NORWALK, Connecticut, 30 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics, Inc. melaporkan bahawa data Stretta baharu telah dibentangkan dan Stretta telah ditonjolkan dalam beberapa sesi pendidikan semasa mesyuarat Persatuan Pakar Bedah Endoskopi dan Gastrousus (SAGES) 2016 baru-baru ini yang diadakan di Boston. Aktiviti di SAGES mengesahkan kebolehlaksanaan dan keselamatan Terapi Stretta untuk merawat penyakit refluks gastroesofagus (GERD) dalam populasi pesakit berbilang.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794
Stretta ialah rawatan intervensi tanpa bedah transoral yang menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) berkuasa rendah untuk membentuk semula otot antara perut dan esofagus. Kajian menunjukkan Stretta melegakan simptom refluks, memperbaiki kualiti kehidupan, mengurangkan atau menyingkirkan terus keperluan untuk ubat, dan mengurangkan pendedahan asid dalam pesakit dengan GERD kronik.
Data Stretta baharu dari UK telah dibentangkan semasa sesi poster SAGES. "Kajian Prospektif untuk Penggunaan RF Endoskopik (Stretta) untuk GERD: Pengalaman Awal di UK," menunjukkan yang rawatan Stretta memberi kelegaan simptom kepada kebanyakan pesakit. Encik Viswanath YKS serta penulis bersama menyimpulkan, di kalangan pesakit terpilih dengan respon rendah terhadap ubat, Stretta merupakan alternatif yang selamat dan berkesan berbanding pembedahan.
Stretta telah ditonjolkan dalam sebuah panel pakar yang membincangkan masalah GERD dalam pesakit selepas pembedahan bariatrik. Dalam panel itu, "Apa yang Setiap Pakar Bedah Patut Tahu tentang Refluks dalam Pesakit Bariatrik," Dana Portenier, MD, Ketua, Pembedahan Am, Hospital Daerah Duke serta pembantu profesor di Fakulti Perubatan Universiti Duke mengatakan yang Stretta boleh menjadi pilihan yang ideal untuk pesakit dengan GERD pascapembedahan bariatrik. Menyedari bahawa pembedahan ulangan bagi pesakit seperti ini boleh menyebabkan komplikasi yang besar, Portenier serta ahli panel lain menyatakan yang Stretta merupakan pilihan kurang invasif yang boleh mengelakkan pembedahan ulangan sambil memastikan pilihan rawatan masa hadapan masih terbuka.
"Rawatan GERD merupakan topik hangat di mesyuarat SAGES tahun ini. Stretta telah dibentangkan dalam pelbagai sesi dan sesi amalinya juga telah dijalankan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mederi, Bob Knarr. Beliau menambah, "Sudah jelas ini masa yang sangat sesuai bagi rawatan seperti Stretta. Kes GERD semakin meningkat, dan jika ia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membawa kepada kanser esofagus. Pada waktu yang sama, timbul kesedaran yang tinggi tentang bahaya penggunaan PPI dalam jangka panjang. Stretta memenuhi keperluan pilihan tanpa ubat dan tanpa pembedahan. Pesakit mahukan lebih banyak pilihan dan dengan Stretta, pakar perubatan dapat memberikan pilihan versatil yang sudah dikaji secara meluas, dan terbukti berkesan dalam jangka masa panjang."
LATAR BELAKANG MEDERI® DAN STRETTA®
Mederi mengeluarkan peranti inovatif yang menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) tidak ablatif bagi merawat pesakit salur pemakanan. Terapi Stretta telah terbukti selamat dan berkesan bagi merawat GERD dalam 37 kajian dari lima benua. Kajian Stretta menunjukkan kelegaan simptom berkekalan sehingga 10 tahun. Lebih 20,000 prosedur Stretta telah dijalankan seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut sila ke: www.stretta-therapy.com.
Hubungan Media:
Amy Phillips
+1.412.327.9499
amy@pascalecommunications.com