NEW YORK, 22 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Penyanyi, penulis lirik dan dermawan SIR IVAN, turut dikenali sebagai Peaceman, melancarkan versi muzik tarian elektronik (EDM) baharu "Imagine" nyanyian John Lennon. Lagu tersebut dihasilkan bersama pemenang Anugerah Grammy Omar Okram dan penyusun muzik legenda Peter Rafelson. Ia merupakan single pertama yang dilancarkan daripada album dengan 10 lagu baharu SIR IVAN berjudul "Peaceman Shines". Setiap daripada 10 buah lagu tersebut, yang dihasilkan oleh 10 penerbit berbeza, kesemuanya terkenal sebagai lagu antiperang dan keamanan dari tahun 60-an dan awal tahun 70-an, kecuali dua lagu asal yang ditulis bersama SIR IVAN yang berkongsi tema yang sama.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160312/343528
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160312/343527
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/179367
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272686LOGO
SIR IVAN berkata, "Dengan mengambil kira kejadian serangan pengganas di Paris baru-baru ini, dan bagi memberi penghormatan kepada John Lennon yang meninggal dunia 35 tahun lalu iaitu pada 8 Disember 1980, inilah saat paling sesuai untuk generasi baharu mendengar lirik optimis John Lennon yang memberikan harapan kepada semua individu di muka bumi ini selain formula mencapai keamanan dunia."
Ini bukanlah kali pertama SIR IVAN melancarkan versi baharu "Imagine". Beliau pernah melakukannya pada 4 September 2001, seminggu sebelum kejadian 11 September apabila beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik dan menjadi artis rakaman pertama dalam sejarah yang mengubah lagu balada rentak perlahan Beatles atau John Lennon kepada lagu tarian dengan rentak rancak. Dengan menandatangani kontrak rakaman dengan Tommy Boy Label oleh pemiliknya, Tom Silverman, versi rentak rancak SIR IVAN yang revolusioner untuk lagu "Imagine" serta merta tersenarai sebagai 40 lagu hit terbaik dalam Carta Tarian Billboard. Ini membuktikan, walaupun setelah tiga puluh tahun lagu asal tersebut diperkenalkan oleh John Lennon pada tahun 1971, lirik lagu "Imagine" masih relevan dengan generasi baharu. Kini, 15 tahun setelah lagu tahun 2001 SIR IVAN dilancarkan, memandangkan dunia masih belum dapat hidup dengan aman, SIR IVAN sekali lagi memberi peluang kepada dunia untuk bersatu, di samping mengumpul dana untuk melakukan kerja amal.
Pada tahun 2005, SIR IVAN, anak lelaki mangsa Auschwitz yang terselamat Siggi B. Wilzig, menubuhkan Yayasan Peaceman, sebuah badan amal yang mendermakan wang kepada pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang membantu mereka yang mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD). PTSD ialah keadaan yang mengganggu keadaan mental yang sering terjadi akibat daripada pendedahan terhadap perbuatan keganasan yang teruk seperti terorisme. SIR IVAN pernah melihat sendiri apa yang dilalui oleh penakat. Bapanya mengalami simptom PTSD klasik; sakit kepala yang teruk, imbasan peristiwa, mimpi buruk dan kemurungan, akibat dipukul secara kejam di kem tahanan serta kematian 59 ahli keluarganya semasa Holocaust. Semua royalti SIR IVAN sebagai artis rakaman bermula dengan single "Imagine" dan album "Peaceman Shines" akan didermakan kepada Yayasan Peaceman bagi memerangi PTSD. Kedua-dua ini tersedia di iTunes, Amazon MP3, Beatport Pro dan banyak lagi rangkaian muzik digital terkenal. Cakera padat (CD) dalam bentuk fizikal boleh dibeli di CD Baby.
Sebarang maklumat lanjut tentang Sir Ivan dan Yayasan Peaceman,
Layari: www.SirIvan.com atau http://sirivan.com/the-peaceman-foundation