-Big Apple sertai senarai pintu masuk Amerika Utara bagi Air China dengan penambahbaikan dan peningkatan keupayaan pesawat-
NEW YORK, 1 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Satu hadiah istimewa menanti penumpang dari New York ke China dan Asia pada 31 Mac 2013 apabila Air China, penerbangan rasmi Negara China, membuat peningkatan dengan pesawat canggih Boeing 777-300ER dan menambah kekerapan penerbangan tanpa henti New York-Beijing daripada 7 kepada 11 kali seminggu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
"Penambahan penerbangan baru ini adalah satu jawapan bagi permintaan penumpang yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penerbangan tanpa henti yang lebih selesa antara New York dan Beijing," ujar Mr Yuelong Zhou, Pengurus Besar Air China di New York.
Air China adalah satu-satunya penerbangan tanpa henti antara New York dan Beijing. Penerbangan tambahan ke luar, CA 990, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK) pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada 2:50 AM, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu kota Beijing (PEK) keesokan harinya pada 2:20 PM waktu tempatan. Penerbangan masuk, CA 989 berlepas dari Beijing pada 9:00 AM dan tiba di New York pada 10:20 AM hari yang sama.
B777-300ER, sebuah pesawat penerbangan jarak jauh terbesar yang dilengkapi enjin berkembar ini lebih bersih dan mesra alam. Dengan kecekapan dan kebolehpercayaan enjin berkembar, ia memberikan prestasi yang lebih baik.
Forbidden Pavilion (Kelas Pertama) Air China menampilkan lapan suit mewah, 41 tempat duduk baring rata sepenuhnya di Capital Pavilion (Kelas Perniagaan) dan 259 tempat duduk kelas ekonomi dengan paparan skrin individu dan audio-video atas permintaan (AVOD) di setiap tempat duduk.
Direka untuk memberikan keselesaan maksima, ruang dalam B777-300ER Air China menampilkan sepuluh variasi suasana pencahayaan bagi Forbidden Pavilion dan Capital Pavilion yang disusun atur bagi melengkapi fasa-fasa penerbangan yang berbeza.
Mengenai Air China
Air China adalah sebuah syarikat penerbangan terbesar dunia dari segi pemodalan pasaran, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Air China memegang saham kawalan bagi Shenzhen Airlines, Air Macau, Dalian Airlines, Beijing Airlines, Shandong Airlines dan 29.9% pegangan Cathay Pacific Airways, menjadikannya pemegang saham terbesar penerbangan tersebut selepas Swire Group. Ia mengendalikan 432 pesawat Airbus dan Boeing. Rangkaiannya yang teguh dengan 289 laluan merentasi Asia, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Selatan bermula dari hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu kota Beijing di mana ia menawarkan perhubungan yang tiada tolok bandingnya ke bandar-bandar dalam dan luar China. Sebagai ahli Star Alliance, Air China mempunyai 1,356 destinasi tujuan dalam 193 buah Negara.