omniture

Bank of China Dipilih oleh Celent sebagai Bank Contoh bagi Pelaksanaan Platform Pembayaran Bersepadu Global

DH Corporation
2016-04-15 23:14 126

NEW YORK, 15 April 2016 /PRNewswire/ -- DH Corporation (TSX: DH) ("D+H"), penyedia utama bagi penyelesaian teknologi untuk institusi kewangan global, dengan bangganya mengumumkan Bank of China dipilih sebagai Bank Contoh oleh firma penyelidikan perkhidmatan kewangan global, Celent bagi kategori Pemodenan Pembayaran & Infrastruktur Korporat. Bank of China diiktiraf berdasarkan usaha pelaksanaan Platform Pembayaran Bersepadu Globalnya yang menggunakan penyelesaian hab pembayaran global D+H bagi memproses sistem pembayaran untuk seluruh Bank of China Group, di dalam mahupun luar negara.

Berazam menjadi peneraju utama dalam sektor perbankan antarabangsa, Bank of China memutuskan untuk menggabungkan kesemua sistem pembayaran globalnya dengan menghubungkan pelbagai sistem penjelasan tempatan bagi melancarkan proses pembayaran antara cawangan global. Projek Platform Pembayaran Bersepadu Global (GUPP) juga berfungsi untuk menggabungkan saluran pembayaran, memusatkan dan berkongsi maklumat pembayaran global, mengintegrasikan sistem serta proses dan juga menyokong perniagaan Renminbi (RMB) oleh bank. Usaha yang dibuat oleh pihak bank terus membuahkan hasil menerusi hasil yang bertambah baik, pengurangan kos dan pengembangan perniagaan RMB ke luar negara. Dalam tempoh tiga tahun projek itu dilaksanakan, penyelesaian tersebut disediakan untuk 40 cawangan yang berada di 26 buah negara. Inisiatif GUPP ini, berserta kepantasan dan kecekapan pelaksanaannya, menjadikannya contoh untuk bank-bank lain yang mencari penyelesaian untuk mengubah perniagaan mereka melalui transformasi sistem pembayaran.

"Tahniah diucapkan kepada Bank of China atas pelaksanaan sistem pembayaran yang amat luas dan kompleks ini untuk seluruh cawangan globalnya dalam tempoh masa yang sungguh luar biasa," kata Moti Porath, ketua pengurusan produk pembayaran, D+H. "Projek ini memperlihatkan usaha bersungguh-sungguh pihak bank untuk meraih kedudukan sebagai peneraju global dalam sektor pembayaran antarabangsa, dan ia turut memudahkan urus niaga RMB di luar negara. D+H berbangga kerana mampu menyumbang kepada kejayaan Bank of China."

Menurut Gareth Lodge, Penganalisis Kanan Celent: "Anugerah Bank Contoh ini mengiktiraf sejauh mana bank menggunakan teknologi untuk mengubah wajah sektor perbankan. Bank ini menjadi inspirasi buat bank-bank lain yang mencari contoh terunggul dalam pelaksanaan amalan terbaik yang memberi kesan yang amat penting terhadap keputusan perniagaan dan juga industri keseluruhannya. Contoh yang diberikan oleh Bank of China jelas memperlihatkan kesan ini. Keluasan dan tahap kerumitan projek yang diusahakan jelas memperlihatkan ia sebagai pemenang bagi kategori yang amat kompetitif ini."

Bank contoh bagi tahun ini dipilih daripada lebih 100 pencalonan – satu rekod kejayaan tahun ini untuk anugerah berprestij ini.

Latar Belakang D+H
D+H (TSX: DH) ialah penyedia teknologi kewangan terkemuka yang diperlukan oleh institusi kewangan dunia pada setiap hari bagi membantu syarikat-syarikat ini berkembang dan meraih kejayaan. Urus niaga perbankan, peminjaman, pembayaran dan penyelesaian teras tersepadu global kami dipercayai oleh hampir 8,000 buah bank, pemberi pinjaman khusus, bank komuniti, kesatuan kredit, kerajaan-kerajaan serta syarikat-syarikat. Beribu pejabat di Toronto, Kanada, D+H mempunyai lebih 5,500 kakitangan di seluruh dunia yang amat berminat dalam menjalin kerjasama dengan pelanggan bagi mewujudkan penyelesaian yang berdaya maju yang dapat memenuhi keperluan mereka. Dengan hasil tahunan melebihi $1.5 bilion, D+H diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat FinTech (Teknologi Kewangan) terbaik dunia menerusi senarai Penarafan FinTech Maklumat Kewangan IDC dan penarafan FinTech Forward American Banker. Sebarang maklumat lanjut, layari dh.com.

Untuk maklumat lanjut: Patrick Kilhaney, Pengurus Perhubungan Awam & Perhubungan Penganalisis, D+H, +1 917 286 1053, patrick.kilhaney@dh.com; Cognito: +1 646 395 6304, dh@cognitomedia.com

Source: DH Corporation
Related Stocks:
Toronto:DH
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics