301 Carolwood Drive SALAH SATU ALAMAT PALING BERPRESTIJ BAGI KEDIAMAN DUNIA UNTUK KERABAT DIRAJA HOLLYWOOD SELAMA BERDEKAD LAMANYA
LOS ANGELES, 13 April 2016 /PRNewswire/ -- Coldwell Banker Previews International memperkenalkan hartanah bertaraf dunia dengan gaya tidak ditelan zaman di 301 Carolwood Drive ke pasaran dengan nilai $150 Juta yang terletak di salah satu jalan paling eksklusif dan mahal di dunia, terkenal dengan penduduknya yang termasyhur serta golongan diraja Hollywood ternama, selain mencatatkan jualan hartanah paling tinggi. Dua jualan tertinggi di negara tersebut ialah di Carolwood Drive dalam tempoh dua tahun lepas, termasuklah jualan Fleur de Lys pada musim bunga tahun 2014. Kediaman baharu ini, yang disenaraikan oleh Ginger Glass, terletak di tapak bekas harta tanah "Mon Rêve" yang sebelum ini dimiliki oleh Barbra Streisand, dan menampilkan keluasan bidang hadapan lebih 470 kaki di Carolwood Drive, yang menjadi kediaman golongan diraja Hollywood selama berdekad lamanya.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/MM81398LOGO
Walt Disney memilih jalan tersebut sebagai lokasi kediaman peribadinya yang mempunyai replika kecil yang berfungsi iaitu kereta api berkuasa stim yang menelusuri Disneyland. Disney merangka pelan berwawasannya untuk Disneyland semasa tinggal di Carolwood. Pelakon terkenal Clark Gable dan Gregory Peck kedua-duanya menjadikan Carolwood Drive sebagai kawasan kediaman mereka. "Pengerusi Lembaga" Frank Sinatra turut tinggal di jalan tersebut, betul-betul berhadapan 301 Carolwood. Rod Stewart menjadikan Carolwood Drive sebagai kawasan kediamannya, begitu juga Sonny dan Cher, Tony Curtis serta Elvis Presley.
Dikelilingi oleh alam semula jadi, suasana indah ini menyediakan laluan kembara persendirian yang terletak jauh dan dihiasi pepohon yang tidak begitu lebat. Hartanah ini menyediakan kira-kira 38,000 kaki persegi kemudahan bawah bumbung dengan berbilang struktur untuk tetamu yang setanding mana-mana kemudahan 5 bintang di Beverly Hills.
Club Mon Rêve mempunyai bilik istirehat, bilik simpanan wain dan kompleks panggung wayang dengan pintu masuk valet berasingan buat para tetamu dan menyediakan tempat meletak kenderaan untuk lebih lima puluh buah kereta yang berada di dalam hartanah itu, selain garaj untuk sepuluh buah kereta.
Tingkat spa menampilkan dinding air di dalam bangunan dengan aliran dramatik yang mengalir ke dalam kolam renang pusingan serta tab air panas, salon rambut, kawasan rias kuku tangan/kaki, bilik wap dan juga bilik urutan.
Bilik utama berkeluasan kira-kira 5,300 kaki persegi, dengan patio berbumbung persendirian yang dipanaskan, memberikan setiap ciri kemewahan kepada pemilik seperti yang anda inginkan daripada hartanah terbaik yang ditawarkan di dunia pada masa kini.
Latar Belakang Coldwell Banker Previews International
Program Coldwell Banker Previews International® menjadi peneraju dunia dalam pemasaran kediaman mewah sejak tahun 1933. Program Previews® diambil alih oleh Coldwell Banker Real Estate LLC pada tahun 1980 dan dilancarkan sebagai Coldwell Banker Previews International, iaitu program rumah mewah untuk jenama tersebut. Kumpulan eksklusif yang diperakui Previews Property Specialists membentuk kira-kira 8.5 peratus sekutu jualan bebas yang bersekutu dengan jenama Coldwell Banker® di seluruh dunia. Rangkaian Coldwell Banker Previews International terlibat dalam lebih 25,000 urus niaga sampingan bagi rumah yang bernilai $1 juta atau lebih pada tahun 2015. Secara purata, Previews mengendalikan $133.5 juta untuk jualan rumah mewah setiap hari. Coldwell Banker, Previews dan Coldwell Banker Previews International ialah tanda berdaftar yang dilesenkan kepada Coldwell Banker Real Estate LLC. Setiap pejabat dimiliki dan dikendalikan secara persendirian.
Pertanyaan Media:
Holly Taylor
Rogers & Cowan untuk Coldwell Banker Real Estate LLC
+1.310.854.8115
hetaylor@rogersandcowan.com