omniture

CSA Group Buka Makmal Baharu di Tokyo, Jepun

CSA Group Management Corporation
2016-04-15 12:01 119

Kemudahan menawarkan perkhidmatan pengujian untuk produk IT dan audio/video, Peranti Pengukuran dan Produk Perubatan

TOKYO, 15 April, 2016 /PRNewswire/ -- CSA Group, peneraju global bagi perkhidmatan pengujian dan pensijilan serta merupakan sebuah organisasi pembangunan piawaian terkemuka, hari ini mengumumkan ia membuka makmal baharu di Tokyo bagi menawarkan perkhidmatan pengujian dan pensijilan termasuk perkhidmatan tambahan untuk peralatan perubatan serta makmal pengujian perlindungan kemasukan yang baharu.

Makmal baharu di Tokyo ini mengkhusus dalam pengujian dan pensijilan untuk peralatan teknologi maklumat serta peralatan audio/video, Peranti Pengukuran, dan produk Perubatan, selain menawarkan perkhidmatan penilaian berjadual dan pengujian di lokasi.

"Teknologi maklumat dan peralatan perubatan baharu merupakan sektor yang berkembang dengan pesat," kata Takaki Egawa, Pengurus Operasi Tokyo, CSA Group. "Hampir kesemua produk yang kita gunakan pada masa kini mempunyai fungsi ketersambungan. CSA Group berdedikasi dalam memperluas perkhidmatan kami untuk pasaran yang kian berkembang selain menggalakkan penyelesaian baharu dan inovatif untuk produk dan penyelesaian yang kita gunakan setiap hari. Jepun ialah peneraju dalam teknologi inovatif dan kami akan bekerjasama dengan pelanggan kami di sini bagi membantu mempromosikan produk inovatif mereka pada masa kini dan juga pada masa depan."

Makmal Tokyo mampu menganalisis dan menguji produk-produk mengikut piawaian yang ditetapkan untuk Amerika Utara, Eropah serta pasaran antarabangsa lain. Kemudahan itu bertaraf IT/AV mengikut piawaian 60065, 60950 dan 62368 baharu selain piawaian peranti pengukuran di bawah 61010 dan 60601 Perubatan, yang merupakan makmal pengujian dan pensijilan paling maju di Tokyo. Pakar-pakar teknikal tempatan turut menawarkan perkhidmatan untuk sektor Peralatan, IT/AV, Perindustrian dan Perubatan.

Selain perkhidmatan yang disebutkan, makmal Tokyo akan diperluaskan pada masa depan bagi menawarkan perkhidmatan pengujian dan pensijilan untuk produk-produk perindustrian. Menerusi penambahan kemudahan baharu ini, CSA Group kini memiliki makmal dan pejabat yang terletak di lokasi strategik seluruh Asia, termasuk China, Taiwan, Korea Selatan dan juga Singapura.

Latar Belakang CSA Group
CSA Group ialah sebuah persatuan bebas dan berasaskan keahlian yang mengkhusus kepada keselamatan, kebaikan sosial dan kemampanan. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan piawaian; penyelesaian latihan dan khidmat nasihat; perkhidmatan pengujian dan pensijilan global untuk bidang perniagaan utama termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian; pengangkutan, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan, serta teknologi, peralatan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan juga kemampanan; selain perkhidmatan penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA boleh didapati pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group, lawati www.csagroup.org.

Sebarang maklumat lanjut: Hubungi CSA Group: Makoto Sasaki, CSA Group Japan Ltd., +81 3 6865 8040, csajapaninfo@csagroup.org; Maklumat Perhubungan Media: Chie Hayakawa, Hill+Knowlton Strategies, +81 3 6859 6114, chie.hayakawa@hkstrategies.com; Maklumat Perhubungan Media CSA Group: Allison Hawkins, CSA Group, +1 416 747 2615, allison.hawkins@csagroup.org  

 

Source: CSA Group Management Corporation
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronics Performance Measurement Medical Equipment Corporate Expansion