Menampilkan perincian maskulin dan tali jam silikon atau kulit, Kenneth Cole menawarkan gaya jam tangan lelaki yang boleh bertransisi dengan seluruh elemen kehidupan.
Kenneth Cole terus menyediakan reka bentuk yang ikonik dan versatil. Jenama ini mensasarkan setiap koleksi baharunya dapat memberi lebih nilai kepada gaya hidup pantas pengguna dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih berani.
KENNETH COLE PRODUCTIONS, INC.
Kenneth Cole adalah seorang pereka Amerika, aktivis sosial, bervisi dan mempercayai bahawa perniagaan dan sifat dermawan adalah saling bergantung. Syarikat globalnya, Kenneth Cole Productions, mereka pakaian, kasut, dan aksesori yang moden, versatil dan berfungsi, dan membuatkan berpakaian setiap hari menjadi mudah di bawah label Kenneth Cole Black Label, Kenneth Cole New York, Reaction Kenneth Cole, dan Unlisted, serta kasut dengan jenama Gentle Souls. Syarikat itu juga telah diberikan pelbagai lesen pihak ketiga untuk pengeluaran pakaian lelaki dan wanita, minyak wangi, jam tangan, barang kemas, kacamata, dan beberapa kategori aksesori lain, termasuk kasut kanak-kanak. Produk syarikat ini diedarkan melalui gedung jualan, butik khas yang berkualiti, butik jualan milik syarikat, dan laman sesawang e-dagang. Selama lebih 30 tahun, Kenneth Cole telah memanfaatkan semangat dan platform jenama unik beliau untuk memberikan impak yang bermakna pada pakaian, serta masyarakat yang memerlukan.
Latar belakang Geneva Watch Group
Ditubuhkan pada tahun 1974, Geneva Watch Group merupakan peneraju global dalam reka bentuk, pembuatan dan pengedaran jam tangan dan jam digital dan analog. Syarikat itu mencipta jam tangan di bawah lesen untuk jenama fesyen dan gaya hidup seperti Kenneth Cole New York, Kenneth Cole Reaction, dan Ted Baker London. Geneva Watch Group juga menghasilkan jenama proprietari sendiri termasuk Freestyle, jenama prestasi jam tangan untuk peminat aktif dan sukakan aktiviti luar; Game Time, yang menyediakan jam tangan dengan logo pasukan sukan untuk NFL, MLB, NBA, NHL, dan universiti-universiti utama. Selain itu, mengeluarkan jam tangan di bawah lesen untuk jenama terkemuka dan jenamanya sendiri, Geneva Watch Group juga mereka bentuk dan mengeluarkan jam tangan dan jam di bawah label peribadi bagi kebanyakan peniaga terbesar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Geneva Watch Group.com.