Visi tersebut menekankan lima peluang utama kepada sekolah-sekolah perniagaan untuk menambah nilai, mencipta pembezaan pasaran, dan memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat secara global
TAMPA, Florida, 5 April 2016 /PRNewswire-AsiaNet / - AACSB International (AACSB), rangkaian pendidikan perniagaan global yang terbesar, hari ini mengumumkan satu visi industri menyeluruh untuk masa depan pendidikan perniagaan yang mengenal pasti lima peluang masa depan kepada sekolah-sekolah perniagaan untuk menjadi pemacu utama perubahan. Diumumkan di ICAM 2016 sempena Ulang tahun AACSB Centennial, visi tersebut berfungsi sebagai rangka panduan untuk sekolah-sekolah perniagaan, sambil mereka menyesuaikan diri dengan perubahan yang ketara dalam landskap pendidikan tinggi, dan membina semula matlamat mereka dalam masyarakat.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160331/350107
"Pendidikan perniagaan mengalami perubahan besar dalam dekad yang lalu, dan sekolah-sekolah menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk memacu kesan sosial dan ekonomi yang positif." kata Santiago Iniguez de Ozono, pengerusi Jawatankuasa AACSB mengenai Isu-isu dalam Pendidikan Pengurusan, bakal pengerusi Lembaga AACSB, dan Dekan Sekolah Perniagaan IE. "Pada masa ini, banyak sekolah perniagaan di seluruh dunia yang sudah menyahut cabaran. Dengan mengenal pasti laluan ke hadapan yang lebih jelas, visi kolektif membantu untuk mempercepatkan transformasi yang sedang dijalankan, sementara menjadi sumber utama kepada sekolah perniagaan sambil mereka berinovasi dan menyumbang kepada masyarakat dalam cara yang lebih bermakna."
Dirakamkan dalam laporan yang baharu dikeluarkan "A Collective Vision for Business Education," visi tersebut mengenal pasti lima peranan khusus yang dapat dipenuhi oleh sekolah-sekolah perniagaan, termasuk:
Pengumuman itu merupakan kemuncak kepada satu proses yang panjang yang melibatkan penjanaan idea kolektif ribuan pihak berkepentingan seluruh masyarakat perniagaan dan pendidikan pengurusan, termasuk keahlian AACSB yang melebihi 1,500 sekolah perniagaan di 91 negara dan wilayah. Visi tersebut mengiktiraf kepelbagaian seluruh institusi pendidikan dan menggalakkan sekolah-sekolah untuk menerima pakai pendekatan yang berbeza, bukannya menentukan satu arah atau menetapkan model ideal, bagi menyokong misi dan pegangan nilai unik setiap sekolah.
"Pengenalan visi baharu tersebut di ICAM 2016 menandakan fokus yang diperbaharui untuk meningkatkan peranan pendidikan perniagaan dalam masyarakat, dan memberi kuasa kepada sekolah perniagaan untuk bergerak secara mendalam, strategik, dan berjaya ke arah kemungkinan baharu," kata Thomas R. Robinson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Kami berharap kepada sekolah untuk mencakupi rangka kerja baharu ini, berkembang dengan, dan belajar daripada satu sama lain. Visi kolektif ini bukan yang terakhir, ia hanyalah langkah permulaan kepada sekolah perniagaan—dan akhirnya perniagaan—untuk berbakti ke arah kebaikan."
AACSB, dengan kerjasama industri pendidikan perniagaan yang lebih luas, kini beralih perhatian kepada membantu untuk mempercepatkan kemajuan. Apabila diterima dan dihayati, lima peluang ini akan menjangkaui berbilang konteks budaya, politik, ekonomi, dan kewangan tempat sekolah perniagaan beroperasi. Mereka akan membolehkan dan membenarkan kepelbagaian pemikiran yang diperlukan untuk memperluas sempadan definisi tradisional sekolah perniagaan—menghasilkan strategi unik yang bakal menetapkan satu standard baharu pendidikan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AACSB.edu/vision.
Latar belakang AACSB International
Sebagai rangkaian pendidikan perniagaan terbesar di dunia yang menghubungkan akademi dengan perniagaan, AACSB menyediakan perisikan perniagaan pendidikan, jaminan kualiti dan perkhidmatan pembangunan profesional kepada lebih 1,500 anggota organisasi merentasi 91 buah negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1916, Akreditasi AACSB adalah standard tertinggi kualiti dalam pendidikan perniagaan,dengan lebih daripada 755 sekolah perniagaan yang diiktiraf seluruh dunia. Ibu pejabat global AACSB terletak di Tampa, Florida, Amerika Syarikat; ibu pejabat Asia Pasifik terletak di Singapura; dan Eropah, Timur Tengah, dan ibu pejabat Afrika terletak di Amsterdam, Belanda. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aacsb.edu .