- Anugerah iktiraf potensi impak terhadap kesihatan manusia
- Instrumen yang mantap membolehkan komuniti saintifik mengkaji aspek pengawalan lanjutan dalam ekspresi gen
- Boleh disesuaikan untuk manipulasi epigenetik dan regulasi transkripsi yang disasarkan
DARMSTADT, Jerman, 29 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan majalah The Scientist memilih Pengaktif Epigenetik CRISPR syarikat tersebut sebagai salah satu daripada 10 Inovasi Terbaik bagi tahun 2015.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160325/348074
Pengaktif Epigenetik CRISPR itu ialah produk utama daripada syarikat sains hayat Merck selepas mengambil alih Sigma-Aldrich Corp tahun lalu.
"Komuniti penyelidikan saintifik kekurangan kaedah yang berkesan untuk mengaktifkan ekspresi gen endogenus," kata Udit Batra, CEO syarikat sains hayat Merck. "Kami teruja untuk memberikan komuniti penyelidikan saintifik instrumen yang begitu spesifik dan mantap bagi tujuan manipulasi epigenetik dan regulasi transkripsi yang disasarkan."
Pertandingan 10 Inovasi Terbaik tahunan itu mengiktiraf "produk sains hayat terkini yang membawa perubahan dalam makmal dan klinik," menurut satu artikel dalam edisi Disember 2015 majalah The Scientist, yang meletakkan Pengaktif Epigenetik CRISPR di kedudukan keenam dalam senarai 10 inovasi terbaik yang mampu memberi kesan yang besar terhadap sains dan perubatan.
Anugerah tersebut mengiktiraf kesan potensi bahan pengaktif itu terhadap kesihatan manusia, yang menyediakan platform baharu untuk ujian saringan dadah, terapi gen dan pemantauan penyakit.
Sistem tersebut membolehkan komuniti saintifik mengkaji aspek pengawalan lanjutan dalam ekspresi gen dengan membuat modifikasi epigenetik pada lokus genetik di lokasi yang berdekatan dan berjauhan dengan gen sasaran.
Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 40,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, EMD Millipore dan EMD Performance Materials.
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/langgan untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.