SHENZHEN, China, 8 April 2016 /PRNewswire/ -- ROMOSS, sebuah penyedia terkemuka global bagi penyelesaian pengecasan yang mengkhusus dalam bank kuasa, pengecas kereta, penyesuai dan kabel kuasa, akan mengadakan pameran di AsiaWorld - Expo tahun ini dari 11 - 14 April di Hong Kong. Sorotan utama adalah dua produk pengecasan jenama baharu, pengecas wayarles Freemos 5 dan stesen pengecas mudah alih. Kedua-dua produk direka bentuk untuk memberikan kuasa kepada peranti mudah alih dengan lebih cepat dan menjadikan kehidupan orang ramai menjadi lebih menyenangkan.
Freemos 5 – Untuk kegunaan individu
Freemos 5 menyingkirkan keperluan kepada kabel dan membantu pengguna mengecaskan peranti yang didayakan Qi, termasuk Samsung S6/S6 edge, HTC M8 (eye), LG-G2 VS980 (eye), NEXUS 4/5, Nokia 920/930, dan banyak lagi. Kombinasi bateri polimer Li terbina dalam dan fungsi berbilang perlindungan memberikan jaminan keselamatan. Bateri kapasiti ultra tinggi (5000mAh) direka bentuk menjadi sebuah bank kuasa yang bergaya dan langsing dengan 0.44 inci (1.13cm) tebal dan berat 5.32 auns (151g). Dengan meletakkan peranti yang didayakan Qi ke atas Freemos 5, pengecasan pun bermula.
Stesen pengecasan mudah alih – Untuk kegunaan komersial
Stesen pengecasan mudah alih direka bentuk untuk pengecasan di tempat-tempat komersial seperti restoran, kedai kopi, dan bar. Ia mengandungi satu tapak pengecasan, lapan bank kuasa ROMOSS dan lapan kabel elastik. Bank-bank kuasa itu dicaskan oleh stesen tersebut dan mudah untuk dipinjam dan dikembalikan. Ini membantu pelanggan untuk berada lebih lama di tempat-tempat tersebut dengan kuasa penuh dalam telefon atau peranti mudah alih mereka yang lain. Stesen pengecasan mudah alih ini menyokong kedua-dua produk iOS dan Android. Reka bentuk strukturnya membolehkan lebih daripada 500 penggunaan. Bateri polimer bervoltan rendah dan 16 lapisan litar perlindungannya menjamin keselamatan dan kestabilan produk.
"Pengecasan wayarles dan mudah alih adalah trend yang berkembang dan akan menjadi begitu penting pada masa akan datang," kata Tommy Xie, pengarah produk ROMOSS, "Kami komited untuk membangunkan teknologi tercanggih untuk pasaran pengecasan dan membawa keselesaan mutlak kepada pengguna."
Produk- produk ini juga akan dipamerkan di COMPUTEX Taipei dari 31 Mei - 4 Jun 2016.
Untuk maklumat lanjut. sila layari: www.romoss.com
Twitter ROMOSS: https://twitter.com/romossglobal
Facebook ROMOSS: https://www.facebook.com/romossworld/
Latar belakang ROMOSS
Shenzhen ROMOSS Technology Co., Ltd ialah sebuah penyedia terkemuka global bagi produk bekalan kuasa yang mengkhusus dalam bank kuasa, pengecas kereta, penyesuai dan kabel kuasa. Produk paling laris sejak 2013, ROMOSS menawarkan penyelesaian pengecasan inovatif untuk pelanggan global di lebih 80 negara.