omniture

Dinosaur Bakal Menggegarkan Ekspo Dunia Goseong

Gyeongnam Goseong Dinosaur World Expo Organizing Committee Foundation
2016-03-24 01:43 731

GOSEONG, Korea Selatan, 24 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Kiraan detik kini bermula untuk sebuah eksposisi dinosaur antarabangsa yang bakal diadakan di sebuah pekan di Korea Selatan, Goseong, pekan kecil yang kaya dengan tinggalan haiwan yang telah pupus itu.

Pelawat boleh menggunakan perkhidmatan berasaskan bikon untuk lawatan yang lebih terancang dan selesa.
Pelawat boleh menggunakan perkhidmatan berasaskan bikon untuk lawatan yang lebih terancang dan selesa.

Ekspo Dunia Dinosaur Gyeongnam Goseong akan dibuka pada 1 April dan berlangsung selama 73 hari, dan berjanji akan "mengejutkan dan mengagumkan" para pengunjung dengan replika dinosaur bersaiz sebenar dan pelbagai program menggunakan teknologi yang canggih.

Ia bakal menjadi ekspo dinosaur antarabangsa keempat yang dianjurkan Goseong, yang terletak kira-kira 460 kilometer di selatan Seoul. Ekspo terdahulu diadakan pada tahun 2006, 2009, dan 2012.

Acara tahun ini bakal diadakan di Zon Pelancongan Danghangpo dan bertemakan "Menyingkap masa hadapan dengan dinosaur dan sinar harapan". Para penganjur sedang membuat persiapan untuk menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk keluarga dan pasangan kekasih dengan "menghidupkan kembali dinosaur" melalui teknologi IT dan teknologi filem yang maju. Kira-kira 1.8 juta pengunjung dijangka hadir.

 "Kami melakukan yang terbaik agar pada pengunjung pulang dengan gembira dan berpuas hati," kata Bin Yeong-ho, setiausaha agung jawatankuasa penganjur.

Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan berasaskan bikon untuk lawatan yang lebih mudah dan berkesan. Mereka boleh memuat turun app yang berkenaan daripada laman web pejabat daerah Goseong dan mengaktifkan Bluetooth bagi panduan video dan audio untuk pameran, kemudahan, lawatan yang disarankan dan juga waktu menunggu.

Untuk kanak-kanak khususnya, ekspo itu bakal menawarkan peluang untuk belajar dan menemui dinosaur secara terperinci.

Di DinoAquarium, dua ekor burung botak kepala paus, burung gergasi yang menyerupai dinosaur, bakal dipertunjukkan kepada orang ramai untuk kali pertama di Korea Selatan, bersekali dengan seekor buaya balar, dan seekor dugong yang mirip ikan duyung.

Setiap hari, pelbagai jenis replika dinosaur, termasuk seekor yang selebar 4 meter dan setinggi 1.8 meter, bakal berarak di tapak ekspo tersebut.

Pertunjukan tahun ini direka bagi menyediakan pengalaman dinosaur yang lebih mengasyikkan melalui video hologram yang dibuat dalam bentuk 3D, 4D dan 5D yang akan ditayangkan pada skrin 360 darjah. Dinosaur yang akan dipamerkan termasuklah Tyrannosaurus Rex, Triceratops, Brachiosaurus dan Stegosaurus.

Pelbagai bahan interaktif dan program pengalaman amali, dalam dan luar bangunan, akan turut disediakan. 

Ekspo yang bakal tiba ini mempunyai dua pecahan tema berasingan untuk siang dan malam. Pada waktu malam, semasa program yang akan berterusan sehingga 10 malam, pertunjukan cahaya dan laser yang memukau akan dipertontonkan di plaza utama dan di beberapa tembok, termasuklah di "terowong emas" dan "gerbang dinosaur".

"Pada waktu siang, kami menumpukan kepada keseronokan dan keriangan kanak-kanak. Pada waktu malam pula, pasangan kekasih serta pengunjung dewasa lain boleh menatap cahaya bergemerlapan untuk dijadikan kenangan," kata Bin. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Ha Jeong-Wan 
hjwan1717@korea.kr
+82-55-670-3824

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160323/8521601916

Source: Gyeongnam Goseong Dinosaur World Expo Organizing Committee Foundation
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services