LAS VEGAS, 12 April 2016 /PRNewswire/ -- Crystal Lagoons mencipta satu lagi detik penting antarabangsa dengan perjanjian projek baharu di Las Vegas, AS. Ibu kota hiburan dunia itu memiliki semua prasarana yang terjangkau dek akal. Namun, ia kekurangan gaya hidup pantai, satu isu yang bakal ditangani oleh teknologi dan konsep Crystal Lagoons.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353917
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353918
Crystal Lagoons bekerjasama dengan Steve Wynn, hartawan yang bertanggungjawab terhadap kewujudan Las Vegas sebagai ibu kota dunia bagi hiburan orang dewasa. Crystal Lagoons akan membawakan lagun besar yang jernih ke "Strip" ikon, jalan utama bandar itu.
Ia merupakan pengiktirafan dunia atas kejayaan Crystal Lagoons di pasaran AS, yang mana dalam tempoh satu tahun sejak kehadirannya, ia telah menandatangani 11 projek dan kini sedang menilai 44 projek di negeri-negeri lain, dengan jumlah pelaburan bernilai US$53.4 bilion.
Projek Las Vegas Crystal Lagoons melibatkan pelaburan berjumlah US$4 bilion dan mempunyai ciri khas: ia bakal terletak di tapak satu-satunya padang golf di pusat bandar tersebut. Tapak ini bakal bertukar menjadi 12.1 hektar lagun yang jernih. Ia merupakan satu lagi tanda kejayaan syarikat ameniti dunia, yang mampu memperoleh tapak walaupun di negara yang cintakan golf.
Pengumuman yang dibuat oleh Steve Wynn, berkenaan pembangunan lagun yang jernih dan bersih di tapak projek telah mencetuskan kenaikan harga saham "Wynn Resorts"-yang didagangkan di Nasdaq – kepada 12%, meningkatkan nilai syarikat kepada US$1.05 bilion.
Dengan kawasan seluas 12.1 hektar, ia bakal menjadi lagun jernih terbesar syarikat itu di AS, dan ia bakal memiliki rekaan tercanggih dengan pulau ditengah-tengahnya, gondola, persembahan bunga api harian dan acara sukan air secara langsung, hotel, pusat beli belah, dan pusat gastromoni yang pelbagai.
Uri Man, Ketua Pegawai Eksekutif Crystal Lagoons AS berkata, "cadangan kerjasama ini besar, memandangkan Steve Wynn terlibat di Las Vegas, Macau (China) dan pusat-pusat peranginan terpenting di dunia. Formula kejayaan beliau ialah melahirkan bandar yang diwujudkan khas untuk memberikan hiburan kepada orang dewasa dari seluruh dunia, dengan menggabungkan hotel mewah, kasino, pusat membeli belah dan teater bertaraf dunia."
Kesimpulannya, Uri Man menyatakan "projek Crystal Lagoons di Las Vegas bakal menjadikan impian pengasas syarikat ini satu kenyataan. Di awal penubuhannya, Fernando Fischmann mengimpikan lagun air jernih yang besar berada di ibu kota hiburan dan kemewahan dunia seperti di Dubai dan Las Vegas."
Laman sesawang: www.crystal-lagoons.com; www.fernandofischmann.com
Video korporat: https://www.youtube.com/watch?v=6tff6t0FKA8&feature=youtu.be
Hubungan akhbar: Quórum Comunicaciones: +56-2-22291886/ info@quorumcomunicaciones.cl