omniture

Creaform perkenal HandyPROBE Next, CMM mudah alih baharu yang direka bentuk semula bagi menangani cabaran kawalan kualiti bahagian pengeluaran moden

Creaform
2016-04-20 17:00 203

Rangkaian HandyPROBE pertingkat ketepatan, kemudahan penggunaan dan prestasi bahagian pengeluaran untuk terus memenuhi keperluan kualiti pihak pengeluar

LÉVIS, Québec, 20 April, 2016 /PRNewswire/ -- Creaform, peneraju dunia bagi penyelesaian pengukuran 3D mudah alih dan perkhidmatan kejuruteraan, hari ini mengumumkan keluaran mesin pengukuran koordinat (CMM) mudah alih baharu, iaitu HandyPROBE Next. Penyelesaian pemeriksaan hubungan berasaskan optik generasi seterusnya ini dapat memenuhi peningkatan permintaan terhadap kawalan kualiti yang ketat khusus untuk rangkaian pengeluaran pihak pengeluar.

HandyPROBE Next menyediakan ciri-ciri peningkatan dalam produktiviti dan kecekapan melalui rekaan yang lebih mesra untuk bahagian pengeluaran bagi pemeriksaan alat yang tepat – tanpa mengira lokasi ia dilaksanakan. Pakar kawalan kualiti yang bergantung pada peralatan mudah alih untuk mengesahkan tahap pematuhan berdimensi terhadap alat pengeluaran, jig, bahagian komponen untuk dipasang, bahagian komponen yang dipasang berasingan dan produk akhir pada bahagian pengeluaran boleh mengharapkan:

  • Pengukuran 2X lebih tepat: Ketepatan isipadu 0.064 mm (0.0025 in.)—mengikut ASME B89.4.22—tanpa mengira ketidakstabilan persekitaran, hasil daripada teknologi ketepatan TRU
  • Pengukuran segera: Prob wayarles membolehkan perolehan segera koordinat—kesemuanya tanpa memerlukan pemasangan pengukuran yang ketat
  • Isipadu pengukuran yang lebih luas dan boleh ditambah: Boleh ditambah dengan mudah dan dinamik—berbanding robot pengukuran yang memerlukan proses langkauan yang konvensional
  • Rekaan yang ergonomik dan kukuh bagi menjamin keandalan perkakasan bahagian pengeluaran: Menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta faedah dari segi masa dan kos untuk pengendali
  • Disediakan dalam versi Standard dan Elit: Pengguna boleh memilih model mengikut keperluan khusus mereka

 "Pengeluar terus mengalami tekanan untuk mengintegrasikan operasi kawalan kualiti yang lebih ketat dalam proses pengeluaran mereka, di samping terus mengekalkan tahap kecekapan yang sama. HandyPROBE Next menyediakan kefleksibelan, ketepatan dan ciri-ciri mudah alih untuk bahagian pengeluaran, berbanding robot bersendi atau CMM tetap. Penyelesaian tersebut menangai isu berkaitan kualiti secara keseluruhannya, yang jika dibiarkan, akan menyebabkan berlakunya pengeluaran yang tidak diingini dan kelewatan sebahagian kelulusan, kekurangan pada fabrikasi dan kos yang tidak dijangka," jelas Daniel Brown, Pengurus Kanan Produk di Creaform.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian kawalan kualiti komprehensif Creaform, pengendali bahagian pengeluaran dapat menambah fungsi imbasan 3D dalam turutan pemeriksaan mereka menerusi pengimbas CMM mudah alih 3D MetraSCAN. Penyelesaian ini juga amat serasi dengan perisian pemeriksaan berdimensi Creaform, VXinspect.

Penyelesaian kawalan kualiti Creaform bakal disediakan menerusi demonstrasi produk secara langsung di CONTROL 2016, Jerman di dewan 5, reruai 5108, 26-29 April.

Source: Creaform
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery New products/services