SYDNEY, Australia, 18 Mac 2016 /PRNewswire/ --
Persembahan Vivid Sydney yang paling lama berlangsung setakat ini bakal diadakan selama 23 malam apabila Pelabuhan Sydney, kawasan baharu dan yang digemari ramai, bakal bermandikan cahaya serta akan menganjurkan persembahan muzik meriah dan juga sesi perbincangan idea hebat mulai Jumaat 27 Mei sehingga Sabtu 18 Jun.
Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney, Sandra Chipchase berkata, "Vivid Sydney kembali tahun ini dengan program yang hebat-hebat belaka, tempat bertembungnya seni, kreativiti, dan inovasi, dan diraikan bersama pengunjung dalam dan luar negara."
"Vivid Sydney bakal menonjolkan artis cahaya terkenal dunia semasa Vivid Light, pemuzik canggih semasa Vivid Music, dan juga penginovasi kreatif semasa Vivid Ideas. Pada tahun 2015 festival itu telah menarik kunjungan pelawat yang mencatat rekod iaitu sebanyak 1.7 juta orang, dan tahun ini, para pengunjung ke Vivid Sydney akan berpeluang menikmati kehebatan Vivid Sydney dengan lebih lama lagi, dan boleh bergembira dengan sambutan tahunan terbesar kami setakat ini."
Untuk kali pertama dalam Vivid Sydney, struktur layar bangunan Rumah Opera Sydney yang tersenarai sebagai warisan dunia akan meraikan karya artis penduduk asli Australia yang sangat sarat makna dan berwarna-warni melalui persembahan bernama Songlines. Karya seni yang mengagumkan ini diarahkan Ketua Program Penduduk Asli Rumah Opera Sydney, Rhoda Roberts daripada Negeri Bundjalung, New South Wales, dan akan bersama-sama enam artis penduduk asli yang menghasilkan karya yang memaparkan hubungan luar biasa antara astronomi dan dunia alam semula jadi – Songlines nyanyian bumi dan cakerawala yang bergema melalui alunan masa dan jarak, merentasi darat dan langit.
Pertunjukan cahaya gilang-gemilang Vivid Sydney akan turut kembali ke Chatswood, Central Park, Darling Harbour dan Muzium Maritim Negara Australia, Martin Place dan kawasan baharu The Galeries, yang menjadi kawasan dalam bangunan pertama bagi festival itu. Tarikan kegemaran lain pula, seperti Taman Botani Diraja Sydney dan Zoo Taronga, bakal bergemerlapan semasa Vivid Sydney bagi meraikan ulang tahun kedua-duanya pada 2016.
Di Garden of Light pula, para pengunjung boleh menelusuri Taman Botani Diraja Sydney yang dilimpahi cahaya sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-200. Pameran yang hebat bakal mempesonakan pandangan para pengunjung seperti Cathedral of Light yang sepanjang 60 meter, yang dibuat daripada ratusan ribu mentol LED putih yang memancarkan cahaya terang tetapi kurang panas dari semua sudut.
Zoo Taronga bakal diterangi arca multimedia gergasi yang terdiri daripada sepuluh spesies kritikal seperti gajah Asia yang gagah dan juga katak Corroboree beraneka warna, lalu menggalakkan para pengunjung untuk Be the Light for the Wild sebagai sinar harapan dalam tahun keseratus Zoo Taronga dan lebih lama lagi selepas itu.
Vivid Music bakal menggegarkan bandar dengan muzik serta lokasi baharu dengan persembahan menarik seperti tayangan perdana sedunia Bjork Digital, projek realiti maya baharu daripada artis avant-garde antarabangsa itu, serta kemunculan sulung Curve Ball – acara muzik dan seni berskala besar secara langsung daripada Fuzzy Music, kedua-duanya diadakan di Carriageworks.
Vivid LIVE yang diadakan di Rumah Opera Sydney bakal menyajikan persembahan menakjubkan daripada legenda synth-pop New Order, kugiran muzik rakyat indie Bon Iver, penyanyi jazz Esperenza Spalding dan persembahan multimedia sulung Anohni di Australia yang bakal menawan hati.
Sydney Conservatorium of Music bakal mempersembahkan The Sound Gardens: Vivid New Music yang dipentaskan pelajar berbakat dengan artis jemputan Natasha Anderson, Anthony Pateras dan Clayton Thomas. Rentak hip-hop Australia bakal menghangatkan Come Together @ Luna Park dan One Day Sundays di The Factory di Marrickville. Artis yang menduduki ARIA Hall of Fame serta pelopor nada muzik tahun 80an the Models bakal menyertai artis lain yang turut mengungguli carta, the Machinations dan juga kumpulan muzik Dave Mason, The Reels yang lebih kecil bagi mempersembahkan The Models, Machinations & The Reels untuk satu malam sahaja di Enmore Theatre.
Antara lokasi baharu Vivid Music dalam tahun 2016 ialah Newtown Social Club, lokasi serba baharu Cake Wines Cellar Door dan juga lokasi kegemaran ramai sebelum ini termasuklah Oxford Art Factory, Freda's dan The Basement.
Di Vivid Ideas, Game Changers Talk Series akan dibarisi sutradara yang membentuk landskap kreatif termasuklah pengarah dan penerbit terkenal Spike Jonze, pencipta rancangan bersiri House of Cards Beau Willimon, daya kreatif di sebalik Orange is the New Black Jenji Kohan, dan juga salah seorang bakat kreatif paling berpengaruh di Australia, Margaret Zhang.
Persidangan kreatif akan turut diadakan di serata bandar, yang akan membincangkan inovasi serta imaginasi, seperti The Sunrise yang akan menyentuh budaya syarikat permulaan Australia, penerokaan cara bagaimana teknologi dan media digital boleh membentuk bandar yang mengujakan dan menarik untuk didiami semasa Media Architecture Biennale 2016 dan juga Conscious Change Makers, sebuah sidang kemuncak dinamik yang menerokai idea yang "perniagaan yang baik" memberi faedah kepada semua orang.
Vivid Sydney merupakan festival cahaya, muzik, dan idea terbesar dunia yang kini memasuki tahun kelapannya, dan dimiliki, diurus, dan diterbitkan agensi pelancongan dan acara utama kerajaan New South Wales iaitu Destination NSW. Vivid Sydney berlangsung mulai Jumaat 27 Mei sehingga Sabtu 18 Jun 2016. Untuk maklumat lanjut, lawati www.vividsydney.com.
NOTA EDITOR
Antara sorotan menarik program Vivid Sydney 2016 adalah:
Tempat |
Persembahan |
Masa |
Rumah Opera Sydney |
Songlines membawakan bersama enam artis penduduk asli yang mengilhamkan karya yang memaparkan hubung kait luar biasa antara ilmu kaji bintang penduduk asli dengan alam semula jadi – bait lagu bumi dan cakerawala yang bergema melalui alunan masa dan jarak, merentasi darat dan langit. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Taman Botani Diraja Sydney (Kawasan Baharu) |
Taman Botani Diraja Sydney menyambut ulang tahunnya yang ke-200 dengan transformasi menjadi Garden of Light dengan persembahan pemetaan 3D dan pameran cahaya gergasi, lalu menghasilkan taman khayalan yang dipenuhi pokok dan belukar yang bergemerlapan. |
|
Zoo Taronga (Kawasan Baharu) |
Kawasan paling liar Vivid Sydney akan disinari Be The Light for the Wild untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-100, dan untuk meningkatkan kesedaran tentang spesies haiwan istimewa yang dilindungi Zoo itu. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam Setiap malam mulai 5:30 petang ke 9:30 malam |
The Galeries (Kawasan Baharu) |
Perspectives mengumpulkan beberapa artis video paling terkenal di dunia dalam satu pameran gilang-gemilang yang disebarkan ke seluruh kompleks itu yang bakal mewujudkan galaksi warna, cahaya, dan pergerakan yang mengasyikkan. |
Setiap malam mulai 5:30 petang ke 11 malam |
Customs House |
Sydney's Hidden Stories tells mengisahkan pengembaraan seekor biawak lidah biru berani yang bertujuan menyampaikan mesej tentang kemampanan, sambil ia menerokai landskap indah yang tersembunyi di ceruk-ceruk bandar penganjur Vivid Sydney. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Muzium Seni Kontemporari Australia (MCA, bangunan batu pasir asal) |
Artis Sydney Barat Huseyin Sami dan kumpulan pengkarya seni Perancis Danny Rose berkolaborasi bagi menyajikan The Matter of Painting, tayangan besar-besaran yang menukarkan MCA menjadi kanvas gergasi yang penuh warna-warni ceria, hingga ia kelihatan seperti diukir, dicat, dipotong, dan dioles berus agar menjadi pengalaman yang benar-benar merangsang deria. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Jambatan Pelabuhan Sydney |
Dress Circle memperhebatkan lagi pencahayaan interaktif bangunan Circular Quay yang menakjubkan, dengan memberi kebolehan kepada para pengunjung untuk mengawal pencahayaan panorama bandar itu, Lebuh Raya Cahill, dan untuk kali pertama, keseluruhan belah timur Jambatan Pelabuhan Sydney. Harbour Lights akan kembali untuk melimpahi cahaya di laluan laut itu dengan feri dan bot berhias lampu-lampu terang. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Vivid Light Walk |
The Vivid Light Walk, iaitu laluan dari Circular Quay hingga ke The Rocks dan Walsh Bay, dihiasi lebih 60 pameran termasuk pengalaman interaktif dan menyeronokkan seperti kapal roket dan permainan pinball, permainan Love-O-Metre bercahaya serta pameran gergasi yang tersergam indah. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Martin Place |
Sekali lagi Martin Place bakal menempatkan penjual makanan dan minuman paling popular di Sydney, di samping pameran cahaya yang interaktif dan menarik. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Pelabuhan Darling |
Pertunjukan Laser-Dragon Water-Theatre bakal mengagumkan pengunjung dengan empat skrin air tayangan video, 56 air pancur, 22 pancutan api, dan 10 laser berkuasa, yang menghasilkan bentuk dan kesan khas menakjubkan seperti naga ganas dan badut yang menggelikan hati. |
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Muzium Maritim Negara Australia |
Pengembaraan Norbert the Nautilus diteruskan dengan tayangan ke atas bumbung yang bertajuk The Nautilus and the Sea. Watak-watak daripada filem dihidupkan dalam bentuk lantera gergasi dalam fantasi bawah laut ini.
|
Setiap malam mulai 6 petang – 11 malam |
Central Park Central Park |
X Factory akan menerokai teknologi dan perubahan tempat kerja manusia melalui tayangan ke atas muka bangunan Carlton Brewery yang tersenarai sebagai bangunan warisan. Silent Disco percuma akan kembali menggamatkan kawasan ini dan pengunjung boleh menari sepuas hati setiap hari Jumaat dan Sabtu mulai pukul 5:30 petang. |
|
Chatswood
|
WILDLIGHT -- The Bio-kinetic City, akan menerokai hidupan Gondwana yang mempesonakan melalui satu perjalanan berteknologi tinggi dari Lebuh Raya Chatswood hingga ke The Concourse. |
Setiap malam mulai 5:30 petang – 10 malam 27 Mei – 13 Jun Setiap malam mulai 5:30 petang – 10:30 malam |
Vivid LIVE di Rumah Opera Sydney |
Sebagai sebahagian daripada Vivid Music, Vivid LIVE menampilkan Anohni yang sentiasa membawa pembaharuan (sebelum ini dikenali sebagai Antony Hegarty daripada kumpulan Antony and the Johnsons), kugiran muzik rakyat indie Bon Iver, kumpulan muzik synth-rock ikonik New Order dan penyanyi jazz Esperanza Spalding. |
27 Mei – 13 Jun |
Vivid Music |
Vivid Music lagu terkini di lokasi yang menawarkan genre muzik yang semakin meluas daripada irama R+B hinggalah house, retro revival rock, electronica, queer beats, eclectic dan juga hip hop |
27 Mei – 13 Jun |
Vivid Ideas |
Siri perbincangan Game Changers bersama Beau Willimon, Spike Jonze, Jenji Kohan dan Margaret Zhang, persidangan kreatif dan juga sesi Pertukaran Idea Vivid Ideas yang diadakan di MCA. |
27 Mei – 13 Jun |
Vivid Sydney mengucapkan terima kasih kepada para penaja untuk sokongan mereka dalam festival tahun 2016 ini, termasuklah kepada Rakan Kongsi Intel dan Huawei, dan Penyokong Canon, Coates Hire, City of Sydney, Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet, Google, Indeed, Jaguar, Oracle Liquid, Pihak Berkuasa Pesisir Depan Pelabuhan Sydney, Rumah Opera Sydney, Technical Direction Company dan 32 Hundred Lighting.
Kit media penuh Vivid Sydney, kandungan video pengumuman program 2016, dan imej beresolusi tinggi, termasuk pertunjukan cahaya Vivid Sydney 2016 dan juga rakaman sorotan menarik festival 2015, boleh didapati di www.vividsydney.com/media-centre.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/8521601735-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160316/8521601735-b