Kempen global bertujuan untuk memperlihatkan kuasa "kita" melalui kreativiti bagi menggalakkan usaha pemuliharaan planet
MIAMI, 22 April 2016 /PRNewswire/ -- Sempena menyambut Hari Bumi 2016, DDB Worldwide, sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE: OMC), hari mengumumkan pelancaran #EarthDayDDB, satu kempen sosial penyumberan ramai bagi menggalakkan usaha pemuliharaan bumi ini melalui kreativiti dan idea. Kempen global ini, yang dianjurkan oleh DM9DDB Brasil, dijadualkan untuk dilancarkan pada hari Jumaat, 22 April.
"Kreativiti akan sentiasa menjadi elemen perubahan. Kita mempunyai generasi yang memahami bahawa satu usaha yang kecil dapat mencetuskan perubahan global, yang mengerti kuasa 'kita' dan sejauh mana penyatuan idea sesama mereka dapat membuat perubahan yang amat besar," ulas Juan Carlos Ortiz, Presiden DDB Latina dan Pengerusi Kreatif DDB Benua Amerika.
"Asas utama idea ini adalah untuk memberi peluang kepada semua, di mana-mana pelusuk dunia, untuk berfikir tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan pemuliharaan Planet ini, serta turut memikirkan langkah penyelesaiannya. Hasil yang diperoleh akan merangkumi pelbagai diagnosis dan idea yang kreatif berbeza bagi menjadikan Bumi ini tempat terbaik untuk diduduki," kata Aricio Fortes, Ketua Pegawai Kreatif DM9DDB.
Menerusi idea bahawa setiap individu ialah agen perubahan yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan bumi dan meyakini bahawa idea berkuasa mengubah setiap yang berada di sekeliling kita, DDB Worldwide menyeru lebih 200 buah pejabat yang berada di lebih 90 buah negara, serta pengguna media sosial agensi tersebut, untuk mewujudkan "Sumbang Saran Twitter" ("Twitter Brainstorm") yang terbesar sepanjang zaman. Kempen #EarthDayDDB ini menggalakkan orang ramai untuk berkongsi idea terbaik mereka bagi tujuan membantu dan memulihara planet ini menerusi @DDB_Worldwide, menggunakan hashtag rasmi kempen tersebut, #EarthDayDDB. Ketika orang ramai mengambil bahagian dalam kempen ini, kumpulan kreatif yang terpilih daripada DDB akan memberi respons kepada idea tersebut dan memberi panduan bagi tujuan merealisasikan program tersebut. Seterusnya, pihak majlis kreatif global DDB akan memilih idea terbaik dan berjanji akan mempromosikan program tersebut di dalam organisasi itu, sebagai komitmen DDB dalam memulihara planet ini.
Kempen ini akan melibatkan sebuah laman sesawang (www.earthdayddb.com), yang menampilkan manifesto video bagi menimbulkan kesedaran dan mengajak orang ramai untuk turut menyumbang dalam usaha ini. Laman sesawang ini juga menyediakan strim sosial yang memaparkan perkongsian idea yang memberi inspirasi menerusi saluran DDB dan juga landskap media sosial secara keseluruhannya. Beberapa idea terbaik daripada program tersebut akan disiarkan melalui laman sesawang tersebut bagi mewujudkan satu kumpulan idea agar dapat menjadi inspirasi buat rangkaian DDB dan rakan kongsinya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti kempen #EarthDayDDB di sini: @DDB_Worldwide
Latar Belakang DDB Worldwide
DDB Worldwide (www.ddb.com) ialah salah satu daripada rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar dan paling berpengaruh di dunia. DDB dipilih sebagai Agensi Terbaik Tahunan beberapa kali oleh Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes dan juga oleh majalah pengiklanan yang terkemuka serta majlis penyampaian anugerah dalam industri ini. Gunn Report menyenaraikan DDB sebagai salah satu daripada 3 Rangkaian Global Terbaik sebanyak 12 kali sepanjang 15 tahun lalu. Pelanggan agensi ini terdiri daripada Volkswagen, McDonald's, Unilever, Mars, Johnson & Johnson, dan Exxon Mobil, antara lain.
Ditubuhkan pada tahun 1949, DDB ialah sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan memiliki lebih 200 buah pejabat di lebih 90 buah negara dengan pejabat utamanya ditempatkan di New York, NY.
Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (OMC; NYSE) ialah sebuah syarikat pemasaran dan komunikasi korporat global yang terkemuka. Rangkaian berjenama Omnicom serta pelbagai firma khususnya menyediakan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media yang strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan melalui promosi, perhubungan awam serta perkhidmatan komunikasi khusus yang lain untuk lebih 5,000 pelanggan yang berada di lebih 100 buah negara.
Sebarang maklumat lanjut tentang Omnicom Group Inc. dan jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com.
Latar Belakang DDB Latina Group:
DDB Latina ialah sebuah kumpulan komunikasi terkemuka dalam pasaran Latin di serata dunia yang menyediakan penyelesaian perniagaan buat para pelanggannya menerusi syarikat-syarikatnya: DDB, Tribal, Alma DDB dan BIG, antara lain.
Sebagai perintis dalam industri ini, ia menyatukan pasaran Amerika Latin, Hispanik AS dan Sepanyol menerusi visi tersendiri yang diinspirasikan oleh budaya, dan bukannya lokasi. Rangkaiannya kini melibatkan 33 buah pejabat di 22 buah negara.
Model operasinya ialah berdasarkan konsep "Trios" yang menggabungkan strategi, teknologi dan kreativiti bagi mencipta idea yang inovatif yang dapat mewujudkan pengaruh yang amat hebat buat jenamanya; yang sangat diiktiraf di seluruh rantau serta pelbagai industri.
Pada tahun 2015, rangkaiannya merangkul pelbagai anugerah menerusi beberapa festival pengiklanan paling berprestij; Holograms for Freedom menjadi kempen yang paling banyak menerima anugerah menerusi Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes Lions dan El Ojo de Iberoamérica.
DDB Latina Group ialah sebahagian daripada Omnicom Inc. (OMC).
HUBUNGI:
Angela Henao
angela.henao@mia.ddb.com
Pengarah Komunikasi Korporat dan PR | DDB Latina
2601 South Bayshore Dr. 4th | Coconut Grove Miami FL 33133
O: +1 305.341.2563 | M: +1 305. 793. 2495