omniture

RS Components Berganding Dengan Samtec Dalam Perjanjian Pengedaran

RS Components
2013-01-31 17:54 246

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Jan., 2013 /PRNewswire/ --

Syarikat-syarikat berganding untuk menyampaikan penyelesaian saling sambung inovatif yang dibantu oleh perkakas rekabentuk dan sumber-sumber kelas pertama.

RS Components (RS) ( http://www.rs-components.com/index.html ), jenama dagang  Electrocomponents plc (LSE:ECM) ( http://www.electrocomponents.com/ ), pengedar utama dunia khidmat lengkap bagi produk elektronik dan penyenggaraan, telah menandatangani satu perjanjian pengedaran merentasi EMEA dan APAC bersama dengan Samtec, sebuah pengilang utama penyambung dan produk-produk yang berkaitan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Dalam skop perjanjian, RS Components diberi kuasa untuk menjual semula barisan luas produk-produk saling sambung Samtec, yang terdiri daripada tiga kategori utama merangkumi integriti isyarat (kelajuan tinggi), pic mikro, dan lasak/kuasa, direkabentuk untuk kegunaan pelbagai aplikasi papan-ke-papan, kabel-ke-papan, panel dan aplikasi I/O.

Lebih 1250 produk dalam pakej pengilang mengikut standard industri, selain daripada bungkusan dalam kuantiti RS Components, menawarkan fleksibiliti perolehan yang lebih lagi kepada para pelanggan yang memerlukan komponen-komponen untuk membuat prototaip sebelum pengeluaran. Kesemua komponen boleh didapati daripada stok untuk kiriman pada hari yang sama.

Sebagai sebahagian daripada program sokongan online yang dikhususkan bagi jurutera rekabentuk, RS Components akan menambah barisan penyambung milik Samtec dalam arkibnya yang terdiri daripada lebih 30,000 model CAD 3D, yang terdapat untuk muat turun secara percuma dalam format fail berbilang daripada laman web RS Components.  Model-model ini siap untuk diimport terus ke dalam hampir kesemua pakej perisian CAD yang popular, membolehkan integrasi produk dengan lebih cepat bagi perekabentuk.

"Samtec merupakan sebuah pemimpin yang diiktiraf dalam industri saling sambung dan mempunyai kemampuan khidmat yang memenangi anugerah untuk menyokong tawaran produk utuhnya," kata Kevin McCormack, Ketua Global Saling Sambung, Pasif dan Elektro-mekanikal, di RS Components. "Matlamat kami hanya satu iaitu membantu para jurutera dengan maklumat percuma dan daripada sumber terbuka serta perkakas  untuk percepat kaedah-kaedah rekabentuk mereka yang para pelanggan akan mendapat kelebihan signifikan daripada kerjasama ini."

Alan McLean, Pengarah Eropah, Samtec, menambah kata, "Kami sejajar dengan RS Components dalam objektif kami untuk menawarkan kepada  para jurutera akses kepada maklumat teknikal menyeluruh untuk mempermudah proses rekabentuk. Populariti terus meningkat perkakas online percuma serta sumber-sumber yang ditawarkan oleh RS Components merupakan bukti akan nilai mereka kepada masyarakat kejuruteraan dan kami benar-benar berbangga kerana dapat berusaha bersama-sama dengan RS Components untuk menyatukan model-model CAD 3D kami di laman web mereka."

Bagi maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan lanjut sila lawat Samtec di RS Components ( http://malaysia.rs-online.com/web/c/?searchTerm=Samtec&searchType=Brand  ).

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagang Electrocomponents plc, pengedar khidmat tinggi terbaik di dunia produk elektronik serta penyenggaraan. Menerusi operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter-kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, mengirim lebih 44,000 bungkusan pada hari yang sama tempahan diterima. Produk-produk kami disumberi daripada 2,500 pembekal terkemuka, termasuk elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan ukuran serta komponen mekanikal.   

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan terakhir yang berakhir pada 31 Mac 2012 manyaksikan pendapatan sebanyak GBP1.27bn.

Bagi maklumat lanjut, sila lawat laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com  

RS Components
www.rs-components.com  

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pegawai Perhubungan Raya  - Asia Pasifik
Emel: soochun.tan@rs-components.com  
Tel: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Emel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER:  RS Components

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Joint ventures