omniture

ToGazer Menyediakan Persidangan Video Berkumpulan untuk Tujuan Perniagaan, Pendidikan & Riadah

NEXCOM
2016-04-20 14:31 423

TAIPEI, Taiwan, 20 April 2016 /PRNewswire/ -- Instrumen persidangan video NEXCOM, ToGazer menyediakan kaedah yang mudah untuk menghimpunkan orang ramai di serata dunia. Menggunakan pelayar web, ToGazer membolehkan pengguna berkongsi idea dengan mudah, bekerjasama mengurus sebuah projek, dan berkomunikasi secara bersemuka. Dengan menggalakkan perbincangan berkumpulan, kolabarasi sesama rakan sejawat dan sumbang saran secara berpasukan, ToGazer berperanan untuk menggalakkan komunikasi antara syarikat dan pelanggan, guru dan pelajar serta keluarga dan rakan-rakan untuk tujuan perniagaan, pendidikan mahupun riadah.

ToGazer ialah instrumen persidangan video berasaskan web yang merapatkan jurang geografi dan fizikal agar dapat menjadikan setiap individu lebih dekat. Dengan ToGazer, pengguna dapat menggunakan pelayar web untuk menghadiri persidangan video di mana-mana jua, pada bila-bila masa dan memanfaatkan fungsi seperti papan putih, komputer meja dan perkongsian fail, serta mesej berkumpulan untuk menggalakkan perkongsian idea yang dinamik serta komunikasi yang berkesan.

Ia menyediakan kemudahan "Pertemuan Atas Permintaan", "Keriangan Atas Permintaan" di mana-mana, pada bila-bila masa dan apapun jua!

ToGazer dapat mengadakan sehingga lapan persidangan serentak – setiap satu dengan maksimum dua ratus peserta, termasuk enam belas peserta melalui video. Mampu mengurus persidangan video besar dan menggalakkan interaksi secara berkumpulan, ToGazer dapat memudahkan kolaborasi antara jabatan, latihan dalam talian serta bengkel inovasi dalam bidang perniagaan. Bagi bidang akademik, ToGazer dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dengan menyediakan pendidikan ke kampung-kampung di kawasan pedalaman atau menyiarkan simposium melalui laman web yang membolehkan pakar-pakar industri dari serata dunia dan ilmuwan berbahas semasa sesi tersebut. ToGazer juga boleh digunakan untuk tujuan riadah, mengumpulkan ahli keluarga yang tinggal berjauhan bagi menghadiri perjumpaan secara besar-besaran.

Usaha merancang beberapa persidangan besar kini lebih mudah dengan ToGazer. Instrumen persidangan video ini menyediakan fungsi penjadualan acara bagi membantu pihak penganjur persidangan menempah bilik persidangan maya dan menjemput para penceramah serta para hadirin menerusi pemberitahuan e-mel.

Edisi* Komuniti ToGazer boleh dimuat turun secara percuma di www.alliotcloud.com. Edisi Komuniti ini menyokong satu sesi mesyuarat dan maksimum sepuluh peserta – termasuk empat peserta video pada satu-satu masa. Bagi edisi Komuniti, pengguna boleh berkongsi komputer meja mereka dan menghantar mesej berkumpulan kepada pengguna lain. Sokongan peranti mudah alih untuk telefon pintar dan tablet turut disertakan dalam edisi Komuniti.

Bagi menikmati ciri-ciri yang lebih beraneka dan menampung lebih ramai peserta, pengguna boleh memilih edisi Standard, Profesional atau Perusahaan. Edisi Standard menyokong satu persidangan berserta maksimum sepuluh peserta video, edisi Profesional menyokong maksimum empat persidangan dengan lima puluh peserta termasuk enam belas peserta video, manakala edisi Perusahaan menyokong sehingga lapan persidangan dengan maksimum dua ratus peserta termasuk enam belas peserta video.

*

Edisi Komuniti mempunyai ciri-ciri keperluan sistem yang rendah. Semua ToGazer beroperasi melalui Pemproses N3150 Intel® Celeron®, RAM 4GB, ruang cakeran keras 50GB, Eternet 100Mbps dengan IP statik, serta sistem pengendalian Ubuntu 14.04 LTS.

Ciri-ciri Utama:

  • Berbilang Titik Akhir
  • Perkongsian melalui komputer meja
  • Perkongsian fail
  • Pemesejan secara berkumpulan
  • Aturan jadual acara
  • E-mel/pemberitahuan

Latar Belakang NEXCOM: Ditubuhkan pada tahun 1992, NEXCOM mengintegrasikan keupayaannya dan mengendalikan enam perniagaan global, iaitu Penyelesaian Automasi IoT, Keselamatan Digital Pintar, Internet of Things, Platform Papan Tanda Interaktif, Penyelesaian Pengkomputeran Mudah Alih serta Penyelesaian Rangkaian dan Komunikasi. NEXCOM menyediakan perkhidmatan buat pelanggannya menerusi anak-anak syarikat yang berada di lima buah negara industri utama. Melalui trend mega IoT, NEXCOM memperluas tawarannya menerusi penyelesaian untuk aplikasi baharu termasuk IoT, robot, kereta terhubung, Industri 4.0 dan keselamatan industri. www.nexcom.com

Hubungi:

Liyin Lin
Pengarah Pemasaran
E-mel: liyinlin@nexcom.com.tw
Tel: +886-2-8226-7786 samb. 2110

Source: NEXCOM
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications VoIP New products/services