Western Union Himpun Pelanggan dan Penyokong dengan matlamat memenuhi perpustakaan di 31 wilayah Cina
BEIJING, 1 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat Western Union (NYSE: WU), sebuah peneraju perkhidmatan pembayaran global, hari ini menjemput komuniti Cina di seluruh dunia untuk menyertai kempen Tahun Baru Cina. Matlamat kempen ini adalah memberikan hadiah 1,000 buah buku kepada 31 buah perpustakaan Yayasan Pembangunan Pemuda Cina, di 31 wilayah Tanah Besar China.
(Gambar: http://www.prnasia.com/sa/2013/01/31/20130131132813473720.html )
Meneruskan tradisi pemberian angpau wang masyarakat Cina pada Tahun Baru Cina, Western Union akan menghadiahi Yayasan Pembangunan Pemuda Cina bagi setiap urusniaga yang dihantar dari salah satu daripada 21 buah negara yang menyertai kempen ke dalam China dalam tempoh promosi ini.
Syarikat itu juga akan membuat sumbangan bagi setiap "suka" yang diperolehi daripada makluman yang dibuat di Facebook dan bagi setiap "reTweet"pengumuman program ini yang dibuat di laman Twitter. Program ini membolehkan pelanggan mempromosi pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan, hanya dengan menggunakan atau "menyukai"Western Union.
21 buah negara yang menyertai kempen ini adalah Amerika Syarikat dan Kanada di Amerika Utara; United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Belgium, Belanda, Itali dan Rusia di Eropah dan Asia Tengah; Kerajaan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu di Timur Tengah; Angola di Afrika; Australia, Jepun, Singapura dan Malaysia di Asia Pasifik; serta Brazil, Peru, Panama, Paraguay dan Uruguay di Amerika Latin.
"Analisa Western Union menunjukkan bahawa lebih banyak hadiah bertukar tangan pada Tahun Baru Cina berbanding dengan waktu sambutan perayaan lain di seluruh dunia. Berbilion hadiah wang tunai bertukar tangan, secara tradisinya menggunakan wang tunai baru yang diletakkan di dalam sampul merah, tetapi kini terdapat juga pemberian angpau menggunakan kiriman wang dengan lebih 40 juta rakyat Cina yang tinggal dan bekerja di luar negara," ujar Drina Yue, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Kanan Western Union Asia Pasifik.
"Ketika kita mengeratkan hubungan dengan rakan dan taulan di Cina menjelang sambutan Tahun Baru Cina, dengan hanya menggunakan Western Union, kita mencipta peluang dan membawa tuah kepada orang muda di tahun Ular dan tahun-tahun yang mendatang. Tiada hadiah yang lebih berharga daripada hadiah ilmu pengetahuan,"ujarnya lagi.
"Pada Perayaan Musim Bunga, telah menjadi tradisi kami di Cina untuk memikirkan bukan sahaja suatu permulaan baru tetapi juga tentang kesejahteraan orang lain. Kami amat berbesar hati dengan usaha Western Union mencipta satu platform yang mengumpulkan niat mulia dari seluruh dunia yang ingin merangsang sifat ingin tahu di kalangan remaja dan membantu mereka bersedia ke arah masa depan yang lebih cerah,"ujar Mr. Chunlei Yang, Timbalan Setiausaha Agung Yayasan Pembangunan Pemuda Cina.
Menurut tinjauan pelanggan Western Union, wang tunai masih lagi merupakan hadiah pilihan di musim perayaan Tahun Baru Cina dan dalam budaya masyarakat Cina, ia melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan, kasih sayang dan rasa hormat kepada orang tua serta tuah di masa hadapan.
Nilai maksima sumbangan bagi keseluruhan urusniaga dan aktiviti rangkaian sosial antara 28 januari 2013 hingga 10 Febbruari 2013 adalah sebanyak USD50,200, yang bersamaan dengan pembiayaan pemberian 1000 buah buku kepada setiap satu daripada 31 buah perpustakaan. Setiap urusniaga dan pengaktifan media sosial akan menyumbang sebanyak USD0.25 setiap satu.
Tahun Baru Cina pada tahun ini jatuh pada 10 Februari dan akan menyambut kedatangan tahun ular setelah berakhirnya tahun naga.
Kempen ini merupakan sebahagian daripada program Pendidikan yang Lebih Baik Western Union, satu komitmen program 3 tahun ke arah peningkatan matlamat pendidikan dunia.
About Western Union Mengenai Western Union
The Western Union Company (NYSE: WU) is a leader in global payment services. Together with its Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil and Western Union Business Solutions branded payment services, Western Union provides consumers and businesses with fast, reliable and convenient ways to send and receive money around the world, to send payments and to purchase money orders. As of September 30, 2012, the Western Union, Vigo and Orlandi Valuta branded services were offered through a combined network of approximately 510,000 agent locations in 200 countries and territories. In 2011, The Western Union Company completed 226 million consumer-to-consumer transactions worldwide, moving US$81 billion of principal between consumers, and 425 million business payments. For more information, visit www.westernunion.com.
Syarikat Western Union (NYSE:WU) adalah peneraju dalam perkhidmatan pembayaran global. Bersama-sama dengan jenama perkhidmatan pembayaran Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil and Penyelesaian Perniagaan Western Union miliknya, Western Union menyediakan perkhidmatan menghantar dan menerima wang di seluruh dunia, menghantar pembayaran dan membeli wang kiriman dengan pantas, boleh dipercayai dan mudah. Bermula dari 30 September 2012, jenama perkhidmatan Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan melalui gabungan rangkaian hampir 510,000 ejenn tempatan di 200 buah negara dan rantau. Dalam 2011, syarikat Western Union melengkapkan 226 juta urusniaga pelanggan-dengan-pelanggan di seluruh dunia, menggerakkan wang sejumlah USD81 bilion di kalangan pelanggan dan melibatkan 425 bayaran perniagaan.Untuk maklumat lanjut, lawati www.westernunion.com.