Versi baharu yang 12X lebih pantas dapat memenuhi keperluan permukaan yang gelap, pelbagai warna dan berkilau dengan ketepatan metrologi untuk kegunaan khusus pada bahagian pengeluaran
LÉVIS, Québec, 21 April 2016 /PRNewswire/ -- Creaform, peneraju dunia bagi penyelesaian pengukuran 3D mudah alih dan perkhidmatan kejuruteraan, memperkenalkan pengimbas 3D baharu untuk operasi bahagian pengeluaran, MetraSCAN 3D. Direka semula bagi memenuhi keperluan standard kualiti pengeluaran yang semakin bertambah, ia menawarkan kombinasi terbaik ketepatan, kelajuan dan kefleksibelan bagi memenuhi keperluan pengimbas 3D bahagian pengeluaran.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160418/356772
Selain itu, MetraSCAN 3D sangat intuitif dan mudah digunakan, yang memastikan tempoh pembelajaran dan operasi yang singkat oleh mana-mana peringkat pengguna. Ciri-ciri peningkatan termasuk:
Hasil daripada teknologi TRUaccuracy, proses pemerolehan data berasaskan optik daripada MetraSCAN 3D menyediakan ketepatan pengukuran untuk alat bersaiz kecil hingga besar serta bahagian komponen untuk dipasang yang tidak peka terhadap ketidakstabilan dalam kawasan persekitaran. Amat berkesan pada permukaan gelap, pelbagai warna dan berkilau, sistem tersebut dapat membantu pengeluar untuk menangani isu kawalan kualiti yang mungkin timbul dengan pantas pada mana-mana peringkat dalam kitar pengeluaran, tanpa mengira tahap kerumitan dan bahan.
"Usaha mencari penyelesaian pengukuran yang serba boleh dan mudah alih yang mengekalkan tahap prestasi yang sama dalam persekitaran pengeluaran yang sibuk adalah satu cabaran yang sukar buat pengurus kawalan kualiti dan pengendali pengeluaran," jelas Marco St-Pierre, Naib Presiden, Inovasi dan Teknologi. "Dengan tumpuan yang tinggi terhadap keperluan aplikasi pelanggan, matlamat kami adalah untuk menjadikan pengimbas 3D CMM optik kami sebagai pilihan terkini untuk kawalan kualiti bahagian pengeluaran."
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang prosedur kawalan kualiti, pengguna boleh menambah pengukuran titik tunggal dengan CMM mudah alih HandyPROBE Next baharu, berserta MetraSCAN 3D, yang serasi dengan perisian pemeriksaan berdimensi Creaform, VXinspect.
Penyelesaian kawalan kualiti Creaform bakal dipamerkan di CONTROL 2016, Jerman, di dewan 5, reruai 5108, pada 26–29 April.