NEW YORK, 19 April 2016 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini memperkenalkan "Pengalaman Premium Bangunan Empire State"—satu lawatan berpandu yang eksklusif buat para pengunjung bagi melawat tarikan antarabangsa yang ikonik itu.
Pengalaman Premium tersebut, yang hanya disediakan menerusi tempahan yang terhad, dalam tempoh yang singkat dan dibuat lebih awal melalui dalam talian di www.esbnyc.com, boleh membawa beberapa buah kumpulan yang tidak melebihi tujuh orang tetamu melawati Bangunan Empire State (ESB), termasuk lobi Dekorasi Seni yang dibaik pulih dengan cantik, Laluan Selebriti ESB yang menampilkan selebriti terkenal dan orang kenamaan yang pernah mengunjungi ESB, Pameran Kelestarian yang mempamerkan penyesuaian semula cekap tenaga ESB yang terkini dan merangkul anugerah, Pameran "Dare to Dream" yang menyediakan butiran terperinci berkaitan pembinaan bersejarah bangunan tersebut, Balai Cerap ruang terbuka di tingkat ke-86, serta aktiviti kemuncak menerusi Balai Cerap tingkat ke-102 yang menyediakan pandangan 360 darjah yang tiada tandingan bagi Bandar Raya New York dan kawasan sekitarnya. Duta Balai Cerap ESB mampu menyesuaikan setiap lawatan mengikut permintaan kumpulan, bagi membolehkan setiap ahli kumpulan meninjau kawasan baharu, mempelajari fakta dan trivia yang tidak dirangkumi dalam lawatan biasa dan fokus terhadap pengalaman tertentu yang paling utama buat mereka.
"'Pengalaman Premium Bangunan Empire State' menyediakan pengalaman yang peribadi, disesuaikan dan berpendidikan buat mereka yang ingin mengetahui tentang ikon antarabangsa Bandar Raya New York dengan cara yang unik dan tersendiri," kata Jean-Yves Ghazi, Pengarah Balai Cerap. "Lawatan tersebut menawarkan akses yang terhad, dalam tempoh yang singkat dan eksklusif pada setiap hari dan bakal memberikan pengalaman paling peribadi di Bangunan Paling Terkenal di Dunia."
Pengalaman Premium Bangunan Empire State menyediakan:
Bagi meningkatkan pengalaman tersebut, para tetamu digalakkan untuk memuat turut aplikasi Bangunan Empire State multimedia percuma yang eksklusif sebelum lawatan melalui iTunes dan Google Play.
Pengalaman Premium tersebut disediakan tiga kali sehari dan berharga $150 bagi setiap individu. Tempahan boleh dibuat melalui sistem janji temu dalam talian di https://ticketing.esbnyc.com/webstore/Shop/ViewItems.aspx?CG=VIP&C=VIP.
Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit itu yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2015, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 724,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.
Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "bakal", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", " menganggarkan", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", "akan" atau "menjangkakan" atau maksud berlawanan bagi semua perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa yang serupa. Faktor-faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan jangkaan itu: faktor-faktor ini terkandung dalam (i) Laporan Tahunan Syarikat dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko," "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi," "Perniagaan," dan "Harta Tanah" dan (ii) laporan berkala masa depan yang difailkan oleh Syarikat di bawah Akta Sekuriti dan Pertukaran 1934, seperti yang dipinda. Walaupun kenyataan jangkaan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin sebarang prestasi masa depan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara umum mana-mana kenyataan jangkaan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor-faktor tersirat, atau maklumat, data atau kaedah baharu, kejadian masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran media ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang hal ini dan faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada keputusan, prestasi, atau urus niaga masa depan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan risiko-risiko lain yang dijelaskan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Bakal pelabur tidak seharusnya terlalu bergantung kepada mana-mana kenyataan jangkaan, yang dibuat hanya berdasarkan maklumat sedia ada pada Syarikat (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan jangkaan itu).