omniture

Adtile Perluas Jangkauan Global menerusi Perkongsian bersama Singapore Press Holdings

Adtile Technologies
2016-04-19 01:06 74

Adtile Mengumumkan Kelulusan daripada Pejabat Paten AS untuk Navigasi Antara Muka Pengguna Sentuhan Panel Berbilang

Adtile Technologies Raih $2 Juta dalam Pembiayaan Lanjutan Pembiayaan Siri A Daripada Pelabur Persendirian untuk Meneruskan Pertumbuhan dan Inovasi yang Pesat

SAN DIEGO, 19 April 2016 /PRNewswire/ -- Adtile Technologies, pencipta Motion Ads yang merangkul anugerah untuk telefon pintar dan tablet, hari ini mengumumkan satu kerjasama penting bersama Singapore Press Holdings (SPH), sebuah organisasi media terkemuka Asia selain tambahan pusingan lanjutan bagi pembiayaan Siri A sebanyak $2 Juta daripada pelabur persendirian. Adtile turut memperoleh kelulusan daripada Pejabat Paten A.S. untuk navigasi antara muka pengguna sentuhan panel berbilang.

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353838

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353837LOGO

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160411/353836LOGO

Menerusi kerjasama dengan Adtile ini, SPH mampu menawarkan para pengiklan dengan keupayaan menggunakan Motion Ads Adtile dalam kempen iklan mudah alihnya. Motion Ads Adtile memberikan purata kadar penglibatan sebanyak 30%, tempoh penyertaan selama 23 saat dan purata kadar menekan klik sebanyak 5%, iaitu angka-angka yang biasanya jarang dilihat dalam sektor pengiklanan mudah alih.

Salah satu inovasi terbesar Adtile pada tahun 2015 dan menjadi sebahagian besar daripada perkongsian bersama Singapore Press Holdings ialah penggunaan platform kreatif berasaskan awan Adtile, iaitu Motion Store. Motion Store mewujudkan pengalaman mudah alih didayakan sensor yang berkualiti tinggi dan boleh diwujudkan dengan pantas serta memberikan hasil yang hebat. Motion Store dapat menghasilkan respons HTML5 secara automatik yang dibangunkan untuk iOS dan Android yang berfungsi pada sebarang pelayan mudah alih dan saiz skrin. Pengguna juga boleh memohon web mudah alih standard atau tag MRAID (Definisi Antara Muka Iklan Media Beraneka Mudah Alih) untuk sebarang pelayan iklan utama. Motion Store dapat diperluas tanpa memerlukan usaha perluasan yang besar hasil daripada proses pemindahan data yang ringkas dan pemahaman data yang pantas.

"Teknologi pengesanan gerakan bakal memainkan peranan penting dalam cara kita berinteraksi dengan peranti mudah alih kita dan lanjutan pembiayaan ini membolehkan kami meneruskan usaha penyelidikan," kata Nils Forsblom, pengasas Adtile Technologies. "Hasil inovasi kamilah yang menjadikan kami rakan kongsi yang ideal untuk SPH, ketika kami terus memperlihatkan nilai teknologi gerakan proprietari kami untuk jenama-jenama."

Tan Su-lin, Timbalan Ketua Bahagian Digital di SPH berkata: "Kami teruja untuk menawarkan para pengiklan jenama dengan instrumen penceritaan yang dinamik untuk kempen iklan mudah alih mereka. Dengan Motion Ads Adtile, pembaca mudah alih kami tidak perlu lagi menjadi pemerhati pasif yang terperangkap, sebaliknya mereka bakal menjadi sebahagian daripada pengalaman kreatif dan peranti yang agnostik."

Inovasi yang terus menjadi daya penggerak Adtile pada tahun 2016 ketika syarikat meraikan kejayaan menerima kelulusan paten penting untuk Navigasi Antara Muka Pengguna Sentuhan Panel Berbilang. Sejak bertahun-tahun, pencipta aplikasi mudah alih dikekang oleh panel navigasi antara muka lima butang yang biasa dan standard pada bahagian bawah aplikasi seperti Instagram dan Facebook.

Paten untuk navigasi antara muka pengguna sentuhan panel berbilang daripada Adtile mengubah ciri lima butang yang standard kepada gerakan leret yang menyediakan fungsi lebih lima butang untuk pengguna. Ini menyediakan lebih kefleksibelan kepada pencipta aplikasi apabila mencipta suatu aplikasi mudah alih dan memberikan mereka lebih ruang selain menyediakan lebih banyak maklumat untuk pengguna.

Sejak dua belas bulan lalu, Adtile menyaksikan proses pertumbuhan dan hasil inovasi yang luar biasa termasuk pelancaran Adtile VR serta Adtile Air Pencil, teknologi yang memungkinkan rakaman gerakan berbentuk bebas secara 3D menerusi iPhone. Pembiayaan tambahan sebanyak $2 Juta akan membantu syarikat untuk terus mempertingkat serta memperluas usaha penyelidikan dan pembangunan sedia ada.

DISIARKAN OLEH SINGAPORE PRESS HOLDINGS LTD
No. Pendaftaran Syarikat 198402868E

Latar Belakang Adtile Technologies 

Terletak di San Diego, California, Adtile ialah perintis dan pembangun teknologi pengesanan gerakan untuk telefon pintar dan tablet, yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi terkemuka serta jenama-jenama Fortune 500.

Latar Belakang Singapore Press Holdings Ltd 

Ditubuhkan pada tahun 1984, Singapore Press Holdings Ltd (SPH) yang tersenarai di papan utama ialah sebuah organisasi media terkemuka Asia, yang menghubungkan minda serta memperkaya kehidupan merentasi pelbagai bahasa dan juga platform, melalui cetakan, digital, radio serta media di luar rumah.

SPH memiliki akhbar yang merangkul anugerah, majalah dan buku paling laris terjual dalam bentuk cetakan serta digital, selain perniagaan secara dalam talian rantau ini. Selain itu, SPH memiliki dua buah stesen radio berbahasa Inggeris dan sebuah stesen radio berbahasa Cina, unit pengiklanan luar, acara serantau serta cabang persidangan selain mengendalikan rangkaian kedai serbaneka moden. SPH juga memiliki 20 peratus kepentingan dalam MediaCorp TV Holdings Pte Ltd, yang mengendalikan saluran percuma 5, 8 dan U, serta memiliki 40 peratus kepentingan dalam MediaCorp Press Limited yang menerbitkan akhbar percuma, Today. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sph.com.sg

Source: Adtile Technologies
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Expansion Financing agreements Licensing/marketing agreements