omniture

/C O R R E C T I O N -- Crystal Lagoons/

Crystal Lagoons
2016-04-13 19:19 141

Dalam siaran berita, Crystal Lagoons Bekerjasama dengan Steve Wynn, Pencipta Las Vegas, untuk membawakan Kehidupan Pantai ke Ibu kota Hiburan Dunia, yang dikeluarkan pada 12 April 2016 oleh Crystal Lagoons di PR Newswire, kami dinasihatkan oleh syarikat tentang beberapa pembetulan teks, termasuk bajet pembinaan Wynn Paradise Park yang sedang diusahakan dan belum lagi diumumkan. Projek ini tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah Wynn lewat tahun ini.

TERKINI: Crystal Lagoons Bekerjasama dengan Steve Wynn, Pencipta Las Vegas, untuk membawakan Kehidupan Pantai ke Ibu kota Hiburan Dunia

LAS VEGAS, 12 April 2016 /PRNewswire/ -- Crystal Lagoons mencipta satu lagi detik penting antarabangsa dengan perjanjian projek baharu di Las Vegas, AS.  Ibu kota hiburan dunia itu memiliki segala-galanya.  Namun, ia kekurangan gaya hidup pantai, satu isu yang bakal ditangani oleh teknologi dan konsep Crystal Lagoons.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353917
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353918

Crystal Lagoons bekerjasama dengan Steve Wynn, perancang konsep Las Vegas sebagai ibu kota dunia bagi hiburan orang dewasa.  Crystal Lagoons akan membawakan lagun besar yang jernih ke "Strip" ikon, jalan utama bandar itu.

Ia merupakan pengiktirafan seluruh dunia atas kejayaan Crystal Lagoons di pasaran AS, yang mana dalam tempoh satu tahun sejak kehadirannya, ia telah menandatangani 11 projek dan kini sedang menilai 44 projek di negeri-negeri lain di AS, dengan anggaran jumlah pelaburan bernilai US$ 53.4 bilion.

Projek Las Vegas Crystal Lagoons mempunyai ciri khas:  ia bakal terletak di tapak satu-satunya padang golf di pusat bandar tersebut.  Tapak ini bakal bertukar menjadi 12.1 hektar lagun yang jernih, yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda syarikat ini di AS.  Ia merupakan satu lagi tanda kejayaan syarikat ameniti dunia, yang mampu memperoleh tapak walaupun di negara yang cintakan golf.

Pengumuman yang dibuat oleh Steve Wynn, berkenaan pembangunan lagun yang jernih dan bersih di tapak projek telah mencetuskan kenaikan harga saham "Wynn Resorts"-yang didagangkan di Nasdaq – kepada 12%, meningkatkan nilai syarikat kepada US$1.05 bilion.

Dengan jumlah keluasan kawasan berukuran 12.1 hektar, ia bakal menjadi lagun jernih terbesar syarikat itu di AS. Ia bakal memiliki rekaan tercanggih dengan pulau ditengah-tengahnya, gondola, persembahan bunga api harian dan acara sukan air secara langsung, hotel, pusat persidangan, pusat beli belah,dan pusat gastromoni yang luas yang bakal mengelilingi lagun ini.

Uri Man, Ketua Pegawai Eksekutif Crystal Lagoons AS berkata, "peluang yang disediakan oleh kerjasama ini besar, memandangkan Steve Wynn terlibat dalam projek peranginan terpenting di Las Vegas, Macau (China) dan dunia.  Formula kejayaan beliau ialah melahirkan bandar yang diwujudkan khas untuk memberikan hiburan, seperti Disney World, tetapi khas untuk orang dewasa dari seluruh dunia, dengan menggabungkan hotel mewah, kasino, pusat membeli belah dan teater bertaraf dunia."  Antara pusat peranginan terkenal Wynn ialah The Bellagio, The Mirage, The Golden Nugget dan Treasure Island.

Kesimpulannya, Uri Man menyatakan "projek Crystal Lagoons di Las Vegas bakal menjadikan impian pengasas syarikat ini satu kenyataan.  Di awal penubuhannya, Fernando Fischmann mengimpikan lagun air jernih yang besar berada di ibu kota hiburan dan kemewahan dunia seperti di Dubai dan Las Vegas."

Laman sesawang: www.crystal-lagoons.com; www.fernandofischmann.com 
Video korporat: https://www.youtube.com/watch?v=6tff6t0FKA8&feature=youtu.be

Hubungan akhbar:
Quórum Comunicaciones: +56-2-22291886/ info@quorumcomunicaciones.cl

Source: Crystal Lagoons
Keywords: Entertainment Travel Joint ventures New products/services