Fellowship bakal raikan ulang tahun ke-40 di seluruh dunia
NEEDHAM, Massachusetts, 4 April 2016 /PRNewswire/ -- Kebanyakan individu menanggung hutang dalam beberapa situasi dalam kehidupan mereka. Bagi sesetengahnya, hutang tidak bercagar iaitu hutang yang tidak dijamin oleh sebarang bentuk cagaran seperti rumah atau kereta, menjadi satu ketagihan dan sesuatu yang tidak terurus dalam kehidupan mereka. Debtors Anonymous (D.A.) memberi harapan kepada mereka yang berdepan dengan masalah hutang tidak bercagar ini. Ia membawa masalah dan menyusahkan kehidupan mereka dan juga kehidupan orang lain.
Tabiat berhutang sedemikian boleh mencacatkan dan memusnahkan kehidupan seseorang. Bagi penghutang yang kompulsif, hutang ibarat alkohol bagi penagih alkohol, makanan bagi pemakan kompulsif dan judi bagi kaki judi kompulsif.
Berdasarkan prinsip Dua Belas Langkah dalam Alcoholics Anonymous, program D.A. telah membantu beribu-ribu pihak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menawarkan pemulihan daripada tabiat berhutang yang kompulsif, dan memberi harapan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih gembira dan lebih sejahtera.
Pada bulan April empat puluh tahun yang lalu, sebilangan kecil penghutang mengadakan perjumpaan di Bandar Raya New York. Mereka bersama-sama menemui penyelesaian akibat tekanan daripada tabiat berhutang yang kompulsif. Sejak itu, Fellowship D.A. berkembang menjadi hampir 500 perjumpaan berdaftar di seluruh dunia.
Pada 15 April 2016, anggota dari seluruh dunia bakal menyambut hari penubuhan dan perkembangan Fellowship ini. Sambutan tersebut akan melibatkan perjumpaan dalam kumpulan kecil dan mesyuarat melalui panggilan telefon antarabangsa bagi perjumpaan kumpulan bersaiz besar yang melibatkan beratus-ratus penghutang.
Latar Belakang Debtors Anonymous
Debtors Anonymous ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang anggotanya mempunyai tiga tujuan: untuk menghentikan penanggungan hutang tidak bercagar, untuk berkongsi pengalaman mereka dengan anggota baharu dan untuk membantu penghutang lain. Tabiat berhutang yang kompulsif juga boleh memberi kesan kepada golongan yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan. Buat mereka, perjumpaan Business Debtors Anonymous diadakan untuk memenuhi keperluan khusus mereka.
Sebarang maklumat lanjut tentang D.A. atau untuk mengetahui jika perjumpaan diadakan di kawasan anda, layari laman sesawang D.A. di www.debtorsanonymous.org, atau hubungi 1-781-453-2743.