omniture

Pejabat Paling Mampan Di Dunia Terletak di Belanda

Geelen Counterflow
2016-04-11 09:00 361

HAELEN, Belanda, 11 April 2016 /PRNewswire/ -- Ibu pejabat baharu pengeluar mesin pengering dan penyejuk Geelen Counterflow di Haelen, Belanda, adalah pejabat yang paling mampan di dunia, setelah menerima markah sebanyak 99.94% dalam sistem pensijilan BREEAM.

Bangunan yang mempunyai 50 kakitangan pejabat ini menjana 50% lebih tenaga suria daripada yang diperlukannya untuk pemanasan, pendinginan hawa, pencahayaan, dan komputer. Tenaga lebihan ini digunakan dalam kilang untuk pemotongan keluli tahan karat dengan laser serta untuk pengecasan semula trak angkut susun elektrik.

Di tempat yang membolehkan pelaksanaannya, bahan binaan yang digunakan diperakui "Cradle to Cradle", yang bermaksud ia tidak membahayakan alam sekitar dan boleh digunakan semula bila ia sudah mencapai penghujung hayat penggunaannya. Bangunan itu dibina dengan kayu, yang dianggap sebagai bahan pembinaan dengan jejak karbon dioksida yang paling rendah.

Rekaannya dioptimumkan untuk kesihatan dan produktiviti kakitangan melalui kawalan kemasukan cahaya matahari, kualiti udara, dan pencahayaan dalam bangunan, dan dengan menggunakan bahan yang menyihatkan.

Sebuah taman semula jadi dibina di sekeliling pejabat itu menggunakan pelbagai tumbuhan dan bunga-bungaan tempatan. Rekaan landskapnya turut memasukkan sekali tempat untuk burung, serangga, kelawar, dan amfibia bersarang.

Sander Geelen ialah Pengarah Urusan Geelen Counterflow: "Dalam usaha tanpa jemu kami untuk membina mesin pengering dan penyejuk yang terbaik untuk makanan dan makanan ternakan, kami mengaplikasikan hukum alam berkisarkan graviti, aerodinamik, dan termodinamik. Jadi apabila kami membina pejabat yang baharu, sudah tentulah kami mesti menghormati hukum ini serta batasan alam semula jadi juga. Pejabat ini merupakan satu lagi langkah dalam usaha kami untuk berhenti menggunakan bahan api fosil secara beransur-ansur. Langkah seterusnya adalah untuk membangunkan mesin pengering generasi baharu yang akan menggunakan tenaga boleh dibaharui sahaja."

Pejabat ini telah direka oleh Architecten en Bouwmeesters. Pengurusan pembinaan dikendalikan Wagemans Bouwadvies. Pemasangan teknikal telah direka oleh Dubourgraaf dan Ad van de Ven ialah pakar BREEAM-NL yang terlibat.

BREEAM adalah kaedah penilaian kemampanan terkemuka dunia untuk bangunan dan projek pembangunan. Di seluruh dunia, ada lebih 540,700 projek pembinaan yang diperakui BREEAM. Di Belanda, sistem ini diuruskan Majlis Bangunan Hijau Belanda.

Geelen Counterflow membangunkan dan mengeluarkan mesin pengering dan penyejuk aliran balas untuk industri makanan dan makanan ternakan. Dengan 100 rakan sekutu, syarikat itu menyediakan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan makanan (seperti kopi, bijirin jagung, dan roti kering), makanan ternakan, makanan ikan, dan makanan haiwan peliharaan. Ia mempunyai pejabat jualan dan servis di Belanda, AS, Argentina dan China.

http://www.geelencounterflow.com/en

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160406/352439
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160406/352441

Source: Geelen Counterflow
Keywords: HVAC Environmental Issues New products/services