omniture

IBS Software Tandatangani Kontrak 10 Tahun Bersama Lufthansa

IBS bakal Sokong Pemodenan Platform Pengurusan Anak Kapal Syarikat Penerbangan Terbesar di Eropah
IBS Software
2016-04-05 13:18 325

DUBAI, UAE, 5 April 2016 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian IT terkemuka untuk industri penerbangan global, IBS Software telah menandatangani satu perjanjian bersama Lufthansa bagi menggantikan aplikasi Pengurusan Anak Kapal berasaskan Unisys dengan penyelesaian pengurusan anak kapal yang canggih daripada IBS. IBS dipilih setelah melalui proses penilaian yang teliti dan kini, iFlight Crew akan menggantikan aplikasi legasi berasaskan Unisys yang digunakan oleh Lufthansa sejak 30 tahun lalu. Sebaik sahaja dilaksanakan, ia bakal menjadi satu langkah penting untuk Lufthansa dalam usaha memodenkan sistem pengurusan anak kapal mereka. Sebagai sebahagian daripada proses pelaksanaan ini, lebih 40 antara muka masuk/keluar akan diwujudkan yang akan membantu menyediakan senarai tugas anak kapal, jadual untuk anak kapal, daftar masuk anak kapal, hotel serta pengangkutan anak kapal dengan melancarkan aliran data kepada aplikasi pengurusan anak kapal sedia ada. Perjanjian yang bernilai berjuta-juta Euro ini ditandatangani secara rasmi oleh Dr. Roland Schütz, Ketua Pegawai Maklumat Lufthansa dan V K Mathews, Pengerusi Eksekutif The IBS Group ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak Pelanggan IBS di Dubai.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929

Sistem pengurusan anak kapal IBS, iFlight Crew, ialah pakej perisian tersepadu yang menentukan anak kapal syarikat penerbangan yang paling berkesan kos pada setiap peringkat bermula daripada pengurusan tenaga kerja yang taktikal dalam pelaksanaan operasi harian hinggalah kepada pemulihan gangguan. Penyelesaian ini direka bentuk bagi menyokong semua jenis syarikat penerbangan dalam semua kawasan dan selari dengan amalan pengurusan anak kapal terbaik yang ditentukan oleh industri. Penyelesaian iFlight Crew IBS digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan terkemuka di dunia, termasuk Emirates, British Airways, KLM, Jet Airways dan Virgin Atlantic.

Bercakap selepas menandatangani perjanjian tersebut, V K Mathews berkata, "Lufthansa ialah sebuah jenama yang ikonik dalam industri penerbangan dan peluang dipilih oleh mereka untuk meningkatkan keupayaan pengurusan anak kapal mereka, iaitu salah satu elemen paling penting dalam operasi syarikat penerbangan, merupakan pengesahan sebenar terhadap kebolehan, tahap profesionalisme dan komitmen kami dalam menyokong segala keperluan sesebuah organisasi global. Kami telah lama menjalin hubungan yang baik bersama Lufthansa dan tiada apa yang lebih membanggakan apabila pelanggan sedia ada memilih kami untuk terus mengukuhkan jalinan kerjasama ini. Melalui perjanjian ini, pastinya kami dapat menjadi rakan teknologi strategik Lufthansa dan akan menambah nilai perniagaan yang besar buat mereka dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan operasi."

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Travel Contracts