-- Surat tahunan kelima ketengahkan kejayaan daripada pendidikan di Amerika Syarikat hingga ke penjagaan kesihatan ibu mengandung di Ethiopia, serta menggariskan wawasan bagi meningkatkan mutu kehidupan si miskin bagi 15 tahun mendatang
SEATTLE, Jan. 31, 2013 /PRNewswire/ -- Dalam surat tahunan kelimanya, Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, menegaskan bagaimana penetapan matlamat yang jelas dan pengukuran yang tepat merupakan kunci bagi menambahbaik kehidupan penduduk miskin di seluruh dunia.
Untuk melihat aset multimedia mengenai siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/49396-bill-melinda-gates-foundation-fifth-annual-letter
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130130/MM50698 )
"Saya tahu, tema ini bukan suatu tema yang menarik, tetapi bukti impaknya tidak dapat dinafikan," tulis Gates. "Kehidupan penduduk termiskin telah dapat dipertingkat dengan lebih pesat dalam 15 tahun kebelakangan ini berbanding sebelumnya."
Surat tersebut memerikan kemajuan luar biasa daripada kemajuan sekolah di Amerika Syarikat kepada penjagaan kesihatan di Ethiopia. Ia juga menyatakan bahawa pelaburan berterusan dalam usaha-usaha ini memberikan kesan yang baik bagi jutaan penduduk termiskin di dunia. Punca utama kejayaan ini adalah komitmen dunia dalam menetapkan matlamat yang jelas dan mengenalpasti penanda ukur yang tepat bagi menilai kemajuan dalam mencapai matlamat tersebut.
Pengagihan bantuan asing mendapat manfaat yang banyak kesan daripada matlamat dan pengukuran yang jelas dan tepat ini. "Dari sudut pandangan sejarah, bantuan seringkali dibincangkan dalam bentuk kewangan yang dilaburkan. Kini, kita mengukur dengan lebih tepat menggunakan penunjuk seperti kadar kematian kanak-kanak, dan orang ramai dapat melihat kesan bantuan ini dalam bentuk yang sangat jelas – ia memperjelaskan pilihan antara memberikan rawatan kepada pesakit AIDS atau membiarkan mereka mati," Ujar Gates lagi dalam suratnya.
Beliau menegaskan perihal pentingnya penetapan matlamat yang jelas dan pengukuran yang tepat ini, terutama dalam keadaan bajet yang ketat di seluruh dunia. "Bukan sahaja matlamat yang jelas dan pengukuran yang tepat membolehkan kerajaan membelanjakan wang bantuan mereka dengan lebih berkesan, ia juga membangkitkan keazaman politik untuk meneruskan program tabung bantuan dengan membuktikan kejayaan mereka. Ia bukan sekadar sebuah kerajaan memberikan sebuah kerajaan yang lain wang pembayar cukainya, tetapi ia juga merupakan bantuan daripada sebuah komuniti kepada komuniti yang lain bagi membolehkan mereka keluar daripada lingkungan kemiskinan."
Gates menekankan kepentingan Matlamat Pembangunan Milenium Bangsa-bangsa Bersatu (MDGs) sebagai satu teladan bagaimana dunia mampu membuat pencapaian besar apabila kita menetapkan matlamat yang jelas dan membangunkan pengukuran bagi menilai pencapaian. MDGs adalah satu set lapan matlamat yang spesifik dalam usaha di peringkat global untuk memenuhi keperluan penduduk termiskin dunia menjelang 2015. "Meskipun kita tidak dapat mencapai kesemua matlamat, namun kemajuan yang dapat dicipta ke arah mencapai matlamat amat menakjubkan," ujar Gates. "Matlamat MDG mengurangkan kemiskinan terlampau sehingga separuh telah dapat dipenuhi sebelum tiba tarikh akhirnya, sama seperti matlamat mengurangkan separuh daripada jumlah orang yang tidak mendapat air bersih untuk diminum."
Gates menggalakkan orang ramai berkongsi idea memperelokkan dunia bagi generasi akan datang dengan berkongsi harapan bagi 2030. Beliau berharap dapat mencetus perbualan global tentang pembangunan efektif dan apakah cara terbaik untuk seluruh dunia bergandingan dalam memajukan penduduk termiskin dunia.
Surat tersebut menggariskan keutamaan-keutamaan lain bagi yayasan itu dalam 2013, termasuk membantu menghapuskan polio, mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak dan menambahbaik pendidikan di Amerika Syarikat. Gates juga mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi Vaksin Innovation Gates yang kedua, dan memuji usaha inovatif Margarida Matsinhe, pegawai lapangan VillageReach yang berjaya membaik pulih sistem logistik vaksin dengan menghapuskan segala rintangan yang menghalang kanak-kanak mendapat imunisasi.
Untuk membaca surat tersebut sepenuhnya, sila klik: www.gatesfoundation.org/annualletter.
Bagi melihat gambar resolusi tinggi dan tayangan reja video yang berkualiti, sila lawati: www.thenewsmarket.com/gatesfoundation
Hubungi:
Email: media@gatesfoundation.org
Telefon: +1-206-709-3400