SANTA CLARA, California dan DUBLIN, 13 April 2016 /PRNewswire/ -- (Sidang Kemuncak Hadoop Eropah) -- Hortonworks, Inc.® (NASDAQ: HDP) dan Pivotal® hari ini mengumumkan usaha perluasan penting dalam hubungan strategik yang memfokuskan Hortonworks Data Platform (HDPTM) dan Pivotal HDB®. Hubungan strategik yang dijalin ini menggabungkan kepakaran dan sokongan pengurusan serta pemprosesan data daripada Hortonworks berserta enjin analitik untuk Apache® HadoopTM. Hasil daripada kerjasama yang diumumkan sebelum ini, hubungan Hortonworks/Pivotal yang dilanjutkan ini melibatkan perkara berikut:
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73721LOGO
"Melalui lanjutan kerjasama ini, kini pelanggan dapat mengambil manfaat daripada kepakaran tinggi kedua-dua syarikat dalam menyediakan perisian sumber terbuka yang tersedia untuk perniagaan bagi persekitaran pengeluaran pada skala beban kerja yang paling mendesak," kata Herb Cunitz, presiden, Hortonworks. "Hortonworks dan Pivotal mempunyai keyakinan yang sama bahawa kaedah terbaik untuk menyediakan platform prasarana pada masa kini adalah dengan menghapuskan fragmentasi dan melaksanakan keseluruhannya dalam sumber terbuka."
"Kolaborasi ini dapat merealisasikan matlamat kami yang dikongsi bersama terhadap pendekatan sumber terbuka serta penggunaan platform data moden tersedia untuk perniagaan secara meluas," kata Leo Spiegel, naib presiden kanan, pembangunan korporat dan strategi, Pivotal. "Pivotal dan Hortonworks bersama-sama memiliki satu pendekatan yang seragam melalui ODPi Core yang dapat menyingkirkan halangan utama dalam penggunaan perusahaan Hadoop secara meluas serta aplikasi data besar yang moden."
Hortonworks dan Pivotal ialah anggota pengasas ODPi, sebuah konsortium sumber terbuka yang menghimpunkan tunggak utama industri, perusahaan, penyedia perkhidmatan dan vendor perisian bebas bersama-sama bagi tujuan memacu ekosistem terbuka untuk penyelesaian data besar melalui ODPi Core.
Hortonworks, HDP dan HDF ialah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Hortonworks, Inc. serta anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain. Semua tanda dagang lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com.
Latar Belakang Pivotal
Platform Natif Awan Pivotal mendorong inovasi perisian bagi sejumlah besar jenama yang paling dikagumi di dunia. Bersama-sama jutaan pembangun yang berada dalam komuniti di serata dunia, teknologi Pivotal memberi manfaat kepada berbilion-bilion pengguna pada setiap hari. Setelah mencorakkan budaya pembangunan perisian untuk syarikat-syarikat paling bernilai di Lembah Silikon selama lebih sedekad, kini Pivotal menerajui usaha kemajuan teknologi global bagi mengubah cara dunia menghasilkan perisian.
Michelle Lazzar
Bahagian Komunikasi Hortonworks
(408) 828-9681
comms@hortonworks.com
Michael Lee
Bahagian Komunikasi Pivotal
mlee@pivotal.io
©2016 Pivotal Software, Inc. Semua hak cipta terpelihara. Pivotal ialah tanda dagang dan/atau tanda dagang berdaftar Pivotal Software, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain. Apache, Apache Hadoop, dan Hadoop ialah sama ada tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Yayasan Perisian Apache di Amerika Syarikat dan/atau di negara-negara lain.
Kenyataan dalam siaran media ini berkaitan rancangan masa depan, jangkaan, kepercayaan, hasrat dan prospek Pivotal, termasuk kenyataan berkaitan jangkaan kami terhadap faedah pemerolehan untuk pelanggan, ialah "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan di bawah Undang-undang Sekuriti Persekutuan. Kenyataan jangkaan tersebut bukan jaminan terhadap prestasi masa depan, dan anda perlu berhati-hati agar tidak terlalu bergantung pada kenyataan jangkaan ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding keputusan yang diramalkan dalam kenyataan jangkaan disebabkan oleh banyak faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: (i) perubahan negatif terhadap keadaan ekonomi atau pasaran umum; (ii) kelewatan atau pengurangan perbelanjaan dalam teknologi maklumat; (iii) risiko berkaitan pengurusan pertumbuhan perniagaan Pivotal, termasuk kos pengendalian; (iv) perubahan dalam model perniagaan perisian Pivotal; (v) faktor-faktor yang kompetitif, termasuk tekanan terhadap harga dan pengenalan produk baharu; (vi) kemampuan pelanggan Pivotal untuk beralih kepada produk dan strategi pengkomputeran baharu seperti pengkomputeran awan, ketidaktentuan penerimaan oleh pelanggan terhadap teknologi baharu, dan perubahan dari segi teknologi dan pasaran yang pesat; (vii) kemampuan Pivotal untuk melindungi teknologi proprietarinya, (viii) kemampuan Pivotal untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang sangat berkelayakan; (ix) kemampuan Pivotal dalam melaksanakan pelan dan strateginya; serta (x) risiko berkaitan kelemahan keselamatan data dan maklumat. Semua maklumat yang dinyatakan dalam siaran ini adalah yang terkini setakat tarikh ia disiarkan. Kenyataan jangkaan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa dan tertakluk kepada ketidaktentuan dan perubahan keadaan, kepentingan, nilai dan kesan selain risiko lain yang dinyatakan sebelum ini dan dari masa ke masa di dalam dokumen yang difailkan oleh EMC Corporation, syarikat induk Pivotal, bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. EMC dan Pivotal tidak bertanggungjawab dan tidak berhasrat untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan ini selepas tarikh ia disiarkan.