BEIJING, 6 April 2016 /PRNewswire/ -- Dewan Perniagaan Amerika di China (AmCham China) akan menganjurkan Persidangan Perniagaan Majlis Asia Pasifik untuk Dewan Perniagaan Amerika (APCAC) 2016 di Beijing pada pertengahan bulan April, yang akan disertai lebih 300 pemimpin perniagaan, polisi, diplomatik, kerajaan, dan media dalam satu perbincangan jitu tentang pelbagai isu yang memberi kesan kepada perniagaan Amerika di Asia.
Persidangan Perniagaan APCAC 2016 bakal menampilkan tetamu kehormat yang juga pemberi ucapan dasar Gary Gensler, mantan Pengerusi untuk Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi dan mantan Penolong Setiausaha Perbendaharaan.
Tarikh: 14 April – 15 April, 2016
Tempat: Hotel Renaissance Beijing Capital
Lawati laman web acara untuk maklumat lanjut dan untuk pendaftaran.
APCAC menghimpunkan 29 AmCham dari seluruh Asia, dengan jumlah keahlian lebih 15,000 syarikat. Ia ditubuhkan pada 1968 dan sentiasa mengunjungi Washington, DC, dan mengadakan persidangan perniagaan tahunan. Tema persidangan tahun ini akan membincangkan peralihan China ke arah pentas kemajuan ekonomi baharu. Topik perbincangan akan merangkumi pelbagai cabaran dan peluang yang memberi kesan kepada perniagaan AS di Asia, masa hadapan Asia sebagai hab kewangan, penglibatan rantau China, inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" dan juga persekitaran perdagangan serantau.
Seperti dalam tahun-tahun sebelumnya, persidangan itu akan menawarkan peluang yang berharga kepada orang perniagaan rantau itu untuk berkumpul bersama rakan sejawat dan pegawai rasmi kerajaan. Persidangan itu akan mendalami isu yang lebih berpusatkan China termasuk mempergunakan kelebihan hubungan korporat dan kerajaan, ramalan ekonomi China, serta Pelan Lima Tahun ke-13.
"Asia terus membangun dengan pantas tetapi ia tidak teratur, jadi apabila kita himpunkan Dewan Amerika rantau ini, ia menawarkan peluang yang sempurna untuk berkongsi pandangan serta pengalaman," kata Pengerusi AmCham China James Zimmerman. "Pada masa yang sama, hubungan AS dengan rantau itu sedang berevolusi, menimbulkan peluang dan cabaran yang unik bagi syarikat AS yang beroperasi di sini - perkara yang kami akan bincangkan sewaktu persidangan ini nanti."
Penceramah ucapan dasar:
Sorotan penceramah:
Persidangan tahun ini juga akan melibatkan penerbitan Kertas Putih Perniagaan Amerika di China tahunan bagi AmCham China, serta sebuah majlis makan malam gala yang meraikan ulang tahun ke-25 pendaftaran rasmi dewan itu. Untuk maklumat lanjut tentang agenda, penceramah, topik, dan untuk mendaftar Persidangan Perniagaan APCAC 2016, sila lawati laman web acara kami.
Latar Belakang AmCham China
Dewan Perdagangan Amerika di Republik Rakyat China merupakan organisasi bukan kerajaan tanpa untung di mana ia disertai lebih 3,800 individu daripada lebih 1,000 syarikat yang beroperasi di seluruh China. Misi seluruh negara dewan itu adalah untuk membantu syarikat Amerika berjaya di China melalui tindakan sokongan, makluman, perangkaian, dan khidmat sokongan perniagaan. AmCham China merupakan satu-satunya dewan perniagaan teriktiraf yang rasmi mewakili perniagaan Amerika di tanah besar China. Dengan pejabat di Beijing, Tianjin, Dalian, Shenyang dan Wuhan, AmCham China mempunyai lebih daripada 60 kumpulan bekerja, dan mengadakan lebih 300 acara setiap tahun. Lawati: www.amchamchina.org