omniture

Hikvision Mengumumkan Integrasi dengan Kawalan Akses Net2 Paxton

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2016-03-22 16:07 390

HANGZHOU, China, 22 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Hikvision, pembekal produk dan penyelesaian pengawasan video yang terkemuka dunia, mengumumkan integrasi untuk pelbagai jenis kamera rangkaiannya dan Perakam Video Rangkaian dengan sistem kawalan akses Net2 daripada Paxton, peneraju pasaran UK bagi penyelesaian kawalan akses IP elektronik dan pintu masuk. Integrasi ini akan menyediakan antara muka yang mesra pengguna bagi mengurus aspek keselamatan bangunan dengan lebih mudah.

Integrasi yang lancar ini memudahkan konfigurasi untuk Perakam Video Rangkaian (NVR) Hikvision dan pengesanan kamera dengan sistem kawalan akses Net2. Kamera Hikvision boleh dipasang pada pintu individu bagi membolehkan pengguna memantau video yang dihubungkan kepada kawalan tempat kejadian. Penyelesaian ini menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada pengguna dan membolehkan mereka mengambil tindakan yang sewajarnya pada masa nyata dan selepas berlaku kejadian.

Keen Yao, Pengarah Pemasaran Antarabangsa di Hikvision, berkata: "Integrasi ini menyediakan penyelesaian bernilai tambah kepada pelanggan Hikvision dan Paxton. Ia dapat membantu mengenal pasti serta menangani aktiviti yang mencurigakan, menjadikan pengurusan sistem keselamatan yang ringkas dan lebih menjimatkan masa."

Gareth O'Hara, Pengarah Jualan dan Pemasaran Paxton, berkata: "Di Paxton, kami menggalakkan idea yang asli. Kami membangunkan penyelesaian inovatif yang melambangkan etos syarikat yang ringkas dan berkualiti, di samping memenuhi keperluan pasaran keselamatan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hikvision, sebuah syarikat yang sangat menitikberatkan inovasi dan kepelbagaian produk. Kami berharap penyelesaian ini akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dipertimbangkan oleh pelbagai kumpulan pemasang."

Latar Belakang Paxton Access Ltd  

Paxton menyediakan sistem kawalan akses yang terbaik dalam industri yang menepati cabaran dan trend pasaran keselamatan. Dengan lebih 30 tahun pengalaman, syarikat ini menawarkan kecemerlangan kejuruteraan dengan mencipta produk yang ringkas namun pintar dan inovatif dengan rekaan ciri-ciri keringkasan, bagi memastikan produk tersebut mudah dipasang, digunakan dan diselenggarakan. Net2 ialah penyelesaian kawalan akses paling terkenal di UK, dengan lebih 150 bangunan tambahan dilengkapi dengan penyelesaian ini setiap minggu. Sistem keselamatan ini menawarkan pentadbiran dan kawalan kawasan berpusat, sama ada satu atau  beratus-ratus pintu dan beribu-ribu pengguna. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Paxton di www.paxton.co.uk .

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah pembekal penyelesaian pengawasan video yang terkemuka di dunia. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang terhebat dalam industri, Hikvision menggunakan kemudahan pengeluaran yang canggih untuk mencipta dan membangunkan produk pengawasan CCTV dan video yang inovatif untuk sebarang keperluan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Hikvision di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Joint ventures New products/services