omniture

Chi Yufeng Diberi Penghormatan sebagai Tokoh Industri Kebudayaan China untuk tahun 2012

Perfect World Co., Ltd.
2013-02-04 19:46 195

BEIJING, 21 Jan., 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Senarai pemenang anugerah yang dinanti-nantikan telah diumumkan secara rasmi pada Perayaan Tahun Baru Guangming dan majlis anugerah Tokoh-tokoh Industri Kebudayaan China bagi tahun 2012 yang berlangsung pada 1hb Januari. Pengerusi Perfect World Chi Yufeng hadir pada majlis itu dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan panel bersama-sama pemimpin lain dalam bidang berkenaan. Beliau telah diberikan penghormatan pada majlis itu dengan gelaran Tokoh Industri Kebudayaan China untuk tahun 2012.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg)
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/01/21/20130121110028601229.html)

Sebagai seorang pemimpin ikonik di dalam industri kebudayaan negara, Encik Chi telah menjadi kuasa utama di barisan hadapan dalam sektor budaya kreatif untuk sekian lama. Beliau dianggap sebagai antara 10 Orang Muda Yang Cemerlang dalam Industri Perisian China, Usahawan Muda Cemerlang di Beijing dan 10 Usahawan Cemerlang bagi Zhongguancun di atas sumbangan yang berbagai-bagai. Di samping itu, beliau adalah juga pengasas Hongen.com, iaitu sebuah universiti dalam talian untuk 1.2 bilion rakyat China, dan telah membangunkan satu siri aplikasi pembelajaran komputer termasuk Kaitianpidi ("Zaman") dan Wanshiwuyou ("Tidak Berasa Bimbang"), serta beberapa aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris termasuk Suixinsuoyu ("Melakukan apa yang saya Nikmati"), Congxinkaishi ("Bermula dari titik Permulaan") dan Siri Kisah Teddy English, yang bersama-sama membentuk pelbagai program lengkap yang penting bagi orang yang baru menceburi bidang komputer dan pelajar Bahasa Inggeris di semua peringkat.

Perfect World ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Chi Yufeng dan disenaraikan di NASDAQ pada tahun 2007. Apabila ditanya bagaimana cara untuk menyebarkan pengetahuan mengenai budaya China menerusi permainan, Chi Yufeng berkata, "Kita boleh menyediakan satu pengenalan yang mendalam mengenai budaya China melalui permainan dalam talian, satu contoh ialah permainan pertama kami Perfect World, yang didasarkan daripada sebuah drama bertajuk GuoZheng (Cenuram Merah), yang seterusnya diilhamkan oleh sebuah klasik China Shan Hai Jing (Klasik Gunung dan Laut). Permainan ini bertindak sebagai satu medium untuk menyebarkan pengetahuan dan pemahaman mengenai budaya tradisional China. Di samping itu, permainan termasuk Legend of the Eagle Shooting Hero dan The Smiling, Proud Wanderer yang akan kami lancarkan pada tahun 2013 akan membantu menggalakkan semangat sopan-santun yang wujud dalam budaya China." Syarikat itu telah menyebarkan permainannya dan kini boleh diperolehi di lebih 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan eksport itu mencakupi hampir 40 peratus daripada jumlah eksport negara berkenaan bagi permainan dalam talian. Syarikat itu disenaraikan di tempat pertama dari segi eksport di kalangan pemaju permainan dalam talian China selama lima tahun berturut-turut.

Encik Chi mengalihkan tumpuan beliau kepada sektor filem dan televisyen pada tahun 2010 dengan mengambil bahagian di dalam pengeluaran beberapa blockbuster termasuk The Piano in a Factory, Love is Not Blind, Beijing Youth dan Legend of Chu and Han. Penghasilan itu telah menerima anugerah utama filem dan televisyen di China termasuk Anugerah Magnolia dan Anugerah Golden Rooster. Peranan peralihan ini telah membantu Encik Chi memperolehi pemahaman yang lebih mendalam mengenai industri budaya China. Adalah tidak syak lagi bahawa  beliau layak menerima gelaran Tokoh Industri Kebudayaan China Industri bagi tahun 2012 dan anugerah itu membawa makna besar kepada beliau.

Selaras dengan satu strategi pembangunan global, satu rantaian industri yang lebih lengkap akan membantu meningkatkan promosi kebudayaan China di pasaran luar negara. Encik Chi berkata bahawa, dalam era internet ini, China boleh menerokai pasaran global dan menggalakkan budaya China dengan lebih cepat dan cekap berbanding sebelumnya melalui produk hiburan dalam talian.

SUMBER  Beijing Perfect World Co., Ltd.

Source: Perfect World Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PWRD
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Awards