omniture

Kerjasama Stemology Bersama Generation Now Online (GNO) Mencecah Tujuh Angka dalam Jualan Lingkungan Pasifik

Stemology
2016-03-29 08:00 156

LOS ANGELES, 29 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Stemology, syarikat yang khusus menyediakan rumusan penjagaan kulit organik pintar yang semula jadi sepenuhnya melalui sains baharu sel stem, mengumumkan jualan Lingkungan Pasifik yang melebihi tujuh angka. Sejak Mac 2015, produk Stemology telah dijual dalam kawasan ini melalui perkongsian eksklusif bersama Generation Now Online (GNO), yang menggunakan model pemasaran berbilang aras (MLM) GNO dengan tenaga jualan seramai 10,000 yang semakin meningkat bilangannya.

"Kami sangat teruja dengan hasil yang kami perolehi setakat ini dan kami yakin jualan akan meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda dalam masa enam bulan akan datang kesan daripada usaha yang dipergiatkan lagi," kata Presiden GNO Curtis Broome. "Acara jualan kami yang terbaharu menyaksikan produk kami laris terjual, dan kehadiran juga bertambah tiga kali ganda daripada bilangan yang hadir enam bulan lalu."

"Kejayaan yang kami alami dengan kerjasama kami bersama GNO ini tidak menghairankan kerana beberapa faktor, yang terpenting sekali adalah pasukan kepimpinan syarikat ini yang sangat berpengalaman," tambah Ketua Pegawai Pemasaran Stemology Lori Jacobus. "Model ini berkesan, lebih-lebih lagi apabila produk itu sendiri memberikan hasil yang tiada tolok bandingan, dan ia dengan sendirinya memudahkan promosi jualan. Kajian klinikal, perbandingan sebelum dan selepas, dan harga yang sesuai dalam pasaran yang benar-benar memahami teknologi ini tentu akan membuahkan hasil cemerlang."

Stemology dan GNO menganggap kejayaan pantas ini adalah hasil daripada promosi buah mulut, dengan bilangan ahli baharu yang semakin bertambah dalam Club GNO untuk mewakili rangkaian penjagaan kulit Stemology serta rumusan inovatifnya yang berasaskan sains dan  semula jadi sepenuhnya.

Sehingga ke hari ini, Stemology Cell Revive Serum Complete masih kekal sebagai produk yang paling laris terjual bagi jenama itu dalam pasaran Lingkungan Pasifik. Serum Complete mempunyai rumusan hebat yang menangani semua tanda-tanda penuaan wajah – termasuk kedut dan garis halus, kelenturan kulit, ketegangan dan keanjalan, tona kulit, penghalusan roma, ketebalan kulit, kolagen dan kerosakan radikal bebas.

Untuk maklumat lanjut tentang Stemology di AS dan di luar negara, lawati www.stemologyskincare.com, www.stemologyasia.com or www.gno.com.

LATAR BELAKANG STEMOLOGY
Stemology khusus menyediakan rumusan penjagaan kulit organik pintar yang semula jadi sepenuhnya melalui sains baharu Sel Stem. Stemology merupakan jenama yang pertama dan satu-satunya jenama yang menggabungkan kedua-dua teknologi sel stem manusia dewasa dan sel stem tumbuhan, bersama komunikator sel yang mempertingkatkan komunikasi antara sel bagi memaksimumkan manfaat faktor pertumbuhan "pengisyaratan" sel stem. Produk Stemology dirumus mengikut garis panduan etika dan tidak mengandungi sebarang sel stem sebenar atau DNA. Produk Stemology bebas ftalat, paraben, GMO, dan bahan petrokimia. Stemology merupakan syarikat yang bebas kekejaman.

Source: Stemology
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics