SANTA CLARA, California dan DUBLIN, 13 April 2016 /PRNewswire/ -- (Sidang Kemuncak Hadoop Eropah) Hortonworks, Inc.® (NASDAQ: HDP), penginovasi terkemuka bagi platform data terbuka dan terhubung, hari ini mengumumkan ia telah melanjutkan kerjasamanya dengan Syncsort, peneraju global bagi Data Besar dan perisian kerangka utama untuk menyediakan penyelesaian tersepadu demi membantu pelanggan memindahkan data dengan pantas dan cekap ke dalam Hortonworks Data Platform (HDPTM). Hortonworks akan menjual semula DMX-h Syncsort untuk tujuan pemprosesan pemindahan data ETL dalam Hadoop. Melalui kerjasama ini, Hortonworks dan Syncsort akan menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk mengintegrasikan aliran ETL legasi dalam Platform Data Terhubung.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73721LOGO
Platform Data Terhubung ialah pusat utama seni bina data dan analitik moden manakala proses pemindahan data daripada sistem lain adalah faktor kejayaan utama. Pelaksanaan pemprosesan ETL yang berasal dari sistem legasi mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak sumber. Kombinasi HDP dan DMX-h membolehkan data daripada sistem asal seperti kerangka utama dipindahkan dengan pantas dan lancar ke Hadoop dalam format yang mudah difahami untuk melakukan analitik yang pantas serta mudah. Melalui integrasi ini, penulisan semula proses atau pemetaan yang kompleks tidak perlu dilakukan dan ini bermakna pelanggan dapat memindahkan data penting dengan pantas ke dalam kluster sambil mengekalkan integriti serta asal usul data tersebut.
"Platform Data Terhubung kami ialah teras seni bina data moden dan pelanggan ingin mendapatkan sebanyak mungkin data mereka yang diurus oleh HDP bagi memaksimumkan keupayaan analitik mereka," kata Scott Gnau, ketua pegawai teknologi Hortonworks. "Kami sentiasa berusaha mencari kaedah baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna, dan perkongsian ini dapat mengurangkan kos serta masa pemindahan data ETL ke HDP sambil mempercepatkan masa untuk mendapatkan nilai daripada analitik tersepadu."
"Beberapa organisasi terbesar dunia menggunakan Syncsort DMX-h untuk mengakses data dengan selamat daripada kerangka utama atau hampir daripada mana-mana sumber data lain, dan diintegrasikan ke Hadoop, dalam premis atau dalam awan," kata Tendü Yoğurtçu, pengurus besar segmen Data Besar Syncsort. "Kami amat teruja kerana dapat melanjutkan kerjasama kami bersama Hortonworks untuk memindahkan data dalam pelbagai format dengan mudah ke HDP bagi membolehkan rakan kerjasama kami memperoleh pandangan yang lebih luas dan memacu ketangkasan perniagaan."
Hortonworks akan mula penjualan Syncsort DMX-h pada suku kedua tahun 2016. Maklumat lanjut tentang jalinan kerjasama Hortonworks dan Syncsort disediakan di sini.
Latar Belakang Hortonworks
Hortonworks, HDP dan HDF ialah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Hortonworks, Inc. serta anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain. Maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com. Semua tanda dagang lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Maklumat Perhubungan Hortonworks
Michelle Lazzar
+1 (408) 828-9681
comms@hortonworks.com
Maklumat Perhubungan Syncsort
Michael Kornspan
+1 (201)-930-8216
mkornspan@syncsort.com