omniture

Lerengan Bunga Sesawi Bukit Jiangling, Wuyuan, Sediakan Panduan Baharu untuk Safari Tatapan Bunga

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2016-04-04 19:01 595

WUYUAN, China, 4 April 2016 /PRNewswire/ -- Lerengan Bunga Sesawi Bukit Jiangling, Wuyuan dianggap sebagai salah satu daripada empat "lautan bunga" di China. Baru-baru ini, destinasi pelancongan yang terkenal ini menyediakan panduan baharu untuk penggemar tumbuhan yang berkunjung untuk menikmati dan merakamkan ladang bunga sesawi yang luas dan tiada berpenghujung ini.

Lerengan Bunga Sesawi Bukit Jiangling, Wuyuan dianggap sebagai salah satu daripada empat "lautan bunga" di China
Lerengan Bunga Sesawi Bukit Jiangling, Wuyuan dianggap sebagai salah satu daripada empat "lautan bunga" di China

"Bunga sesawi ialah perutusan musim bunga," kata Bin Zhan, pengurus jenama Jiangxi Wuyuan Tourism Co. Ltd,, "Jiangling ialah tempat terbaik untuk mengadakan lawatan musim bunga yang santai bagi menikmati pemandangan lautan keemasan bunga sesawi yang melitupi lerengan ladang bertingkat yang paling mengagumkan."

Musim bunga sesawi yang amat dinanti-nantikan di ladang lerengan di Jiangling, terletak sejauh 45 kilometer di bahagian timur laut Daerah Wuyuan, Wilayah Jiangxi, berkembang mekar pada minggu kedua bulan Mac tahun ini. Panduan perjalanan ini menyediakan butiran tentang laluan berbeza untuk menatap bunga selain maklumat yang berkaitan termasuk pengangkutan dan penginapan untuk mengembara ke sekitar Wuyuan.

Tahun ini, Wuyuan menghidupkan semula tradisi dan aktiviti pertanian purba bagi memberikan sedikit gambaran kepada pengunjung tentang sejarah, budaya dan adat resam daerah itu dengan menyediakan orang-orang di ladang bunga sesawi. Orang-orang yang kreatif di Daerah Wujuan itu direka dalam bentuk watak kartun popular, binaan berbentuk gaya Hui selain ciri-ciri adat tradisi. Orang-orang itu diletakkan di ladang sesawi bagi memberikan lebih keseronokan dan interaksi kepada para pengunjung disepanjang lawatan menatap bunga.

Menjelang April, musim bunga sesawi ikonik di Wuyuan berada di kemuncak keindahannya .

"Memandangkan aktiviti menatap bunga menjadi semakin popular sejak beberapa tahun ini, Jiangling menyaksikan peningkatan jumlah pelawat yang berkunjung semula, khususnya para jurugambar profesional yang kembali semula ke sini pada setiap tahun untuk melihat bunga sesawi yang indah itu berbunga," kata Zhan. "Pemandangan istimewa itu hanya dapat dilihat selama satu hingga dua bulan sahaja dan bulan April ialah peluang terakhir untuk terlibat dalam lawatan menatap bunga tahun ini."

Latar Belakang Wuyuan

Daerah Wuyuan yang terletak di bahagian timur laut Wilayah Jiangxi terkenal dengan landskap gunung-ganang yang unik. Daerah ini menempatkan seni bina purba gaya Hui yang paling terpelihara. Sebagai kawasan desa paling indah di China, Wuyuan menggamit perhatian jurugambar dari seluruh dunia pada setiap tahun untuk merakam bukan sekadar pemandangan alam semula jadinya, tetapi juga budaya pertanian serta tradisi rakyat yang unik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160402/0861602906

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel