LONDON, 20 April 2016 /PRNewswire/ --
Johnnie Walker® jalin kerjasama dengan Jaringan Hari Bumi untuk menanam pokok bagi mengimbangi jejak karbon pengguna
Anda mungkin tidak menyedari bahawa jumlah masa yang anda habiskan dan lakukan secara dalam talian memberi kesan terhadap alam sekitar.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160418/356562 )
Kajian* mendapati pengguna dalam talian menggunakan purata 130kg karbon setahun – bersamaan dengan pemanduan kereta sejauh 740 km – yang boleh diimbangi dengan menanam empat batang pokok.
Pemalam baharu untuk pelayar Chrome Google dilancarkan sempena Hari Bumi iaitu pada hari Jumaat (22 April) bagi membantu mendidik orang ramai tentang jumlah tenaga yang mereka gunakan dalam talian dengan menghitung jejak karbon digital mereka dan hasilnya, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil berat tentang kecekapan tenaga pada setiap hari.
Pemalam Chrome baharu disediakan oleh Johnnie Walker®, pembuat wiski Scotch yang paling banyak terjual di dunia, yang menjalin kerjasama dengan Jaringan Hari Bumi bagi menggesa orang ramai untuk mengambil langkah yang kecil secara progresif bagi membantu memelihara alam sekitar.
Jaringan Hari Bumi ialah satu gerakan global yang bermatlamat untuk memberi inspirasi, mencabar minda, menyemarakkan semangat dan memotivasikan individu untuk mengambil langkah berkaitan isu alam sekitar.
Dengan menilai penggunaan dalam talian selama lebih empat minggu, pemalam tersebut menghitung penggunaan tenaga oleh pengguna dalam masa setahun. Bagi mengimbangi jejak karbon ini, Johnnie Walker akan menanam sehingga 75,000 batang pokok sebagai sebahagian daripada Projek Kanopi oleh Jaringan Hari Bumi, yang telah menanam lebih tiga juta batang pokok sejak tahun 2011 di kawasan-kawasan yang memerlukan penanaman semula hutan seperti di Afrika Timur.
Michael Thornton, Ketua Eksekutif Carbon Analytics yang membantu syarikat mengurus kesan alam sekitar mereka, telah bekerjasama dengan Johnnie Walker dalam misi pembangunan Earth Mode dan menyatakan bahawa kadang kala sukar untuk orang ramai memahami sejauh mana penggunaan internet menyebabkan berlakunya jejak karbon.
Beliau berkata: "Setiap kali anda melayari laman sesawang atau membuat carian melalui internet, banyak tenaga yang diperlukan untuk menyediakan data tersebut. Secara kumulatifnya di seluruh dunia, ini menghasilkan jejak karbon yang besar.
Pemalam Earth Mode ialah kalkulator yang mudah digunakan yang merupakan alat bantuan untuk memahami jejak karbon tersebut. Setiap individu dapat melihat penggunaan karbon seperti dipaparkan yang bersamaan dengan aktiviti seharian seperti menggunakan ketuhar gelombang mikro, memandu kereta atau menaiki kapal terbang."
Guy Escolme, pengarah jenama global Johnnie Walker, berkata: "Kami percaya setiap individu inginkan masa depan yang lebih baik berbanding masa kini dan Earth Mode memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi kesan positif terhadap alam sekitar. Ini hanyalah satu usaha mesra alam namun, kami berharap ia dapat mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna di serata dunia agar dapat mengambil langkah yang kecil bagi membantu Hari Bumi mencapai matlamatnya untuk menarik tiga bilion 'Usaha Hijau'.
"Johnnie Walker berbangga kerana syarikat induk kami Diageo telah mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 33% sejak lapan tahun lalu dan salah satu usaha yang mereka lakukan ialah dengan menggalakkan 35,000 kakitangannya di seluruh dunia agar lebih prihatin terhadap tenaga yang mereka gunakan setiap hari dan seterusnya."
Kathleen Rogers, Presiden Jaringan Hari Bumi berkata: "Jejak karbon ialah satu konsep yang amat asing buat kebanyakan kita, mungkin khususnya buat mereka yang tinggal di kawasan bandar atau mereka yang tidak tinggal di sepanjang pantai. Namun begitu, kita semua perlu prihatin sejauh mana keperluan dan penggunaan tenaga kita memberi kesan terhadap alam sekitar global yang kita kongsi bersama."
"Lebih banyak maklumat yang disediakan berkaitan jejak karbon, lebih banyak hubungan kita dalam masa sebenar, lebih tinggi kesan yang akan diberikan. Kita tidak boleh memandang enteng terhadap isu ini. Kini, dengan menjejak hayat bateri pada telefon bimbit kita, kita lebih prihatin tentang kesan penggunaan komputer terhadap alam sekitar. Dan ini bakal membuka mata pengguna."
Pemalam Earth Mode Johnnie Walker disediakan melalui Chrome Store untuk pengguna komputer peribadi dan MAC sahaja. Apabila dipasang, pengguna perlu klik pada ikon 'Striding Man' Johnnie Walker bagi membuka tetingkap lungsur yang memaparkan penggunaan tenaga dalam talian pada masa sebenar dan menunjukkan jumlah pokok yang boleh ditanam bagi mengimbangi jejak karbon setiap tahun mereka.
Untuk memuat turun pemalam, layari: https://chrome.google.com/webstore/detail/earth-mode/bnngfkajcebapkeccnhgilaligcbpbmj/
Sebarang maklumat lanjut bagi menggunakan pemalam tersebut, layari https://youtu.be/9f3Da6WJuKI
http://www.facebook.com/JohnnieWalker
@Johnniewalker_
#earthmode #billionactsofgreen
Nikmati Johnnie Walker secara berhemah.
Nota untuk Editor
*Kajian yang dijalankan oleh Carbon Analytics menyimpulkan pengguna internet menggunakan purata 130kg karbon setahun. Melalui sumber yang disediakan oleh Jaringan Hari Bumi, kami menganggarkan pokok menggunakan purata 34kg karbon setahun, seraya memerlukan tanaman empat batang pokok bagi setiap individu bagi mengimbangi purata penggunaan karbon dalam talian setiap tahun sebanyak 130kg.
Latar Belakang Johnnie Walker
Johnnie Walker ialah jenama wiski Scotch nombor satu di dunia yang digemari oleh mereka yang berada di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan oleh pengasasnya, John Walker, mereka yang mengadunkan wiski telah mencipta rasa dan kualiti yang tiada tandingannya.
Enam generasi Pakar Adun yang berkemahiran telah merintis dan mencipta rasa baharu yang berani yang mengubah perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan di Scotland yang ditubuhkan pada tahun 1820, menjadi rangkaian perniagaan wiski antarabangsa yang menjual adunan wiski yang bergaya, asli dan ikonik.
Rangkaian wiski yang meraih anugerah hari ini terdiri daripada Johnnie Walker Red Label®, Black Label®, Double Black™, Green Label™, Gold Label Reserve™, Platinum Label™ dan Blue Label™. Kesemua wiski ini berjaya menyumbang hampir 19 juta jualan setiap tahun (IWSR, 2014), dan ini menjadikan Johnnie Walker sebagai wiski Scotch paling terkenal di dunia.
Latar Belakang Diageo
Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai jenama hebat termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan's dan Windsor, Smirnoff, vodka Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.
Diageo disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Produk kami dijual di lebih 180 buah negara di serata dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami, dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Sila lawati laman kempen minum secara berhemah global Diageo di http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.
Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana jua.
Perkataan Johnnie Walker, Keep Walking, Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Platinum Label dan Blue Label serta logo berkaitan ialah tanda dagang © John Walker & Sons 2016.
Latar Belakang Jaringan Hari Bumi:
Hari Bumi pertama pada 22 April 1970 diraikan oleh 20 juta rakyat Amerika daripada semua lapisan masyarakat dan disanjungi menerusi pelancaran gerakan alam sekitar moden. Berikutan daripada Hari Bumi pertama ini, Jaringan Hari Bumi (EDN) menjalin kerjasama dengan berpuluh-puluh ribu rakan kongsi di 192 buah negara untuk memperluas, mempelbagaikan dan menggerakkan gerakan alam sekitar. Lebih satu bilion individu kini terlibat dalam aktiviti Hari Bumi pada setiap tahun dan menjadikannya aktiviti pemeliharaan sivik terbesar di dunia. Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.earthday.org.
Latar Belakang Earth Mode:
Earth Mode ialah pemalam baharu untuk pelayar Chrome Google yang disediakan buat pengguna komputer peribadi dan komputer riba sahaja. Ia boleh dimuat turun mulai hari Isnin 18 April - 16 Mei 2016.
Kaedah Pengiraan Earth Mode:
Carbon Analytics menyediakan kaedah pengiraan untuk menukarkan penggunaan tenaga dalam talian kepada karbon dengan mengambil kira keratan rentas varians yang boleh diukur: gabungan kuasa negara, peranti untuk melayari internet, penggunaan rangkaian tempatan dan jumlah pemprosesan data.
Pertama, mereka menganggarkan kesan tenaga menerusi aktiviti pengguna melalui:
Seterusnya, tenaga keseluruhan yang digunakan dikenal pasti dan lokasi pengguna turut diambil kira bagi menghitung jejak karbon mereka. Lokasi ialah salah satu faktor penting memandangkan lokasi anda tinggal memberi kesan kepada jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyediakan data dalam talian.
Maka, secara ringkasnya rumus tersebut berasaskan perkara berikut:
Latar Belakang Michael Thornton:
Michael Thornton ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Carbon Analytics, sebuah firma penilaian kesan terhadap alam sekitar yang merangkul anugerah dan berpangkalan di London, dengan matlamat untuk menyediakan data bagi kesan terhadap alam sekitar dengan pantas, berpatutan dan tepat untuk syarikat-syarikat di dunia. Carbon Analytics komited dalam memudahkan proses pengurusan alam sekitar dan membimbing sebanyak mungkin syarikat dalam usaha mereka ke arah membangunkan perniagaan yang hebat dan mampan.
Sumber: Johnnie Walker