LONDON, 31 Mac 2016 /PRNewswire/ -- St Giles Hotels, sebuah jenama hospital antarabangsa dengan harta tanah di A.S., U.K., Malaysia, Australia dan Filipina, telah melancarkan kempen global bernama "Jadilah Tumpuan, Jadilah St Giles" untuk mentakrifkan semula jenama St Giles dan memaklumkan pengguna tentang penambahan3 koleksi sembilan hotelnya. Kempen jenama baharu ini juga akan menetapkan asas bagi pertumbuhan portfolio, dengan matlamat memiliki/mengendali atau mengurus 20 hotel menjelang 2020.
Video - https://youtu.be/3sct_qvtaOY
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160330/349424LOGO
Lokasi tumpuan merupakan aspek penting dalam strategi lokasi St Giles serta fokus bagi kempen "Jadilah Tumpuan, Jadilah St Giles". Sebuah filem tema selama 45 saat, yang merupakan asas kempen itu, menerokai makna sebenar untuk "Jadilah Tumpuan" bagi tetamu St Giles, dan menunjukkan bagaimana jika mereka berada di lokasi tumpuan destinasi mereka, mereka akan dapat menikmati pengalaman pelancongan yang paling menyeronokkan. Direka oleh Piranha, sebuah agensi kreatif New York, kempen itu menyasarkan untuk memperkenalkan St. Giles sebagai jenama global yang memudahkan pengalaman pelancongan sebenar bagi pengunjung untuk urusan perniagaan mahupun melancong.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, St Giles telah memperkayakan kehadiran digitalnya dengan pelancaran semula stgiles.com. Laman web yang telah diubah gaya itu menampilkan rekaan yang moden dan lancar, mudah dikendalikan, dan mesra peranti mudah alih. Ia menghidupkan pengalaman St Giles dengan imej hotel dan destinasi yang menawan sambil menawarkan proses tempahan yang lancar. Untuk maklumat lanjut tentang kempen "Jadilah Tumpuan, Jadilah St. Giles" St Giles Hotel, lawati www.becentralbestgiles.com.
"Sambil kami menumbuhkan portfolio hospitaliti St. Giles, dedikasi kami untuk mempertingkatkan penginapan tetamu akan memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk memperluas ke pasaran baharu," kata Abigail Tan, Ketua St Giles Hotels, Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat. "Matlamat kami untuk kempen baharu ini adalah untuk mempelawa tetamu untuk mengalami pengalaman berbeza di St Giles, dan menzahirkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dalam menempatkan mereka ke pusat bandar-bandar dinamik ini."
Bagi mengilhamkan tetamu untuk menginap mengikut cara mereka sendiri, St Giles mentakrifkan semula klasifikasi hotel mereka mengikut perkhidmatan dan kemudahan, mencipta tiga jenis penginapan yang berbeza. Tetamu kini boleh memilih hotel yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya pelancongan mereka. Koleksi Istimewa St Giles menetapkan piawaian untuk jenama dan menampilkan hotel yang dipilih dengan teliti bagi menawarkan pengalaman yang lebih indah. Sementara itu Hotel Empat Bintang pula menawarkan perincian penuh gaya untuk tetamu yang inginkan keselesaan serta kemudahan, manakala Hotel Tiga Bintang pula adalah untuk pelancong yang cukup arif dengan nilai perkhidmatan yang mesra, lokasi tumpuan,dan kemudahan moden pada kadar yang berpatutan. Dari Eropah hingga ke Asia, hotel St Giles menyediakan tetamu yang datang atas urusan perniagaan serta santai dengan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang berpatutan.
Sebagai sebahagian daripada pelan peluasan globalnya, St Giles membuka dua hartanah pada tahun 2015: The Wembley, di Pulau Pinang, Malaysia dan The Tank Stream, di Sydney, Australia. The Wembley di Pulau Pinang, Malaysia dibuka pada April 2015 dengan 415 bilik tetamu dan terletak di pusat bandar George Town. Dengan empat restoran, termasuk sebuah bar atas bumbung di tingkat 31, sebuah lounge eksekutif, helipadnya sendirinya, dan arked membeli-belah yang dijangka akan dibuka pada lewat tahun 2016, The Wembley, sebahagian daripada Koleksi empat bintang mereka, menarik pengunjung yang datang untuk urusan perniagaan mahupun untuk melancong.
Pada bulan Julai 2015, The Tank Stream di Sydney, Australia beroperasi di daerah pusat perniagaan. Hotel ini, dengan 280 bilik tetamu, menawarkan konsep satu kadar merangkumi semua, yang tertumpu kualiti dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk teknologi dan hiburan dalam bilik yang terkini serta peti sejuk mini tanpa alkohol yang percuma. The Tank Stream, sebuah Hotel empat bintang, turut menempatkan restoran Le Petit Flot, yang dinamakan sempena lokasi restoran dan hotel itu, sebatang anak sungai air tawar yang dikenali dalam kalangan orang tempatan sebagai Tank Stream. Restoran Perancis kontemporari itu menawarkan hidangan yang enak dengan penekanan diberi kepada ramuan tempatan, bermusim, dan daripada sumber yang mapan.
Sebagai tambahankepada hartanah sedia ada di London, St Giles London dan St Giles Heathrow, jenama itu kini sedang mengusahakan sebuah projek pembangunan kegunaan bercampur untuk kediaman, komersil,dan hotel bernilai £300 juta di kawasan Southwark, yang berhampiran Tate Modern. Terletak di kawasan seluas 1.81 ekar di tengah London, kompleks kegunaan bercampur itu dirancang akan dibuka menjelang 2020 dan akan menempatkan sebuah hotel empat bintang dengan 400 bilik, sebuah bangunan kediaman mewah, sebuah pusat perubatan, dan menara pejabat.
Sebagai sebahagian daripada kempen "Jadilah Tumpuan, Jadilah St Giles", dua hotel jenama itu di New York, The Court dan The Tuscany, yang terletak bersebelahan di sebuah blok kediaman yang dibarisi pokok-pokok di Murray Hill, akan turut memperkenalkan pengalaman ciri tersendiri serta perkongsian tempatan pada musim bunga ini.
Untuk maklumat lanjut tentang St Giles Hotels, lawati www.StGiles.com.
Latar Belakang St Giles Hotels
Dengan sembilan hotel di seluruh Asia, Australia, Eropah, dan Amerika Utara, rangkaian hotel St Giles menjemput pengunjung untuk urusan perniagaan atau santai datang menikmati lokasi yang paling menjadi tumpuan di tengah bandar-bandar utama seluruh dunia. St Giles berada dalam kedudukan unik untuk menyediakan perkhidmatan rapi serta tarikan hotel yang diurus bebas, dengan ciri kemesraan, keaslian, dan layanan tempatan St Giles yang dikenali. St Giles Hotels faham yang setiap tetamu tentu ada keperluan dan gaya yang tersendiri, sebab itulah portfolio kumpulan itu merentasi tiga tahap perkhidmatan: Tiga Bintang, Empat Bintang, dan Ciri Istimewa. Kumpulan ini terus memperluaskan rangkaian hotelnya, dan telah menambah beberapa hartanah pada tahun 2015 termasuk dua hotel empat bintang baharu: The Wembley – sebuah Hotel St Giles – di Pulau Pinang, dan The Tank Stream – sebuah Hotel St Giles - di Sydney.
Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan,sila lawati www.StGiles.com dan ikuti St Giles Hotels melalui Twitter (@stgileshotels), Facebook, Instagram (@stgileshotels) dan YouTube untuk berita dan kemas kini terbaharu.
Hubungan Media:
Finn Partners
Aubrey McGovern / Phillip Novoa
Tel: 212.715.1600
E-mel: aubrey.mcgovern@finnpartners.com / phillip.novoa@finnpartners.com