omniture

Strontium Lancar Pemacu USB Berkapasiti Tinggi Bersadur Emas

Strontium Technology Pte Ltd
2013-02-04 16:58 187

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Feb.  2013 /PRNewswire/ -- Strontium Technology yang berpangkalan di Singapura, melancarkan pemacu USB premium menggunakan logam padu yang dikenali sebagai Ammo. Pemacu Ammo USB Flash baharu menggunakan logam berkilau, boleh diperoleh dalam warna emas dan perak. Pemacu emas sebenarnya di sadur dengan emas 24 karat yang memberikannya penampilan yang mewah.

AMMO USB : http://www.strontium.biz/ammo-usb-pic

Pemacu Ammo Flash disediakan dalam bingkai logam yang padu, dan anggun, denganmengambil kira permintaan dan keperluan pengguna yang mahukan produk berkualiti tinggi dan mempunyai kelas tinggi. Reka bentuk bergaya tetapi lasak beroperasi bukan sahaja dengan platform Windows PC meja, PC notebook, malah sesuai untuk Apple iMac dan MacBook. Komponen memori NAND flash yang mempunyai kualiti tertinggi yang digunakan dalam pemacu Ammo USB, menawarkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan mengekalkan kadar pemindahan data dengan pantas.

Pemacu baharu Ammo USB 2.0 disadur emas Strontium disediakan pada kapasiti mulai 16GB hingga 64GB manakala pemacu disadur perak ditawarkan dalam lima storan kapasiti berbeza, daripada 4GB sehingga 64GB.

Harga dan Kesediaan :

Tersedia dalam kapasiti daripada 4GB sehinggalah 64GB, pemacu Ammo (Perak) Flash Strontium ditawarkan pada harga runcit daripada USD 4.50 sehinggalah USD 38.00, manakala pemacu Ammo (Emas) ditawarkan pada kapasit antara 16GB hingga 64GB ditawarkan pada harga antara USD 14.00 hingga USD 46.00 yang disertakan jaminan terhad selama lima tahun. Selain dijual menerusi pengedar dan pengedar semula Strontium yang sah di seluruh negara, Pemacu Ammo USB 2.0 Flash juga boleh dibeli menerusi laman web Strontium: www.strontium.biz

Maklumat mengenai Strontium Technology:

Strontium Technology Pte Ltd ialah syarikat pengeluar PC dan memori flash, yang beribu pejabat di Singapura. Hari ini, operasi syarikat melepasi pelbagai wilayah di seluruh Australia, New Zealand, Asia Tenggara, India, US, Kanada dan Amerika Latin. Secara keseluruhannya, syarikat itu mengekalkan kehadiran kukuh pasarannya di lebih daripada 30 buah negara. Strontium Technology memberi perkhidmatan kepada rangkaian pengedar, penjual semula, peruncit dan pelanggan barangan tulen (OEM) antarabangsa.

SUMBER : Strontium Technology Pte Ltd

Source: Strontium Technology Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services