DUBAI, UAE, 11 April, 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah ikon baharu akan menghiasi latar langit Dubai hasil rekaan dan ciri-ciri seni bina menara yang mengagumkan yang diperkenalkan oleh Emaar Properties di Pelabuhan Dubai Creek.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160410/353416 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160410/353417 )
Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden UAE dan Perdana Menteri serta Pemerintah Dubai, memilih rekaan oleh arkitek neo-futuristik Sepanyol/Switzerland Santiago Calatrava Valls dari arena antarabangsa.
Menara tersebut berfungsi sebagai pusat Pelabuhan Dubai Creek, iaitu sebuah pembangunan pelan induk seluas 6 km persegi yang terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Ia terletak di luar pusat Dubai Creek, dan berdekatan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Nasional Ras Al Khor, yang dilindungi di bawah Konvensyen Ramsar UNESCO.
Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties, berkata: "Menara tersebut adalah sebagai penghargaan kami kepada kepositifan, tenaga dan keyakinan yang dijulang oleh Dubai dan UAE. Ia akan menjadi sebuah destinasi dunia untuk melawat, menikmati dan meraikan kehidupan, memandangkan Dubai sedang bersiap sedia untuk menganjurkan Expo 2020. Melalui Menara tersebut, kami dapat mewujudkan sebuah monumen menarik yang akan menambah nilai ekonomi dalam tempoh jangka panjang. "
Fadel Al Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Holding, berkata: "Kami berbangga kerana usaha sama kami dengan Emaar akan mewujudkan mercu tanda baharu di Dubai. Usaha pelancaran reka bentuk Menara tersebut adalah satu langkah penting. Ia akan menawarkan pilihan gaya hidup yang belum pernah dilihat sebelum ini, di salah satu kawasan kediaman dan pelancongan yang paling dicari di Dubai."
Santiago Calatrava Valls berkata: "Pasukan saya dan saya sendiri berusha memberikan yang terbaik untuk projek ini, memandangkan ia merupakan satu kesempatan yang sangat istimewa. Kerjasama dengan Emaar Properties menjadikannya suatu peluang yang lebih menarik. Reka bentuk tersebut memperlihatkan rujukan yang jelas terhadap seni klasik dari masa lampau serta budaya dari lokasi tersebut sambil menyajikan satu pencapaian teknologi yang hebat. "
Menara tersebut memperoleh inspirasi reka bentuk daripada bunga bakung dan mencetuskan imej sebuah menara, iaitu ciri yang biasa lihat serta aspek tersendiri dalam kebudayaan Islam. Bahagian tangkainya berfungsi sebagai analogi strukturnya, yang dikaitkan dengan tanah berkabel.
Dengan memberikan pengalaman pandangan 360 darjah yang luar biasa bagi bandar tersebut dan kawasan sekitarnya, kemuncak keindahannya ialah Bilik Pinnacle (The Pinnacle Room) yang menyediakan pemandangan yang mengagumkan. Dek Taman Cerapan VIP pula mencipta semula keindahan 'Taman Tergantung Babylon.' Cirinya yang paling utama ialah balkoni berputar yang mengunjur ke luar. Menara tersebut turut menyediakan hotel butik untuk para pengunjung.
Hubungi:
Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
kelly.home@bm.com