omniture

Dubai Encore:

Bond No. 9 New York
2016-03-24 21:37 146

Bukan satu, tetapi tiga pilihan yang menarik disediakan untuk koleksi Dubai Timur-bertemu-Barat yang menimbulkan sensasi serta mencipta kejayaan hebat. Lagipun, Bond No. 9 sentiasa mengalu-alukan lebih banyak pilihan.

NEW YORK, 24 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- Apabila tiga pilihan baharu eaux de parfum kami dari Dubai yang dilancarkan pada tahun 2015 mampu mencipta kejayaan pantas yang mengagumkan, apakah pilihan yang kami ada? Tanpa ragu-ragu, kami mula mengusahakan dan mencipta bukan satu, tetapi tiga pilihan tambahan wangian Dubai. Bakal diperkenalkan buat pertama kali pada bulan Mei - Dubai Citrine, Dubai Amber, dan Dubai Amethyst meneruskan penerokaan deria kami di emiriah Negeri Teluk yang sudah pun mewujudkan satu alam fantasi yang mewah.

Alami Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7776351-bond-no-9-dubai-encore/

Ciri-ciri trend masa depan yang seakan-akan fatamorgana, Timur-bertemu-Barat dan mewah di negara padang pasir itu disertakan ke dalam tiga haruman asli Dubai Emerald, Dubai Ruby dan Dubai Indigo yang diperkenalkan pada tahun 2015. Tambahan pilihan Encore tahun ini sebagai permulaan kepada koleksi yang serba lengkap, berkongsi nilai estetika dengan gaya terbaharu yang menentukan semula pembuatan minyak wangi yang mengasyikkan serta eksotik, dan membawanya menuju abad ke-21.

Haruman Dubai Encore dinamakan sempena batu permata yang berharga, dengan meletakkan kepercayaan purba bahawa batu permata ialah minyak wangi yang berubah menjadi bentuk padu yang berkilau.

Dubai Amethyst, buat mereka yang baru mencuba: Sesuai untuk kedua-dua golongan lelaki mahupun wanita, dimulakan dengan nilai kemewahan haruman dominan dua jenis bunga yang segar – bunga bakung dan mawar. Seterusnya membawa kepada haruman melur dan tonka yang seakan-akan vanila. Kemudian, interaksi haruman asas yang bertenaga dan kuat muncul tanpa diduga: haruman ambroxan berasaskan haiwan, tembakau seperti wiski dan minyak nilam – mengingatkan suasana hutan pada waktu malam.

Dubai Amber, juga disediakan secara terhad, dimulakan dengan haruman bergamot yang segar, seakan-akan musim bunga, diadun dengan safron yang berdebu dan lebih gelap, beri kering berwarna merah jambu yang mencetuskan keghairahan serta raspberi yang masam. Semua wangian ini diikuti dengan haruman berbeza: mawar Bulgaria yang lembut, diadun dengan bunga melur yang memukau, balsam gurjun dan kayu guaiak Amerika Asli yang berbau asap. Amber resin-y seakan-akan cognac adalah haruman utama, diperkuat dengan kayu sedar dan vanila yang sama-sama menghangatkan serta menenangkan.

Dubai Citrine, wangian paling segar, paling feminin dan paling riang antara ketiga-tiga pilihan ini, dimulakan dengan bergamot yang mempesonakan berserta haruman lemon, beri merah yang masam, balsam fir dan rumpai laut yang mendebarkan. Kemudian haruman yang lebih lembut muncul dengan bau utama magnolia yang segar, selain geranium lemon, haruman bunga marigold yang seakan-akan kasturi dan bunga bakung yang lembut. Haruman kasturi yang bertenaga dan mewah selain amber menjadikannya haruman utama, disertai oleh oakmoss yang menghangatkan dan kering, serta vetiver yang menyerupai bau tanah dan asap.

Tiga pilihan minyak wangi Dubai terbaharu ini bakal dilancarkan di New York dan seluruh dunia pada bulan Mei 2016

Cadangan Harga Runcit: 100ml, $550

www.bondno9.com

Source: Bond No. 9 New York
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services