HONG KONG, 6 April 2016 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mac, LKK Health Products Group (LKKHPG) merangkul "Anugerah CSR Cemerlang" buat tahun kelima berturut-turut di majlis penyampaian anugerah yang dianjurkan oleh The Mirror, sebuah majalah bulanan yang berwibawa yang berpangkalan di Hong Kong.
Secara keseluruhannya, terdapat 32 buah syarikat yang menerima pengiktirafan ini dengan 19 daripadanya adalah pemenang yang meraih anugerah tersebut secara berturut-turut. Anugerah tersebut menilai setiap calon daripada tujuh dimensi iaitu komitmen terhadap pemegang saham, pengguna, kakitangan, penjagaan sosial, perlindungan terhadap alam sekitar dan juga kepimpinan. Majlis penyampaian anugerah menghimpunkan para pegawai daripada Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong dan para usahawan terkenal, ilmuwan serta pihak media dari Hong Kong, Macao, Taiwan dan Tanah Besar China. En. C.Y. Leung, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong turut serta dalam majlis tersebut dengan memberikan ucapan dan menyampaikan anugerah.
En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diiktiraf sekali lagi oleh pihak media yang terkemuka. Beliau berkata usaha mewujudkan perkongsian nilai ialah satu manifestasi yang menentukan nilai teras syarikat tersebut iaitu Si Li Ji Ren (yang mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum bertindak). Dengan matlamat untuk mencipta kejayaan buat semua pihak yang terlibat, syarikat tersebut mengguna pakai sudut pandangan dari atas dan meletakkan kedudukannya dalam sebuah ekosistem serta rantaian nilai yang lebih besar, seterusnya membuka prospek yang lebih cerah untuk pembangunan masa depan.
LKKHPG menubuhkan tiga unit perniagaan baharu pada tahun 2015 sebagai usaha untuk membina sebuah ekosistem yang lebih besar yang dapat menggalakkan pembangunan mampan untuk syarikat dan masyarakat. Sementara itu, syarikat meningkatkan usahanya bagi memenuhi matlamat CSR terhadap kesihatan awam, kualiti produk, kakitangan, rakan kongsi, alam sekitar dan juga masyarakat. Syarikat tersebut mengukuhkan Model Pengurusan Rantaian Bekalannya yang Cemerlang yang memastikan kawalan kualiti yang ketat terhadap rantaian pengeluaran, bermula daripada ladang kepada makanan. Ia terus menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui "Empat Peraturan" terhadap pemakanan, rehat, senaman dan emosi, serta memperkenalkan pelbagai jenis kebajikan baharu untuk kakitangannya seperti waktu bekerja yang fleksibel dan cuti tahunan yang lebih panjang.
Syarikat tersebut turut mengadakan banyak program kebajikan awam yang besar. Antaranya ialah "Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren" yang membantu 11 buah kelas di 10 wilayah pada Disember 2015, dan memberi manfaat kepada 552 orang pelajar. Para pelajar daripada kelas pertama berjaya menamatkan pengajian pada bulan Julai dan 100% beroleh pekerjaan.