omniture

RS Components Tambah Pengawal Mikro Cekap Tenaga dalam Penawaran Semikonduktor dalam Perjanjian Pengagihan Global Dengan Mikro Tenaga

RS Components
2013-01-30 10:00 216

SINGAPURA, 30 Jan., 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Perjanjian francais akan meningkatkan akses kepada barisan pengawal mikro yang menggunakan tenaga rendah dalam industri untuk para pelanggan di seluruh dunia.

RS Components ( http://www.rs-components.com/index.html )(RS), jenama dagangan Electrocomponents plc ( http://www.electrocomponents.com/)(LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, bersetuju terhadap perjanjian francais global dengan Energy Micro, syarikat pengawal mikro mesra tenaga dan radio.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Mengikut skop perjanjian, RS Components akan menyediakan stok barisan lengkap pengawal mikro berasaskan ARM Cortex berkuasa rendah ultra Energy Micro, kit pembangunan, kit permulaan dan perkakasan dari gudang di seluruh Eropah, Asia dan Amerika Utara.

"Perjanjian ini membolehkan jurutera memperoleh akses yang mudah dan cepat terhadap produk kami secara langsung daripada gudang serantau RS Components," kata Geir Forre, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Energy Micro. "RS Components memiliki barisan lengkap perkakasan dan sumber dalam talian, yang dibangunkan untuk menyokong jurutera dan mengurangkan masa mereka bentuk. Kerjasama ini memperkukuh komitmen kami dalam merangsang penggunaan produk cekap tenaga di seluruh dunia dan menunjukkan peluang pertumbuhan besar untuk perniagaan kami."

"RS Components komited menawarkan penyelesaian teknikal terbaik untuk jurutera," kata Chris Page, Pengarah Penawaran Global, RS Components. "Mengurangkan penggunaan tenaga merupakan keutamaan jurutera reka bentuk, dan pengawal mikro Energy Micro menangani cabaran itu dengan hanya menggunakan suku daripada tenaga yang digunakan oleh peralatan pesaing."

Maklumat Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagang Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih daripada sejuta pelanggan, mengeksport lebih daripada 46,000 bungkusan pada hari yang sama tempahan diterima. Produk kami, yang disumber daripada 2,500 pembekal utama, termasuk elektronik, automasi dan kawalan ujian dan pengukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents di senarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang lepas, berakhir 31 Mac 2012 mencatat perolehan sebanyak GBP1.27bn.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi hubungan ini :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Hubungan Relevan :

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com 

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components

Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel : soochun.tan@rs-components.com
Tel: 6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Email: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: 6361-0250

SUMBER   RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services